• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

adarain

Dipuji tidak terbang, Dihina tidak akan tumbang

  • Home
  • Pengenalan
    • Penafian
  • Contact
  • Travelog
  • Foodies
  • Movie
  • Telegram
  • Pengiklanan
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Peribadi / Kena Pandai Pilih Kedai Kalau Nak Repair Laptop

Kena Pandai Pilih Kedai Kalau Nak Repair Laptop

20 January 2016 By Bahrain 22 Comments

Nak Repair Laptop : Beberapa hari yang lepas laptop saya rosak setelah sekian lama berkhidmat. Jarang laptop saya rosak tapi kalau benda nak jadi nak buat macam mana kan? kalau nak repair laptop kenalah keluarkan duit sikitkan?

nak repair laptop extensa 4630z

Punca laptop rosak kalo ikut expectation saya adalah mungkin disebabkan wayar screen yang tak berapa stabil menyebabkan screen laptop macam tv yang tak dapat siaran. Sekejap ok sekejap K.o.

Kemudian, saya ada ternampak page fb Kedai Komputer yang selalu update status tentang kedai mereka dan juga kelebihan kedai mereka untuk membaiki laptop dan Hp.

Jadi, saya pun ke sana selepas melihat post page fb tadi, Dengan semangat dan gigih membawa laptop tapi apabila sampai ke sana diberitahu oleh pihak kedai sana laptop kena tukar screen dengan harga RM330 lebih kurang macam tu.

Perghhh!! terperanjat beb, on laptop, tak cek dalam laptop dulu pastu tengok luaran je terus dia conclude yang laptop aku screennya rosak tukar screen yang baru.

Saya paling tak suka kalau pekerja yang tak selidik dahulu masalahnya apa, then terus conclude yang sebenarnya screennya rosak.

Tak tahu la betol ke tak apa yang pekerja tu conclude tapi saya kata takpelah saya simpan dulu beli laptop lain padahal nak cari kedai komputer lain. 😀

Terus, saya pergi kedai komputer di belakang Warta, nama kedai tersebut carikomputer kalau tak silap. Dulu beli Harddisk kat situ harga boleh tahan.

Carikomputer

Jadi saya tanya pekerja tentang masalah laptop saya. Pada mulanya pekerja tu assume yang screen saya rosak kemudian dia gtau yang dia akan check first sama ada problem wayar ataupun screen. Kenalah simpan Laptop dalam wad jawabnya.

===

Lama juga dia check lebih kurang 3 ke 4 hari baru siap, mungkin ramai laptop dan komputer nak kena repair memandangkan kedai komputer tersebut agak popular walaupun tempat tersorok di belakang Warta Bangi. (updated 24/februari/2018 – kedai dah tutup belakang warta/kipMall.. boleh cuba cari cawangan lain kat sebaris dengan petronas seksyen 9)

Cer teka berapa harga yang dikenakan charge dan apa masalahnya?

Harga cuma RM15 je yang saya perlu bayar dan masalahnya adalah disebabkan wayar tak berapa nak stabil jadi dia just fix-kan wayar laptop saya. Jadi, betullah tekaan saya yang wayarnya tak berapa stable. Settle masalah selamat skit duit keluar.

SELAIN ITU…

boleh servis laptop berdekatan dengan TESCO Extra Ampang. Budak² kat sana memang mesra, tutur kata pun sopan, kiranya bagus la layanan.. – Amir Zahari

Ingat nak hantar laptop lain tuk downgrade windows. Laptop dah 4gb pun boleh mengah nak run PS, Chrome, Ai, words serentak.

Laptop yang 2gb boleh senyum apa pasal 4gb macam kena asma?

Jujur + kualiti = FR Laptop Service

Cuma kedainyanya agak sempit sekiranya ramai orang kat kedai tersebut.

Pilih Kedai Dengan Berhati2x Kalau Nak Repair Laptop

kalau saya mengiyakan kata2x kedai pertama tadi habis duit saya terbang rm330 tanpa check apa dalam laptop dengan betul2x.

Kedai kedua plak ambil masa nak check tapi pada masa yang sama tak conclude terus screen rosak.

Selalu sangat jumpa kes kedai komputer yang main conclude masalah ini, masalah itu, then terus format padahal sepatutnya tak kena format. Suka amik benda mudah dengan selesaikan masalah dengan format. Itu baru satu kes, belom bab battery lagi, screen dan keyboard

So, kalau nak repair laptop pilih kedai yang betul jangan main dengar cakap kedai komputer dan beritahu masalah dengan lebih detail. survey kedai komputer dulu baru boleh decide nak repair kat mana. Lain Kedai lain caranya.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to share on Telegram (Opens in new window)
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)

Filed Under: Peribadi Tagged With: jual laptop bangi, kedai komputer murah, kedai komputer warta bangi, kedai laptop murah bangi, laptop rosak, repair komputer bangi, repair komputer kl 2018, repair laptop, repair laptop bangi, warta bangi

Reader Interactions

Comments

  1. liza says

    4 April 2017 at 10:01 AM

    nak tanya, kedai tu baiki printer x? printer saya jenama fuji xerox rosak. bila print jadi hitam.

