Delima Home : Pelengkap Rumah Anda - adarain

Wednesday, 24 July 2013

Delima Home : Pelengkap Rumah Anda

Delima Home : Pelengkap Rumah Anda


Sejajar dengan perkembangan terkini di mana ramai rakyat  Malaysia sudah mula membeli barang-barangan secara online seperti Baju kurung, Powerbank dan sebagainya kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa tanpa perlu ke tempat tersebut. Jadi jangan terkejut kalau mak kita atau makcik-makcik  kita sudah mula menukar 'angin' untuk membeli secara online.hatta, mak aku sendiri membeli barangan kecantikan secara online, hebat tak hebat mak aku kan?  antara kedai yang menjual barangan secara online ialah Zalora.com, ebook, dan yang paling penting sekali ialah Delima Home.

Delima Home yang akan aku fokuskan kat sini, yang lain biar ketepi.

  • Apa itu Delime Home?

  • Apa yang ada pada Delima Home?

  • Apa yang hebatnya Delima Home?


[caption id="attachment_274" align="aligncenter" width="665"]Delima Home : Pelengkap Rumah Anda http://www.delimahome.com.my/[/caption]

 

 Apa itu Delima Home

Delima Home merupakan satu jenama atau tagline yang menjual pelbagai barangan kelengkapan rumah termasuk perabut dan menawarkan perkhidmatan secara online kepada pembeli. Jadi pembeli tidak perlu bersusah payah untuk membeli suatu barangan ke kedai  dengan masa yang terhad ditambah pula kerja yang banyak pastu nak kena layan anak lagi. Sekarang, Semuanya hanya dihujung jari, hanya pilih, taip dan klik sahaja pastu barang pun sudah sampai. Mudahkan?

 

Apa yang ada pada Delima Home

Pelbagai barangan yang dijual antaranya Permaidani, Perabut rumah, katil dan sebagainya, nak tulis satu persatu memang banyak produk yang dijual oleh Delime Home. Yang penting, Delime Home tidak tertumpu hanya satu barangan sahaja tetapi turut menjual barangan khusus untuk dapur, bayi & kanak-kanak, pejabat, bilik tidur termasuk keperluan diluar rumah iaitu taman mini. Senang cakap semuanya dalam satu. Korang boleh pilih mana-mana korang suka yang menjadi pilihan di hati. Harga produk pula, ada yang di bawah RM50 dan di atas Rm1000.

Antara perabut yang menjadi pilihan aku di sini ialah:

[caption id="attachment_272" align="aligncenter" width="248"]Delima Home : Pelengkap Rumah Anda Meja comel yang nampak elegan dan eksklusif[/caption]

 

Apa yang hebatnya Delima Home

Ok, hebatnya Delima home daripada produk-produk yang lain ialah pertama, produknya mempunyai ciri-ciri yang unik dan tidak ada atau jarang kita lihat produk ini dijual di mana-mana tempat. Keduanya, Kelengkapan rumah serba lengkap semuanya, contoh korang mahu barangan dapur semuanya ada dijual hanya tinggal pilih sahaja. Ketiga, semestinya Delime home menyediakan jualan online serta membuat penghantaran percuma tetapi hanya di sekitar klang valley sahaja, di luar kawasan mungkin dikenakan caj. Citarasa tinggi harganya mungkin tinggi dan ada juga yang rendah tapi berbaloi untuk dibeli. Sempena raya ini, banyak potongan yang dilakukan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Untuk ketahui lebih lanjut korang boleh lawati website Delima home --> delimahome.com.my . Untuk Facebook pula, boleh cari dan taip ' Delima Home'

 
Comments

16 komentar

baru tahu dan dengar akan laman ni, aku terus lawat sekarang

semoga berjaya dalam kontes ini...entri yang menarik

hebatnya dunia hari ini semuanya di hujung jari.. tak perlu kalut2 nak pergi kedai dah.. oder online sahaja..

Nanti aku suggest kat kakak ipar aku..

1st time dengar pasal Delima Home nih...good luck yer bro...;)

Review yang menarik... Terima kasih di atas perkongsian info.... ;)

perabut die cantik n moden lah huhuhu

saya nak beli katil la sebab katil rumah saya dah patah

Dashyat tu sampai patah, elok lag pg beli.

boleh tahan gak harganya tu. hoho

Kan seronok kalau dapat shoping kat sini..hehe


EmoticonEmoticon