300 Rise of an Empire Sebuah Filem Penuh Babak Ekstrem - adarain

Thursday, 6 March 2014

300 Rise of an Empire Sebuah Filem Penuh Babak Ekstrem

Filem ini adalah prekuel dan Sekual di mana mengimbas kembali perkara yang berlaku ketika peperangan di antara 300 tentera Sparta dengan kerajaan Parsi yang dikuasai oleh XerXes (Raja Dewa) yang kita tidak tahu selama ini.


Dalam filem ini kita akan tahu siapakah Xerxes yang sebenarnya yang telah dibotakkan serta bagaimana boleh digelar sebagai raja dewa.



Sinopsis Filem 300 Rise Of An Empire


Ketika peperangan di antara 300 tentera Sparta dengan 1 juta lebih tentera Kerajaan Parsi, berlaku peperangan lain yang sedang berlaku di kawasan laut iaitu tentara greek yang diketuai oleh Themistokles telah berperang dengan tentera Artemisia sekutu bagi Xerxes.




[caption id="attachment_1753" align="aligncenter" width="600"]300 Rise of an Empire Sebuah Filem Penuh Babak Ekstrem sumber dari www.thisisinfamous.com[/caption]

Pada permulaannya, tentera Greek menang dalam peperangan setelah pelbagai taktik yang digunakan bagi menjatuhkan musuh utama Artemisia. Artemisia yang sedar dengan kekalahannya telah cuba memujuk Themistokles agar menjadi sekutu kepadanya dan diberikan kebebasan akan tetapi telah ditolak tawaran tersebut oleh Themistokles.


Setelah gagal mencapai kata persetujuan, Artemisia dengan penuh rasa marah telah mengadakan peperangan besar-besaran dengan menumpahkan minyak di laut agar kapal-kapal tentera Greek terbakar dan telah menyebabkan tentera Greek tewas kepada musuh.


Artemisia yang telah menyangka bahawa Themistokles telah mati dalam peperangan sebelumnya telah diberitahu oleh pengintip di hadapan Xerxes (Raja dewa) yang mengatakan bahawa Themistokles masih hidup dan ingin berperang sekali lagi di Teluk Salamis.


Pada masa yang sama, Themistokles telah berjumpa dengan Pemaisuri Gorgo untuk memberi khabar tentang kematian suaminya King Leonidas sebagai King Of Sparta dan telah mengajak pemaisuri Gorgo agar bersatu hati menentang Kerajaan Parsi.




[caption id="attachment_1754" align="aligncenter" width="578"]300 Rise of an Empire Sebuah Filem Penuh Babak Ekstrem Xerxes menyaksikan pertarungan di antara tentera Astemiria dan tentera Themistokles
sumber gambar dari http://www.itsartmag.com/[/caption]

Adakah Themistokles berjaya memujuk Pemaisuri Gorgo untuk bersatu hati dalam kesatuan Greek menentang Kerajaan Parsi yang selama ini pemaisuri tersebut menolak untuk bersatu hati. Adakah Themistokles berjaya memenangi peperangan kali kedua di Teluk Salamis? Jangan lupa saksikan.



Review 300 : Rise Of An Empire


Filem 300 Rise of an Empire yang diarahkan oleh Zack Snyder tidak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun kerana mengandungi babak-babak yang ekstrem dan mengerikan.


Tidak diragui, filem 300 Rise of an Empire adalah yang terhebat berbanding filem 300 yang pertama. Dijangka kutipan filem ini akan melebihi jangkauan kutipan pada filem pertama 300 (2006).


Secara keseluruhan filem ini sangat berbaloi untuk ditonton walaupun banyak babak yang memaparkan adegan yang mengerikan seperti kepala di penggal, otak dibelah, darah mencurah-curah dan sebagainya. Dalam peperangan memang tidak sah jikalau tiada babak seperti itu dan tiada potongan filem melainkan adegan seks.


Jangan Buat 6 Perkara


Antara babak-babak yang menarik ialah di mana Themistokles telah membuat beberapa strategi perkapalan yang menarik serta mengelirukan di laut bagi menjatuhkan musuh, Xerxes yang telah kematian ayahnya telah berkabung selama 7 hari dan telah dihasut oleh Artemisia agar menjadi Raja Dewa dan banyak lagi.


Rating untuk filem ini 4.5/5 bintang

Comments

19 komentar

dah tayang di pawagam kah mesti hebat film ini film yang pertama saja awesome apalagi sekuelnya ini

wah ala2 cerita troy..saya suka..saya suke..kene g tengok ni ;)

Sedang Hangat Diperkatakan

owh best ye citer ni? dah lama tak
ke panggung, layan movie best gak ni

Banyak aksi itu hest kita nak tonton

dah tengok dah.. okay la.. x rugi la kalau tengok.. tapi part yg potong tu, nmpak sangat kot.. hehehe

Kiranya sekual filem 300 lah ni... Pasti adegan aksi yg cukup ganas dan penggunaan CGI yang menarik.

Khai belom tonton lagi. tapi duk layan game filem nie kat hp.. hehe

dua-dua sekali. prekuel dan sekuel. Aksi memang ganas punya.

Memang nampak bab potong tu. hahaha.

Babak aksi dari sehingga tamat. memang best.

Memang best..layan movie sekali kala dapat hilangkan tension.

Sememangnya filem yang sangat awesome.

dah lama tak tgk movie ganas2 nih, asyik citer katun je layan budak2

sinopsis ko bagus la bro, x sabar nak tgk


EmoticonEmoticon