Selamat Berhari Raya 2014 - adarain

Saturday, 26 July 2014

Selamat Berhari Raya 2014

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kelihatan rakyat Malaysia semakin sibuk dengan aktiviti masing-masing menjelang hari raya, ada di antaranya dengan mengemas rumah, memasang langsir, membentangkan permaidani baru, menganyam ketupat, masak rendang, memasukkan kuih ke dalam balang dan sebagainya.



Nostalgia Berhari raya


Lagi seronok buat kerja sambil dengar lagu raya, baru ada feel nak raya. Lagu raya zaman 90-an menjadi kegemaran saya berbanding lagu terkini.


Waktu malam pula, suasana menjadi meriah dengan bunyi mercun bersama sepupu-sepapat. Malam sebelum pagi raya, saya bersama sepupu mesti akan borak kalau boleh tak nak tidur sampai pagi raya. Tidur bersama-sama sepupu memang tidak dapat dilupakan dan menjadi kenangan buat saya. :)


Pada hari raya, aktiviti kebiasaanya saya bersama akan keluarga akan menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas menunaikan solat aidilfitri adalah aktiviti makan bersama keluarga dan sanak-saudara, ada orang makan dulu baru solat dan ada yang sebaliknya, terpulang kepada keluarga masing-masing. Sejam kemudian barulah bermaafan bersama-sama keluarga dan dapat duit raya. Dah besar ni memang takkan dapat duit raya.



Makan Sebelum Kenyang


Makanan kegemaran di pagi raya sudah tentu ketupat dengan rendang di tambah pula dengan kuah lodeh, ayam masak merah, Udang masak merah dan sebagainya. Kuih Kegemaran pula adalah kuih semperit.


Kesalahan di Hari Raya


Cuma nak pesan makan tu biar berpada-pada jangan sampai kembung perut. Makanlah dengan seadanya, kalau dah kenyang tu berhentilah dulu jangan nak tamak makan semua macam tak makan setahun. Jangan risaulah makanan takkan habis punya.



Berkunjung ke rumah saudara


Jangan lupa pada yang tiada, doakan mereka yang tiada agar ditempatkan orang-orang yang beriman. Kemudian pergilah berkunjung rumah sanak-saudara, ini dapat mengeratkan sillaturrahim sesama saudara. Dah berkunnjung tu, ambillah gambar buat kenangan bersama sepanjang zaman.


Selamat Berhari Raya 2014


Akhirnya, Selamat berhari Raya Aildilfitri buat rakan-rakan blogger semua yang mengenali diri ini. Maaf Zahir & Batin seandainya sepanjang penulisan saya di blog ini banyak mengguris perasaan semua. Semoga Hari Raya korang semua memberi seribu makna disamping keluarga.


Comments

24 komentar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014...tahun kedua merayakan sebagai seorang blogger

Saya nak minta maaf sepanjang 2 tahun perkenalan sekiranya ada salah dan silap..walaupun tak jumpa secara live..bro merupakan rakan blogger saya sejak saya admin kakiblog.my dulu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014/a435 Hijrah... Ampun maaf zahir dan batin daripada saya dan keluarga...

Selamat hari raya tuan adarain.

Taqabbalallahu minna wa minkum

Semoga Allah swt menerima amalan kita yang baik di bulan ramadhan

selamat hari raya aidilfitri juga

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya juga. Semoga segala amalan kita pada bulan ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan semoga raya tahun ini memberikan rahmat yang berlipat kali ganda. InsyaAllah. Mohon maaf juga ya kalau ada terkasar bahasa. :)

hee..kalau aku, lagi 2-3 hari nak raya baru feeling dengar lagu raya...lagu raya evergreen memang best...hee

Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri bro...maaf zahir batin...#kosongkosong :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bro

Selamat hari raya
Tapi sedih raya sekarang tak macam dulu dah. adik beradik semua dah kawin n kerja tak boleh balik kampung :(

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Makan berjaga-jaga tau. Hehe

Selamat Hari Raya untuk bro Adrain keluarga dan maaf Zahir batin kalau ada apa2 salah silap dari saya...

Regards,
-Strider-

Selamat hari raya, :) Sedihnya kalau keluarga semua tak datang bersama. Rasa macam tak lengkap.

selamat hari raya, maaf zahir batin ;)

Selamat hari raya bro... Ampun maaf dipinta sepanjang dalam dunia blogging..

Selamat hari raya aidilfitri..ampun maaf jika ada komen-komen yang menyinggung perasaan selama berkunjung di sini..

Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

Selamat Hari Raya ... berkunjung rumah saudara mara sudah jadi agenda wajib di hari raya .

Hehe..rendang...memang best kan..selamat hari raya bro..maafkan saya jika ada terbuat bro terasa hati..

Memang terbaik!. hehe. sama juga bro kalau ada salah silap dapat dimaafkan juga. :)

Selamat hari raya juga vee. Maaf zahir dan batin. :)

Selamat hari raya juga. hehehe


EmoticonEmoticon