Selepas tidak berapa puas hati dengan movie anabella, terdetik untuk menonton movie Ouija pula kali ini. Kalau dilihat pada trailer movie Ouija nampak menyeramkan dan berharap di wayang nanti tidak menghampakan.
Ouija bermaksud papan pemujaan hantu iaitu tempat berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang telah mati. Papan pemujaan mempunyai huruf A sehinggalah Z, YES & NO dan GOOD BYE.
Sinopsis Movie Ouija
Movie ini mengisahkan di mana Debbie mati bunuh diri akibat bermain dengan Ouija (papan pemujaan hantu). Sejak kejadian itu, kawan-kawan kepada debbie iaitu Laine, Sarah, Trevor, Pete dan Issabelle mula tertanya-tanya tentang punca kejadian sebenar debbie mati. Mereka tidak mempercayai yang Debbie sanggup bunuh diri kerana bagi rakan-rakannya Debbie sangat periang dan tidak mungkin melakukan perkara buruk seperti bunuh diri.
Laine mula mengajak rakan-rakan untuk bermain Ouija supaya dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie di rumah kediaman Debbie mati. Mereka menyangka telah dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie tapi sebenarnya mereka telah 'berkomunikasi' dengan hantu yang lain.
Mereka cuba berhenti main Ouija namun seringkali diganggu hantu tersebut berulang-kali sehingga mengorbankan nyawa seorang demi seorang.
[caption id="attachment_3011" align="aligncenter" width="870"]
Laine mula mencari jalan penyelesaian dengan mambakar ouija namun tidak berhasil dan mula mendapat tahu bahawa hantu tersebut adalah ibu dan anak yang pernah menginap di rumah Debbie sebelum ini.
Adakah Laine dan rakan-rakannya selamat dan gangguan hantu? Adakah hantu ibu dan anak perempuan itu memang jahat atau mempunyai mesej-mesej tertentu? Nak tahu kena tengok sendiri.
Best tak Movie Ouija 2014?
Pada permulaan sudah ada mula babak seram tapi adegan tersebut kurang umpph sebagai pembuka movie Ouija.
Dalam movie korang mungkin korang ada sedikit confius untuk mengetahui siapa sebenarnya hantu yang jahat sama ada ibu atau anaknya?
Auramen Turbo Collagen Khas Untuk Lelaki
Babak menarik dalam Ouija di mana setiap seorang diganggu hantu yang meninggalkan perkataan 'HI FRIEND' kemudian babak Laine berdepan dengan hantu di bawah tanah rumah Debbie dan banyak lagi.
Secara keseluruhan movie ini boleh kata so-so je lah, tak ada lah bosan sangat atau menarik sangat sebab sama sahaja movie seram yang lain tapi masih boleh layan. Bagi 3.0/ 5 bintang.
Jangan sekali-kali bermain Ouija kerana perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
movie genre seram ni dah lama tak tengok since ada anak kecik
ReplyDeleteJalan cerita yang menarik.. Terima ksih di atas pekrongsian info... Kalau ada masa nanti boleh ajak isteri tengok movie ni...
ReplyDeletehuhuuu ... kecik2 dulu ouija ni lebih kurang sama mcm spirit of the coin ..
ReplyDeletehahaha main dekat sekolah agama lak tu , habis kene marah dengan ustazah
masa sekolah rendah ada main spirit of the coin . maklumlah zmn jahil . main ikut jer apa org buat ...
ReplyDeleteMacam best,
ReplyDeletetobat nak cuba. mcm2 cerita dgr masa kecik2 dulu.. siap ada yg berdarah hidung sbb tak abiskan permainan tu..
ReplyDeleteTentu banyak adegan kejutan dan mendebarkan
ReplyDeleteMemang takkan tengok la cerita macam ni..hihi
ReplyDeleteTidaklah saya berani bermain Ouija itu, seram.
ReplyDeleteada rupanya permainan macam ni rupanya ye..
ReplyDeletebiasa citer hantu kalau xseram mmg xbest
ReplyDeletejln citer mcm menarik tp mungkin olahan kot
lama xtgk citer hantu.. hahaha
cerita nie mengingatkan pd game spirit of the coin, kan? moga takdelah yg terjebak benda2 mcm nie. :)
ReplyDeleteDULU MASA KAT HOSTEL SELALU MAIN .. TP SELALU TIPU SBB ADA AJE KENGKAWN YG SAJE GERAKKAN COIN TU.. X BERANI PN SAMA .. SEKADAR SUKA2 AJE..
