Timeline 2014 Malaysia Penuh Tragedi - adarain

Wednesday, 31 December 2014

Timeline 2014 Malaysia Penuh Tragedi

Sekejap sahaja masa berlalu seolah-olah seperti baru je beberapa hari berada dalam tahun 2014 namun masa tidak pernah berehat apatah lagi berhenti dan akan terus 'berjalan' sehingga ke penghujung.


Tahun 2014, Malaysia telah dihujani dengan pelbagai ujian yang tidak pernah diduga selama ini akan terjadi. Siapa sangka Malaysia yang dikatakan paling aman sebenarnya berada dalam keadaan yang huru-hara akibat berlakunya beberapa tragedi yang berlaku.



Timeline 2014 Malaysia Penuh Tragedi


Berikut adalah beberapa tragedi yang melanda Malaysia pada tahun 2014


1- Kemarau di beberapa buah negeri


Mengikut tafsiran meteorologi, Malaysia sebenarnya tidak mengalami kemarau tetapi mengalami cuaca kering pada bulan Februari yang lepas juga dipanggil El Nino. Cuaca kering ini berlanjutan sehingga 4 bulan mengikut negeri.




[caption id="attachment_3328" align="aligncenter" width="720"]Timeline 2014 Malaysia Penuh Tragedi sumber dari hmetro.com.my[/caption]

Kesan daripada cuaca kering di Malaysia, Selangor terpaksa membuat catuan air di beberapa daerah manakalah di negeri lain pula mendapat rungutan di mana air yang pada asalnya tawar menjadi masin dan ini menjadi tanda tanya sama ada air tersebut disedut dari laut ataupun tidak diproses dengan betul.


2- Kehilangan MH370


Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.


Dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. Seramai 239 penumpang pesawat MH370 termasuk 14 kru berlainan negara yang berada di dalam kapal tersebut. Sehingga kini kapal masih gagal ditemui.


3- MH17 ditembak oleh puak pemisah


Kapal terbang MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal telah ditembak oleh puak pemisah dan telah menyebabkan kapal tersebut terhempas serta tiada penumpang yang terselamat dalam insiden ini.




[caption id="attachment_2531" align="aligncenter" width="700"]Takziah Buat Keluarga Mangsa MH17 sumber gambar dari google.com.my[/caption]

Insiden ini menjadi isu yang hangat di mana sehingga kini masih belum diketahui siapa dalang sebenar penembak Kapal terbang MH17 sama ada Russia, Ukraine ataupun US sendiri. Semuanya menjadi tanda tanya sehingga sekarang.


4- Puting beliung


Siapa sangka Malaysia sendiri mengalami puting beliung dan ini terjadi di Kedah sendiri. Kes puting beliung yang pertama berlaku di Kg alor besar, Pendang, diikuti pula dengan kg sungai bharu, Taman Wira Mergong, Alor Setar dan kg Sungai Nonang, Simpang Empat.




[caption id="attachment_3329" align="aligncenter" width="570"]Timeline 2014 Malaysia Penuh Tragedi sumber gambar dari hmetro.com.my[/caption]

Kesan daripada puting beliung, beberapa rumah rosak termasuk kedai dan sekolah.

5- Nilai Ringgit Malaysia Jatuh


Ringgit Malaysia terus jatuh teruk (US$1=RM3.42) dan dikatakan Malaysia antara negara membangun paling terjejas di Asia. Ini adalah yang terburuk sejak krisis kewangan asia 1997 menurut media Singapura.  Namun media tempatan pula dilihat memberi bayangan bahawa tahap ekonomi Malaysia masih berada di tahap yang terkawal  dan kelihatan normal.


Kemerosotan nilai mata wang ekoran penurunan harga minyak mentah yang boleh jejas ekonomi Malaysia.


6- Banjir besar di pantai timur

Negeri pantai timur mengalami banjir paling besar dan negeri yang paling teruk terjejas adalah di Kelantan. Sehingga kini, usaha bantuan dari kerajaan telah dipergiatkan kepada mangsa banjir walaupun terdapat halangan di beberapa tempat kerana banjir yang terlalu deras.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan boleh menyalurkan ke akaun MERCY. Bolehlah lihat gambar di bawah untuk keterangan lanjut.


timeline 2014 Malaysia penuh tragedi



Semoga ada sinar buat tahun 2015


Yang berlalu biarkan berlalu, jadikan tragedi sebagai pengajaran untuk terus bangkit pada masa akan datang.  Semoga Malaysia dijauhi segala musibah dan terus maju.
Comments

22 komentar

Banyak tragedi yang melanda Malaysia pada tahun ini.. Kita sepatutnya bersyukur sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini...

Semoga tahun 2015 ini membawa sinar kebaikan buat kita semua... aamiin.
Selamat Tahun Baru 2015 Bahrain.. :)

selamat tahun baru, ada hikmah di sebalik semua musibah...
semoga tahun 2015 lebih baik.. insha allah..

Kalau manusia.. yang kuat beriman lagi kuat diuji..

semua ni macam amaran je kan?kalau tak sedar lagi tu tak tau la camne..kesian bagi mereka yang terlibat tu

saya berharap tahun baharu 2015 lebih banyak membawa`sinar bahagia..

Setiap tragedi bukan untuk diratapi tetapi sebagai ingatan dan pedoman untuk kearah kebaikan dan kejayaan dimasa akan datang

tahun 2014, macam macam berlaku pada negara kita. moga 2015 menjadi lebih ok

Ya betul, Semoga Malaysia terus kuat untuk tahun 2015.

ya tak ya juga, amaran buat manusia supaya tak terleka dengan apa yang ada.

Semoga terus kuat menghadapi ujian pada masa akan datang.

semoga tahun ini lebih baik buat rakyat malaysia

harap2 tahun baru ni kurang sikit cerita sedih...

smoga 2015 membawa sinar baru yang lebih cerah buat malaysia.. amiin...

semoga tahun baru ni memberi sinar yang baik buat Malaysia.
Doakan utk Malaysia.

ya
harap2 tahun 2015 ni kita tidak lagi dilanda dengan berbagai musibah besar

Banyak tragedi yang menghibakan hati rakyat Malaysia kan.Semoga ada sinar buat negara untuk tahun 2015

insya Allah bro jika ada usaha yang mantap dan konsisten


EmoticonEmoticon