Jom PurpleWalk Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa - adarain

Saturday, 22 March 2014

Jom PurpleWalk Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

Tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2014 yang lalu. Hari Wanita Antarabangsa disambut bagi meraikan pencapaian wanita dari pelbagai aspek iaitu sosial, politik dan ekonomi.


Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  “Equality for Women is Progress for All” atau “Kesaksamaan Wanita, Kemajuan Untuk Semua”



Wanita Dirimu Begitu Berharga



Dirimu begitu berharga - L'oreal



Untungnya menjadi wanita kerana diraikan oleh seluruh dunia di atas pencapaian yang banyak membantu dalam pelbagai aspek. Wanita menjadi salah satu faktor kepada pemangkin pembangunan Malaysia.


Secara umumnya, kita lihat wanita lemah dari dari segi fizikal akan tetapi cukup kuat dari segi dalaman dan psikologi. Oleh sebab itu, wanita dilihat lebih rajin serta cekap dalam pengurusan yang bukan sahaja di tempat kerja malah turut menguruskan keluarga pada masa yang sama.


Sehubungan dengan itu, kerajaan mahu membina imej wanita Malaysia sesuai dengan acuan Islam. Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna bukan sahaja menitik beratkan pembangunan intelek dan material, bahkan mengutamakan pembangunan spiritual dan moral yang mana kedua-duanya bersepadu menjadi modal untuk membina masyarakat penyayang.


Di harap golongan wanita tidak dijadikan “barang perhiasan” di media-media, menjadi “alat” melariskan barang jualan, menjadi “alat hiburan” melampau dan sebagainya lagi.


Semoga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa bersungguh-sungguh melindungi kaum wanita dari dieksploitasi seperti barang dagangan, maka yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah wanita itu sendiri.



Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2014


Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, pihak Jabatan Pembangunan Wanita telah mengadakan acara 'purple Walk' pada 25 Mei 2014  hari sabtu serentak di seluruh negeri.




[caption id="attachment_1857" align="aligncenter" width="550"]Jom PurpleWalk Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa sumber dari facebook Jabatan Pembangunan Keluarga[/caption]

Acara 'Purple Walk' sejauh 2 km akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pada jam 10.30 pagi dengan berkonsepkan secara santai yang melibatkan seramai 5,000 orang penyertaan terdiri daripada wanita dan ahli keluarga.


Objektif sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 “Purple Walk” diadakan adalah bertujuan untuk :




  • Satu inisiatif kerajaan meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang

  • Menyemarakkan gaya hidup sihat dalam masyarakat

  • Memberi sokongan dan penghargaan terhadap segala usaha kerajaan dalam memartabat dan memperkasa kaum wanita.


Kebiasaanya wanita suka pada warna pink berbanding ungu yang menjadi tema warna Acara Purple Walk. Tidak pasti mengapa warna ungu menjadi pilihan tapi yang pasti warna ungu juga satu pilihan warna yang menarik selain warna pink.


Banyak aktiviti menarik yang disediakan mengikut negeri masing-masing antaranya senam aerobik, cabutan bertuah, Karaoke, mewarna dan sebagainya.


Barikut adalah beberapa tempat sambutan Hari Wanita peringkat negeri secara serentak:

[caption id="attachment_1847" align="aligncenter" width="543"]Jom PurpleWalk Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa sumber dari facebook Jabatan Pembangunan Wanita[/caption]

Bagi mereka yang berkelapangan pada hari tersebut, digalakkan untuk menyertai acara tersebut di negeri masing-masing. Hujung minggu memang sesuai untuk keluar bersama keluarga menyertai acara ini disamping itu dapat mengeratkan sillaturahim.


Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Semoga sambutan hari Wanita Antarabangsa akan berjalan dengan lancar dengan cuaca yang elok. Diharapkan juga agar dalam sambutan yang bakal diadakan ini tidak menganjurkan suatu aktiviti yang tidak melanggar batas Syariah Islamiah khususnya untuk wanita.

Comments

12 komentar

selamat hari wanita kpd semua wanita di Malaysia...

Selamat hari wanita buat isteri dan ibuku..

Salam isnin Bahrain..Selamat hari wanita sedunia..jom semua kita ber purple walk...

Selamat menyambut hari Wanita kpd semua wanita.
Sambutan utk wanita...lelaki tengok ajer ler... :)

Tmpang tnye..yg sambutan di ulu bendol negeri sembilan spe dia pnye penyelaras dia..

Bagus jugak kalo dpt join aktiviti gini. Badan pun sihat.

Penyelaras untuk bahagian Astaka Ulu bendul, Negeri Sembilan adalah dari Majlis Daerah Kuala Pilah sendiri.

Slmt menyambut Hari Wanita kpd semua wanita sekelian... Salam Isnin Bahrain.. :)

selmat hari wanita..dulu pnah joint masa kat peneng..dpat le baju free :P
yg penting ramai wanita2 hbat di sana.. selamat hari wanita semua.. :P

kena ingat tanpa wanita sape la kita,
tanpa wanita, xde yg jadi mat jiwang,
tanpa wanita, x lahir kite di dunia.

warna kesukaaan aku juga ungu nih..

ya..saya amat menghargai kaum wanita!


EmoticonEmoticon