Sunday, 26 October 2014

Kalau Berani Mainlah Ouija

Selepas tidak berapa puas hati dengan movie anabella, terdetik untuk menonton movie Ouija pula kali ini. Kalau dilihat pada trailer movie Ouija nampak menyeramkan dan berharap di wayang nanti tidak menghampakan.


Ouija bermaksud papan pemujaan hantu iaitu tempat berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang telah mati. Papan pemujaan mempunyai huruf A sehinggalah Z, YES & NO dan GOOD BYE.


Kalau Berani Mainlah Ouija



Sinopsis Movie Ouija


Movie ini mengisahkan di mana Debbie mati bunuh diri akibat bermain dengan Ouija  (papan pemujaan hantu). Sejak kejadian itu, kawan-kawan kepada debbie iaitu Laine, Sarah, Trevor, Pete dan Issabelle mula tertanya-tanya tentang punca kejadian sebenar debbie mati. Mereka tidak mempercayai yang Debbie sanggup bunuh diri kerana bagi rakan-rakannya Debbie sangat periang dan tidak mungkin melakukan perkara buruk seperti bunuh diri.


Laine mula mengajak rakan-rakan untuk bermain Ouija supaya dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie di rumah kediaman Debbie mati. Mereka menyangka telah dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie tapi sebenarnya mereka telah 'berkomunikasi' dengan hantu yang lain.


Mereka cuba berhenti main Ouija namun seringkali diganggu hantu tersebut berulang-kali sehingga mengorbankan nyawa seorang demi seorang.




[caption id="attachment_3011" align="aligncenter" width="870"]Best tak Ouija 2014 Saat cemas trevor berdepan dengan mainan hantu[/caption]

Laine mula mencari jalan penyelesaian dengan mambakar ouija namun tidak berhasil dan mula mendapat tahu bahawa hantu tersebut adalah ibu dan anak yang pernah menginap di rumah Debbie sebelum ini.


Adakah Laine dan rakan-rakannya selamat dan gangguan hantu? Adakah hantu ibu dan anak perempuan itu memang jahat atau mempunyai mesej-mesej tertentu? Nak tahu kena tengok sendiri.



Best tak Movie Ouija 2014?


Pada permulaan sudah ada mula babak seram tapi adegan tersebut kurang umpph sebagai pembuka movie Ouija.


Dalam movie korang mungkin korang ada sedikit confius untuk mengetahui siapa sebenarnya hantu yang jahat sama ada ibu atau anaknya?


Auramen Turbo Collagen Khas Untuk Lelaki


Babak menarik dalam Ouija di mana setiap seorang diganggu hantu yang meninggalkan perkataan 'HI FRIEND' kemudian babak Laine berdepan dengan hantu di bawah tanah rumah Debbie dan banyak lagi.


Secara keseluruhan movie ini boleh kata  so-so je lah, tak ada lah bosan sangat atau menarik sangat sebab sama sahaja movie seram yang lain tapi masih boleh layan. Bagi 3.0/ 5 bintang.


Jangan sekali-kali bermain Ouija kerana perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.

Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

51 comments:

  1. movie genre seram ni dah lama tak tengok since ada anak kecik

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita yang menarik.. Terima ksih di atas pekrongsian info... Kalau ada masa nanti boleh ajak isteri tengok movie ni...

    ReplyDelete
  3. huhuuu ... kecik2 dulu ouija ni lebih kurang sama mcm spirit of the coin ..
    hahaha main dekat sekolah agama lak tu , habis kene marah dengan ustazah

    ReplyDelete
  4. masa sekolah rendah ada main spirit of the coin . maklumlah zmn jahil . main ikut jer apa org buat ...

    ReplyDelete
  5. tobat nak cuba. mcm2 cerita dgr masa kecik2 dulu.. siap ada yg berdarah hidung sbb tak abiskan permainan tu..

    ReplyDelete
  6. Tentu banyak adegan kejutan dan mendebarkan

    ReplyDelete
  7. Memang takkan tengok la cerita macam ni..hihi

    ReplyDelete
  8. Tidaklah saya berani bermain Ouija itu, seram.

    ReplyDelete
  9. ada rupanya permainan macam ni rupanya ye..

    ReplyDelete
  10. biasa citer hantu kalau xseram mmg xbest
    jln citer mcm menarik tp mungkin olahan kot
    lama xtgk citer hantu.. hahaha

    ReplyDelete
  11. cerita nie mengingatkan pd game spirit of the coin, kan? moga takdelah yg terjebak benda2 mcm nie. :)

    ReplyDelete
  12. DULU MASA KAT HOSTEL SELALU MAIN .. TP SELALU TIPU SBB ADA AJE KENGKAWN YG SAJE GERAKKAN COIN TU.. X BERANI PN SAMA .. SEKADAR SUKA2 AJE..

