Memperkenalkan Fungsi Video Pada Instagram - adarain

Friday, 21 June 2013

Memperkenalkan Fungsi Video Pada Instagram

[caption id="attachment_60" align="aligncenter" width="300"]Fungsi Video Pada Instagram sumber dari google.com[/caption]

 

Instagram telah melancarkan fungsi video dimana pengguna boleh merakam video di instagram selama 15 saat. Fungsi Video pada instagram boleh di dapati iOS dan juga Android. Apa yang menariknya fungsi video pada instagram ini ialah apabila korang sedang merakam, korang boleh melepaskan butang rakam sebagai tanda berhenti dan tekan butang rakam sebagai tanda sambungan sehingga 15 saat. Bukan itu sahaja, 13 filter, Cover Frame dan Cinema telah disediakan pada fungsi video ini. Jadi Jangan lupa untuk mengemaskini pada android atau Apple korang.

Tetapi yang membuatkan aku kehairanan ialah apabila aku sudah mengemaskini Instagram dan cuba untuk merakam, dengan secara automotik hp menjadi stuck dan memaksa hp restart secara tetiba. Cuba untuk melihat forum pada Instagram, ternyata bukan aku sorang sahaja yang mengalaminya, malah ramai juga yang mengalami masalah yang sama. Jadi, tunggu sahajalah kemaskini terbaru dari instagram untuk mengatasi masalah seperti ini.

Kepada mereka yang boleh merakam video itu, rakamlah dengan sebaik-baiknya dan yang penting bermanfaat kepada orang lain seperti merakam keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH S.W.T.
Comments

7 komentar

ya saya setuju..gunakan teknologi untuk kebaikan..

ala bila la Instagram nie nak buka untuk desktop user? is malas pakai bom jangka tu (android).

nak tggu dekstop user tu mmg tak kot.

masih belum guna fungsi video ni. app instagram pon jrg bkk dh skrg :)

xsuka laa video biar photo cukuplaa instagram tuh huu

haha..canggih sangat dah ni..tak sempat nak follow..

lepas uddate slow loading...meudian untick auto play videos
oklah sikit.. tak suka video...bandwidth mobile data cepat habis


EmoticonEmoticon