ReplyDeleteMacam main spirit.. Dulu masa kekecik pernah main sekali.. Huhu
ReplyDeletesaya suka tengok cerita seram ni, tapi takut juga nak tengok kalau sorang-sorang.. hehe.. lagi-lagi pulak sejak jadi surirumah sepenuh masa dengan bisnes supplemen Shaklee yg selalu sorang-sorang kat rumah ni.. hehehe.. kalau dengan anak-anak, suami pulak tak bagi tengok cerita seram.. takut budak-budak hilang semangat katanya.. harap-harap satu hari nanti saya akan dapat tengok cerita ni.. :)
ReplyDeletekena tengok sorang2x ni baru best. hehe. all the best untuk bisnes idabay :D
ReplyDeleteyap. aku kecik tak pernah tau benda ala ni. haha :D
ReplyDeleteberaninya main ouija ni. Kalau aku pk 100 kali pun takkan main. haha,
ReplyDeleteaah. tulah harap takde budak yang terpengaruh main benda alah ni.
ReplyDeleteadalah sedikit babak mengejut.
ReplyDeleteberaninya buat. hahaha
ReplyDeletejaga-jaga nanti melem dia datang cam ner heee..best tapi biasa cerita jalan dia lebih kurnag sama jer kan
ReplyDeleteada cerita kartun lagi tak kat pawagan nak bawa anak pi nontoton heee
ReplyDeleteSuka tengok dan layan benda-benda seram tapi now masa tak banyak sangat lebih kepada kerja saja
ReplyDeleteSelama ni tak pernah dengar lak tentang OUIJA.. Tapi dari segi penceritaan Ouija ni lebih kurang macam Spirit Of the Coin..Apa2 pun elakkan lah dari main benda ni..tapi yang bab boleh berkomunikasi dengan hantu tu tak sure betul ke tak..macam tak caye je ble main tu blh berkomunikasi dengan hantu..huhu sbb tak pernah main pun..
ReplyDeleteantara permainan kesukaan syaitan..siapa yang suka maka boleh termasuk dalam golongan itu jugalah..bahaya tu!
ReplyDeleteselamat ni kita tau the spirit of the coin tapi sebenarnya nama tu adalah ouija. Pemujaan n tempat berkomunikasi pada suatu ketika dahulu.
ReplyDeleteyang penting kerja itu lebih baik. hehe. untuk masa depan. :D
ReplyDeletekartun tak pasti plak ada lagi ke tak. hehe
ReplyDeleteBanyak lagi game lain boleh main. Ouija takpelah hehe!
ReplyDeletememang tak berani
kalau cerita orang putih ni kebanyakannya mana seram mana pun...dorang terer buat elemen2 terkejut je...seram tu tak la...tapi aku pelik ada juga yang menjerit tengok movie ni...hee
ReplyDeleteP.S - tahu je pasal spirit of the coin tu..tapi memang tak pernah main la...takde kerja nak main benda tu...huhu
Wah cerita seram lagi ya..anabella pun dah cukup seram bagi kita..he..he
ReplyDeletebab tu diorang memang terer kalo buat elemen terkejut. kalo movie seram memang tak sah kalau takde yang yang tak jerat. hahaha
ReplyDeletegame ular boleh main ouija juga yang nak main. Nakkan cabaran yang lain mungkin. hahaha
ReplyDeletehahaha, anabelle seram tapi tak banyak.
ReplyDeleteSalam... first time visit here. Sebab tajuk seram. lol. Saya tak suka seram2 tapi suka nak amik tahu. hehe.. tanjat gegurl tgk gambar. NAmpak kan penakutnya saya. hahaha...
ReplyDeleteMacam best je drama ini ;D
ReplyDeleteBiarlah tak berani pon, tak kuasa i. Kalau terjumpa secara tak sengaja pon tanak, apa lagi nak p cari. Mintak jauh...
ReplyDeleteOuija..mcm perkataan jepun tp citer mat salleh..rating 3/5...nampaknya xlah seram sangat.tp kecut gak nk tgk sorag2 tengah2 malam
ReplyDeletetak tengok lagi..tunggu keluar kat web baru nak download..hehe
ReplyDeletedah lama tak tengok wayang..
ReplyDeletehish takutnya..thanks for sharing. For sure mmg xakan tgk la cite ni. Baca sinopsis pun dh takut.
ReplyDeleteBaru je tgk satu movie kat Diva Universal yang ada sebut pasal papa Ouija ni. Jin dgn hantu setan ni kenapa la nak dijadikan teman berbual ye. Tak ada kebaikan pun.
ReplyDeletenak yang luar biasa mungkin. Itu yang cari nahas.
ReplyDeleteTak berani nak main permainan macam tu... Nanti termimpi2... hihihi
ReplyDeletejadi memang betul lah game tu ada hantu?
ReplyDeleteMungkin ya mungkin tidak. Benda khurafat macam ni tak elok didedahkan sebab mesti ada je yang tak de akal main gak benda ni lagi-lagi minta no ekor.
ReplyDeletelepas ni bolehla tonton movie ni, saya dan anak2 mmg suka genre seram
ReplyDeleteTak berapa minat tengok cerita seram ni. Tapi masalah sekolah dulu ada kawan2 yg main permainan macm Ouija ni. Konon2 nak tengok hantu he..he..he..
ReplyDeleteSaya tidak akan menontonnya, sebab saya takut film hantu.
ReplyDeletehih serem juga yah apalagi klo game tersebut ada di kehidupan nyata
ReplyDelete