    ReplyDelete
  13. Macam main spirit.. Dulu masa kekecik pernah main sekali.. Huhu

    ReplyDelete
  14. saya suka tengok cerita seram ni, tapi takut juga nak tengok kalau sorang-sorang.. hehe.. lagi-lagi pulak sejak jadi surirumah sepenuh masa dengan bisnes supplemen Shaklee yg selalu sorang-sorang kat rumah ni.. hehehe.. kalau dengan anak-anak, suami pulak tak bagi tengok cerita seram.. takut budak-budak hilang semangat katanya.. harap-harap satu hari nanti saya akan dapat tengok cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  15. kena tengok sorang2x ni baru best. hehe. all the best untuk bisnes idabay :D

    ReplyDelete
  16. yap. aku kecik tak pernah tau benda ala ni. haha :D

    ReplyDelete
  17. beraninya main ouija ni. Kalau aku pk 100 kali pun takkan main. haha,

    ReplyDelete
  18. aah. tulah harap takde budak yang terpengaruh main benda alah ni.

    ReplyDelete
  19. adalah sedikit babak mengejut.

    ReplyDelete
  20. jaga-jaga nanti melem dia datang cam ner heee..best tapi biasa cerita jalan dia lebih kurnag sama jer kan

    ReplyDelete
  21. ada cerita kartun lagi tak kat pawagan nak bawa anak pi nontoton heee

    ReplyDelete
  22. Suka tengok dan layan benda-benda seram tapi now masa tak banyak sangat lebih kepada kerja saja

    ReplyDelete
  23. Selama ni tak pernah dengar lak tentang OUIJA.. Tapi dari segi penceritaan Ouija ni lebih kurang macam Spirit Of the Coin..Apa2 pun elakkan lah dari main benda ni..tapi yang bab boleh berkomunikasi dengan hantu tu tak sure betul ke tak..macam tak caye je ble main tu blh berkomunikasi dengan hantu..huhu sbb tak pernah main pun..

    ReplyDelete
  24. antara permainan kesukaan syaitan..siapa yang suka maka boleh termasuk dalam golongan itu jugalah..bahaya tu!

    ReplyDelete
  25. selamat ni kita tau the spirit of the coin tapi sebenarnya nama tu adalah ouija. Pemujaan n tempat berkomunikasi pada suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  26. yang penting kerja itu lebih baik. hehe. untuk masa depan. :D

    ReplyDelete
  27. kartun tak pasti plak ada lagi ke tak. hehe

    ReplyDelete
  28. Banyak lagi game lain boleh main. Ouija takpelah hehe!
    memang tak berani

    ReplyDelete
  29. kalau cerita orang putih ni kebanyakannya mana seram mana pun...dorang terer buat elemen2 terkejut je...seram tu tak la...tapi aku pelik ada juga yang menjerit tengok movie ni...hee

    P.S - tahu je pasal spirit of the coin tu..tapi memang tak pernah main la...takde kerja nak main benda tu...huhu

    ReplyDelete
  30. Wah cerita seram lagi ya..anabella pun dah cukup seram bagi kita..he..he

    ReplyDelete
  31. bab tu diorang memang terer kalo buat elemen terkejut. kalo movie seram memang tak sah kalau takde yang yang tak jerat. hahaha

    ReplyDelete
  32. game ular boleh main ouija juga yang nak main. Nakkan cabaran yang lain mungkin. hahaha

    ReplyDelete
  33. hahaha, anabelle seram tapi tak banyak.

    ReplyDelete
  34. Salam... first time visit here. Sebab tajuk seram. lol. Saya tak suka seram2 tapi suka nak amik tahu. hehe.. tanjat gegurl tgk gambar. NAmpak kan penakutnya saya. hahaha...

    ReplyDelete
  35. Biarlah tak berani pon, tak kuasa i. Kalau terjumpa secara tak sengaja pon tanak, apa lagi nak p cari. Mintak jauh...

    ReplyDelete
  36. Ouija..mcm perkataan jepun tp citer mat salleh..rating 3/5...nampaknya xlah seram sangat.tp kecut gak nk tgk sorag2 tengah2 malam

    ReplyDelete
  37. tak tengok lagi..tunggu keluar kat web baru nak download..hehe

    ReplyDelete
  38. Nurul Fazreen Othman2 November 2014 at 09:38

    hish takutnya..thanks for sharing. For sure mmg xakan tgk la cite ni. Baca sinopsis pun dh takut.

    ReplyDelete
  39. Baru je tgk satu movie kat Diva Universal yang ada sebut pasal papa Ouija ni. Jin dgn hantu setan ni kenapa la nak dijadikan teman berbual ye. Tak ada kebaikan pun.

    ReplyDelete
  40. nak yang luar biasa mungkin. Itu yang cari nahas.

    ReplyDelete
  41. Tak berani nak main permainan macam tu... Nanti termimpi2... hihihi

    ReplyDelete
  42. jadi memang betul lah game tu ada hantu?

    ReplyDelete
  43. Mungkin ya mungkin tidak. Benda khurafat macam ni tak elok didedahkan sebab mesti ada je yang tak de akal main gak benda ni lagi-lagi minta no ekor.

    ReplyDelete
  44. lepas ni bolehla tonton movie ni, saya dan anak2 mmg suka genre seram

    ReplyDelete
  45. Tak berapa minat tengok cerita seram ni. Tapi masalah sekolah dulu ada kawan2 yg main permainan macm Ouija ni. Konon2 nak tengok hantu he..he..he..

    ReplyDelete
  46. Saya tidak akan menontonnya, sebab saya takut film hantu.

    ReplyDelete
  47. hih serem juga yah apalagi klo game tersebut ada di kehidupan nyata

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon