Kena Tengok The Penguins of Madagascar - adarain

Monday, 1 December 2014

Kena Tengok The Penguins of Madagascar

Yeah! Movie The Penguins of Madagascar dah keluar di pawagam. Tak payah tengok trailer, tengok tajuk mesti dah tahu movie ni memang best dan lawak lagi-lagi dengan kemunculan khas penguins dalam movie The Penguins of Madagascar.



Sinopsis The Penguins of Madagascar


Film ini mengisahkan empat (4) penguin yang berani iaitu Skipper (ketua kumpulan), Kowalski yang cerdas, Rico yang kuat, dan Private yang paling muda dalam usaha membanteras jenayah yang dilakukan oleh Dr Octavius Brine yang telah menculik penguin seluruh dunia.




[caption id="attachment_3156" align="alignright" width="700"]Kena Tengok The Penguins of Madagascar sumber gambar dari google.com[/caption]

Dalam pada masa yang sama geng skipper terpaksa berkerjasana dengan Classified yang merupakan seekor serigala ketua organisasi North Wind yang bertujuan melindungi haiwan.




[caption id="attachment_3157" align="aligncenter" width="700"]Kena Tengok The Penguins of Madagascar Geng North Wind[/caption]

Geng skipper dan North Wind mempunyai idea yang tersendiri untuk mengalahkan musuh namun mereka tidak mahu mengalah dan berpendirian tetap dengan perancangan mereka menentang musuh.


Namun, tidak disangka Private yang merupakan salah seorang geng skipper telah diculik oleh Dr Octavius dan memaksa kumpulan penguins tersebut mengalah dan mengikut perancangan dari kumpulan North Wind.


Adakah Skipper sanggup bekerjasama dengan North Wind? Adakah perancangan yang dilakukan oleh North Wind menentang Dr Octavius berjaya? Siapakah musuh geng skipper? Apa motif musuh tersebut dengan mencuri penguin-penguin sahaja dan tidak menculik haiwan-haiwan yang lain? Jeng-jeng, nak tahu kena tengok sendiri



Review The Penguins of Madagascar


Salah satu movie animasi yang ditunggu-tunggu telah pun ditayangkan sejak 26 November 2014 dengan berdurasi 103 minit. Siapa tak kenal penguins dalam Movie madagascar dengan kelincahan dan aksi yang bersahaja malah ada sahaja plan gila-gila yang mampu diselesaikan dengan mudah sekali tanpa sebarang masalah.




[caption id="attachment_3159" align="alignright" width="700"]Kena Tengok The Penguins of Madagascar private ketika ditemui masa kecil. Sumber gambar dari google[/caption]

Dimulakan dengan kisah pertemuan Skipper, kwalski dan Rico dengan Private yang dijumpai ketika dalam telur lagi pada masa dahulu kemudian membesar bersama sehingga di Movie Madagascar 3 : Europe's most wanted dan mula survive kehidupan luar yang lebih mencabar dengan mencuri emas sempena hari jadi Private. Sejak dari itu, mereka mula terserempak dengan musuh yang mereka tidak sedari ketika masih dalam zoo lagi.




[caption id="attachment_3160" align="alignright" width="700"]Kena Tengok The Penguins of Madagascar Kerjasama Geng skipper dan North Wind[/caption]

Secara keseluruhan, movie ini sangat menghiburkan dan tak ada sedikitpun babak-babak yang membosankan dari awal sampai habis. Korang akan dihiburkan dengan lawak-lawak bersahaja dan aksi geng skipper yang berani dan gila-gila.



Best ke tak The Penguins of Madagascar?


Movie The Penguins of Madagascar tersangat best dan rugi mereka yang tidak tengok movie ni. Aku bagi 4.5/5 bintang untuk movie ini.
Comments

34 komentar

Bestnya Movie ni... Tentu anak-anak saya terhibur menontonnya.. Terima kasih di atas perkongsian info.. ;)

Teringin nak bawak anak-anak menonton wayang..

Anak-anak tengok cerita macam ni biasanya terus diam. Tak buat bising dan tak gaduh-gaduh lagi... bapaknya pun diam sambil ngaga tengok jugak

penguins madagascar mmg lucu . x rugi tgk ni ...

Berbaloi kalau tengok cerita ni! Lucu dan menghiburkan!

tak sempat nak tengok lagi movie ni...ingatkan belum keluar lagi di pawagam minggu lepas...tak perasan...best untuk release tension...mesti gelak2 je layan movie ni...hee

pandai la ko buat review filem..harap David Teo nampak potensi bro nanti..

Ya, itu memang tak dapat disangkal, baru tenang nak tengok movie kalau bukan movie animasi mahu nak bising.

Aku pun ingat movie ni lama lagi nak keluar n bila aku usha2x web gsc dah keluar rupanya itu yang aku terus tengok. :D

Serius aku tak pandai nak review2x filem ni tapi sekadar berkongsi je tu boleh. David Teo buzy..

selalu tgk cite peguins ni kat tv9..big hero 6 tak tengok lagi ni..best jugak..huhu

Film ini paling best bagi saya dalam kategori animasi,boleh hilangkan stres.

now showing ke ni..kene plan2 nak bawak si kakak sementara cuti skolah ni..

layan ha cerita macam ni boleh hilang masalah dunia kejap heee kala bersama anak-anak

Memang inilah watak yang aku minat dalam madagascar.. hehe..

sekrang dah start showing movie ni. :D

animasi kalau lawak memang boleh hilangkan stress.

Boleh ambil masa tengok semua cerita ni. haha

suka mendegar colotah dalam bahasa melayu sungguh kelakarlah.dekat tv boleh tahan juga

TInggi juga rating awak bagi kat filem ni. InsyaAllah kalau keluar kat HBO nnt nak tgk. Nak pegi pawagam buat masa skrg ni, mmg kirim salam la, payoh.

lama dah tak gi wayang,...sekali sekala bawa budak2 syok ne

best movie..saya suka sama kecerdikan dan kerjasamanya kadang terlihat konyol tapi asyik...

wah kayanya seru tuh jadi pengen nonton..

nak tengok la :D cute je penguin tu

sesuai untuk tenangkan fikiran
suka tengok sejak madagascar dulu

betul juga tu..dia busy dan peluang untuk mendapat perhatian memang kurang la..he..he..

Saya suka sekali menonton film ini, maupun serial televisinya juga.

Ini acara film buat anak bagus, buat dewasa pun boleh, film asik sekali.

jadi pengen nonton filmnya pasti seru

Movie ni memang best. Pasti terhibur dengan gelagat peguin yang comel.

memang minat kartun2 3D ni :)


EmoticonEmoticon