Monster University: Mengejar Cita-Cita Penggerun Terkenal

[caption id="attachment_119" align="aligncenter" width="720"]Monster University Monster University[/caption]

Filem ini sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga, tiada unsur-unsur yang tidak baik dalam filem ini. Kepada sesiapa yang menggemari filem Monster Inc pada tahun 2001, korang kena tengok filem ini, Monster University. Filem Monster University ini merupakan 'Flash back' kepada Filem Monster Inc di mana Mike dan Sulley berusaha untuk menjadi Penggerun sebelum bergelar penggerun terkenal dan terhebat.

Kalau korang tonton filem ini, korang akan tahu sejarah bagaimana mike dan sulley berusaha untuk menjadi penggerun dan juga korang akan tahu bagaimana cicak kobeng boleh menjadi musuh kepada Mike dan Sulley.

Antara yang paling menarik ialah apabila mike & sulley menyertai pertandingan penggerun berkumpulan dan Mike terpaksa mengajar taktik untuk menjadi penggerun bersama rakan sekumpulannya yang tidak tahu apa-apa mengenai pertandingan. Banyak perkara lucu apabila mereka menyertai pertandingan secara berkumpulan antaranya ialah babak di perpustakaan.

Untuk akhirnya, filem ini sangat kelakar serta menyeronokkan dan tiada babak yang terlalu membosankan. 4/5 bintang aku kasi.
Monster University: Mengejar Cita-Cita Penggerun Terkenal Monster University: Mengejar Cita-Cita Penggerun Terkenal Reviewed by adarain on June 26, 2013 Rating: 5

5 comments:

  1. ada masa dan kesempatan aku layan juga nanti

    ReplyDelete
  2. boleh nonton bersama anak2..cuma kurang gemar dengan cerita kartun sahaja.

    ReplyDelete
  3. teringin nak tengok juga filem nih...

    ReplyDelete
  4. wahh..bilalah gua nak tengok cerita nih..

    ReplyDelete
  5. si cilik pun boleh berjaya sebagai hantu yang menakutkan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.