• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

adarain

Dipuji tidak terbang, Dihina tidak akan tumbang

  • Home
  • Pengenalan
    • Penafian
  • Contact
  • Travelog
  • Foodies
  • Movie
  • Telegram
  • Pengiklanan
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Movie / Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?

Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?

11 October 2013 By Bahrain 15 Comments

Salah Bangunan

Kali ini aku menonton filem Runner Runner bersama dua orang rakan di GSC Dataran Pahlawan, Melaka. Sebenarnya jalan nak ke GSC tu pun sebenarnya aku tak berapa nak ingat sangat tetapi dengan keyakinan tinggi sampai juga. Kebiasaanya aku tonton wayang di GSC Aeon, bandar Melaka.

Sememangnya aku memang fail kalau nak jadi penunjuk arah, punyalah jalan ke sini ke sana sampai rakan aku pun dok pening mana wayangnya. Last-last, tanya kaunter rupanya di sebelah bangunan Mahkota Parade.

Barulah sampai ke destinasi yang sebenar Bangunan dataran pahlawan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Tidak jauh dari Mahkota Parade ke Bangunan Dataran Pahlawan. Orang Melaka mesti tahu.

Filem Runner Runner Gandingan Bersama Pelakon Hebat

Gandingan mantap dalam filem Runner-runner iaitu Justin Timberlake sebagai Richie Furst dan Ben Affleck sebagai Ivan Block. Lakonan mereka memang tidak dapat dinafikan, sememangnya mantap dan berkesan. Sekiranya tiada mereka berdua dalam filem ini mungkin filem runner runner ini akan menjadi bosan.

Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?
Sumber dari google.com

Ben affleck sebelum ini pernah berlakon dalam filem Pearl hearbour yang popular pada masa dahulu manakalah Justin Timberlake juga popular dengan filem In Time yang lain daripada filem yang lain.

Aku menjangkakan filem ini penuh dengan aksi tapi ternyata apa yang aku bayangkan jauh tersasar kerana filem ini hanya bercakap-cakap sahaja dan tidak menitik beratkan aksi-aksi seperti filem-filem yang lain seperti fast and furious.

Runner Runner: Siapa Sebenarnya Dipermainkan?
Sumber dari google.com

Sinopsis Filem Runner-Runner

Filem yang berdurasi hampir 1 jam 30 minit ini mengisahkan seorang pelajar bernama Richie Furst (Justin Timberlake) terlibat dengan perjudian secara online. Namun, Richie kalah dalam perjudian secara online dan Richie dapat merasakan ada penipuan yang berlaku dalam perjudian online tersebut.

Lantas, Richie nekad untuk berjumpa terus dengan Ivan Block (Ben Affleck) yang merupakan pemilik sebenar perjudian secara online di costa Rica untuk mendedahkan isu penipuan dalam perjudian secara online serta mendapatkan duitnya kembali.

Selepas berjumpa dengan Ivan Block, Richie telah ditawarkan untuk berkerja dengan ivan sebagai orang kanan serta protege kepada Ivan Block dan richie menerima tawaran tersebut.

Dari situlah, bermulalah konflik yang berlaku di antara Richie dan Ivan. Di mana Richie telah dipermainkan oleh ivan dalam bisnes perjudian online. Banyak muslihat yang telah dilakukan oleh Ivan terhadap Richie tanpa sedar.

Jom langsingkan Badan

Ivan telah merasuah banyak polis supaya tidak ditangkap dan telah diketahui oleh Richie sendiri. Ivan merupakan penjenayah yang paling dikehendaki oleh FBI kerana melakukan aktiviti penipuan dalam perjudian. Richie telah membuat keputusan yang sama iaitu merasuah polis dan gangster untuk memerangkap Ivan dari melakukan aktviti penipuan.

Adakah Ivan berjaya ditangkap dan dibanteras oleh polis? Sama ada terlepas atau tidak? pergilah tengok sendiri.

Ulasan Filem Runner Runner

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, filem ini akan menjadi bosan jika tiada pelakon yang terkenal ataupun mantap seperti Ben Affleck dan Justin Timberlake

Filem ini tidak terlalu membosankan walaupun tiada aksi yang ditonjolkan dalam filem ini kerana banyak konflik serta muslihat yang berlaku dalam filem ini yang membuatkan kita ingin tahu apakah muslihat tersebut.

Namun segala persoalan itu akan terjawab sedikit demi sedikit apabila plot penceritaan bergerak ke penamatnya. Untuk filem ini aku bagi 3.8/5 bintang.

AMARAN! Judi adalah HARAM di dalam ISLAM

Dikejar Dengan Perempuan

Selepas selesai sahaja menonton filem ini lebih kurang dalam pukul 11.30pm, aku dan rakan terus menuju ke tempat parking kereta. Sebelum sampai ke tempat parking kereta, tiba-tiba dengar suara perempuan menjerit.