    Reply
    • Bahrain says

      4 April 2017 at 10:19 PM

      tak sure liza, dah perasan plak ada repair printer.

      Reply
  2. Ira says

    5 January 2017 at 2:40 PM

    wahh jauh beza memang kena hati2 sekarang nih sebab ramai suka ambil kesempatan

    Reply
  3. beyha says

    19 December 2016 at 12:43 PM

    salam saudara, ade nama penuh & no phone kedai tersebut x?
    sye pon ade mslh lcd laptop crack T.T

    Reply
    • Bahrain says

      19 December 2016 at 11:39 PM

      waalaukumussalam, boleh terus ke kedai tersebut kat belakang warta carikomputer nama kedainya.

      Reply
  4. beyha says

    19 December 2016 at 12:41 PM

    salam saudara, nama kedai ape ye? sye pon ade mslah lcd screen laptop crack T.T

    Reply
  5. fatin says

    29 July 2016 at 11:44 AM

    Kedai ni boleh install kan software sekali tak?

    Reply
    • Bahrain says

      11 November 2016 at 3:28 PM

      Tak sure boleh roger kedai sana utk kepastian

      Reply
  6. esah says

    15 July 2016 at 4:02 PM

    sabtu dan ahad dia bukak tak?

    Reply
    • Bahrain says

      16 July 2016 at 2:25 PM

      buka kalau tak silap

      Reply
  7. Asyraf says

    25 June 2016 at 2:07 PM

    Kedai tu kat mana yer

    Reply
    • Bahrain says

      25 June 2016 at 6:33 PM

      di belakang shopping mall warta.

      Reply
  8. nikkhazami says

    12 February 2016 at 3:08 PM

    jauh gila beza harga

    Reply
  9. titan says

    26 January 2016 at 1:00 AM

    2 solution.

    yang kedai 1st tu..dia ambil jalan mudah dan jalan yang paling selamat dan jalan paling cepat.

    masalah setel, cuma kena bayaq banyak.

    kedai 2nd tu..dia ada pendekatan berbeza. walaupun mungkin tak untung banyak, tapi dia target repeat customer untuk jangka masa lama.

    sebab tu, kedai tu boleh tahan lama.

    susah nak jumpai kedai komputer bertahan lebih dari 3-4 tahun.

    selalu..bungkus terus lepas 2-3 tahun.

    Reply
  10. jamkho kholesterol says

    25 January 2016 at 12:09 PM

    tempat repair banyak yang nakal

    Reply
  11. wsc biolo asli says

    25 January 2016 at 12:07 PM

    repairlah ke tempat resmi

    Reply
  12. Noriza Rahman says

    22 January 2016 at 9:14 AM

    La dekatnya kedai tu dengan rumah MV..Kalau ada masalah laptop boleh la dihantar ke sana nanti…

    Reply
    • Bahrain says

      22 January 2016 at 11:44 AM

      senangla nanti kedai mana nak repair 😀

      Reply
  13. si bongkok says

    21 January 2016 at 4:20 PM

    Biasa laa nie bro..kalo pegi kedai yang berniaga ingat dunia memang macam nie laa rupanya… 🙂

    Terbaik laa kedai carikomputer tue… sama macam kedai komputer kat tempat saya nie bagus gak servisnya – shahmhitech

    Reply
  14. raihanahahmad says

    21 January 2016 at 2:25 PM

    sama juga dgn baiki paip ni, kerja sikit je caj sampai ratus2. nasib baik husband pandai buat.

    Reply
    • Bahrain says

      21 January 2016 at 4:11 PM

      lagi jimat kalau ada orang yang pandai buatkan. 😀

      Reply
  15. Raihanah Ahmad says

    21 January 2016 at 2:24 PM

    betullah tu, sekarang ramai yang ambil kesempatan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Betul Ke Duit Hilang Dalam Akaun Maybank?
  • Tragis kes Pedopilia Kanak Dibunuh dan Dirogol Beramai
  • Perkhidmatan Yang Ada Food Delivery Area Bangi
  • Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 2018 Sudah Bermula
  • Lemon Mix Fibre Complex Bantu Lega Sembelit
  • Restoran Pavillion Steak & Grill Bangi Rasa Padu
  • Kedai Makan Harumi Di Ioi City Mall Putrajaya
  • Ujian Berat Intan Liyana Berpisah Gara Suami Tiada Hati Lagi
Blogged.my

Tags

animasi apa itu telegram bangi Banjir Besar banjir kilat barangan buatan malaysia beli belah di nile.com.my berhati-hati di hari raya dexandra download telegram Faktor diri dibenci Fikir secara positif Filem paling seram food Hafiz Hamidun hari raya Indonesia Islam Kad Raya Kad Raya 2013 Keburukan cakap banyak Ketuk-Ketuk Ramadhan ketupat madagascar mengumpat motivasi kehidupan movie nile.com.my Perniagaan Online pertarungan paling hebat Ramadhan review Samsung Selamat hari Raya Selamat hari raya 2013 sikap negatif Smartphone teknik buat duit dengan blog telegram Telegram Malaysia tempat menarik di Bandung terleft group whatsapp The conjuring universiti USIM

© 2017 adarain.com · Powered by Wordpress · History · Disclaimer · Contact