Ingatkan perempuan tu nak jual badan ataupun nak curi duit rupa-rupanya nak tanya ada duit pecah RM10, sebab perempuan tu nak masukkan duit untuk autopay parking.

Maka aku pun berilah duit pecah pada perempuan itu dan pada masa yang sama aku juga membayar tiket parking. Nasib baik tak lari terus kalau tidak mesti perempuan tu bengang.

 

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to share on Telegram (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)

Filed Under: Movie Tagged With: Ben Affleck, Best ke tidak runner runner, Dipermainkan, Justin Timberlake, review filem, Review Filem runner runner, runner runner, Sinopsis runner runner

Reader Interactions

Comments

  1. adikensem says

    17 October 2013 at 1:42 PM

    Hahaha perenggan last tu yang tangkap masuk dalam minda. Habis semua yang baca jadi lupa.

    Reply
  2. ProfHariz says

    14 October 2013 at 4:01 AM

    3.8/5 bintang je? Mana lagi 1.2? Hehehe

    Reply
    • Bahrain says

      14 October 2013 at 10:49 AM

      Yang lain dah lari..haha

      Reply
  3. Juan says

    13 October 2013 at 3:58 PM

    macam best jer bro, rasanya aku macam nak tgk lah

    Reply
    • Bahrain says

      13 October 2013 at 9:02 PM

      Bagi aku memang best.

      Reply
  4. hafiz says

    12 October 2013 at 3:57 PM

    awek tu, tak minta no phone ke bro..

    Reply
    • Bahrain says

      13 October 2013 at 11:08 AM

      awek orang la…hahaha

      Reply
  5. onlajer says

    12 October 2013 at 11:20 AM

    Err drama melayu singapore ada juga buat cerita runner – runner hehe

    Reply
  6. encikarman says

    11 October 2013 at 6:36 PM

    dah lama tak layan citer movie

    Reply
  7. titan says

    11 October 2013 at 4:02 PM

    aku rasa perenggan terakhir artikel hang ni paling menarik aku baca. haha..

    Reply
  8. blogger lelaki says

    11 October 2013 at 11:54 AM

    sinopsis mcm best kan

    Reply
    • Bahrain says

      11 October 2013 at 11:58 AM

      mmeg best, tgk cerita lagi best

      Reply
  9. Hafizul says

    11 October 2013 at 11:30 AM

    emm sinopsis macam best aje..walaupun tanpa pelakon yang hebat..tapi tak tahu lah..sebab tak tengok lagi..hehe

    Reply
  10. mahmud thalut says

    11 October 2013 at 12:42 AM

    Assalam. Kerana belum menontonnya, tidak tahu siapa permainkan siapa – tetapi yang nyata, perempuan itu setiap detik mendoakan orang yang telah memudahkan urusannya 🙂

    Reply
  11. cheap watches online nz says

    11 October 2013 at 12:29 AM

    Hey there! I realize this is somewhat off-topic but I
    had to ask. Does building a well-established website such
    as yours require a massive amount work? I am completely new to blogging but I do write in
    my diary daily. I’d like to start a blog so I can share my personal experience
    and feelings online. Please let me know if you have any recommendations or tips for
    new aspiring bloggers. Thankyou!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Betul Ke Duit Hilang Dalam Akaun Maybank?
  • Tragis kes Pedopilia Kanak Dibunuh dan Dirogol Beramai
  • Perkhidmatan Yang Ada Food Delivery Area Bangi
  • Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 2018 Sudah Bermula
  • Lemon Mix Fibre Complex Bantu Lega Sembelit
  • Restoran Pavillion Steak & Grill Bangi Rasa Padu
  • Kedai Makan Harumi Di Ioi City Mall Putrajaya
  • Ujian Berat Intan Liyana Berpisah Gara Suami Tiada Hati Lagi
Blogged.my

Tags

animasi apa itu telegram bangi Banjir Besar banjir kilat barangan buatan malaysia beli belah di nile.com.my berhati-hati di hari raya dexandra download telegram Faktor diri dibenci Fikir secara positif Filem paling seram food Hafiz Hamidun hari raya Indonesia Islam Kad Raya Kad Raya 2013 Keburukan cakap banyak Ketuk-Ketuk Ramadhan ketupat madagascar mengumpat motivasi kehidupan movie nile.com.my Perniagaan Online pertarungan paling hebat Ramadhan review Samsung Selamat hari Raya Selamat hari raya 2013 sikap negatif Smartphone teknik buat duit dengan blog telegram Telegram Malaysia tempat menarik di Bandung terleft group whatsapp The conjuring universiti USIM

© 2017 adarain.com · Powered by Wordpress · History · Disclaimer · Contact