Tips shopping di Bangi Sentral - adarain

Monday, 12 June 2017

Tips shopping di Bangi Sentral

Shopping di Bangi Sentral merupakan salah satu tempat yang famous di Bandar Baru Bangi, Selangor dipenuhi dengan butik-butik muslimah dan muslim dijual dengan secara eksklusif sejak tahun 2014. Tapi banyak butik yang khas untuk muslimah.


Bulan Ramadan lagi-lagi dua (2) minggu terakhir nak raya memang sahlah kawasan inilah yang akan jem yang teramat sangat.


Jangan terperanjatlah kalau korang nampak pagi-pagi dah beratur menunggu butik untuk dibuka. Pagi-pagi pun dah jem inikan tengahari lagi jem.




[caption id="attachment_7048" align="aligncenter" width="720"]Tips shopping di Bangi Sentral sumber gambar dari http://www.newmandala.org/musing-aesthetics-modern-muslims/[/caption]

Tips shopping di Bangi Sentral


So, ini tips yang mungkin boleh membantu korang untuk ke Bangi Sentral nanti.

  1. Aim butik mana yang korang nak pergi. Kalau ada butik pilihan make sure korang tengok Facebook or Instagram dorang senang kalau dorang ada buat promosi sambil tu boleh tengok harga sekali. Pilih baju mana yang berkenan sahaja.

  2. Shopping time weekdays tak sesak... kalau weekend memang sesak habis.. kalau time weekend je yang ada masa.. boleh terus ke no.3

  3. Parking jauh sikit dari bangi Sentral sebab kalau korang nak cari parking kat dalam Parking Sentral tu memang takdelah jawapannya. Sebab ada ramai lagi nak mencari parking dalam tu. Lagi bertambah jem. Parking kat area Benang Hijau pun boleh

  4. Kalau alamatnya jalan 8, maksudnya yg bangunan jadora, bella ammara etc. Kalau alamat jalan 7, bangunan Leeyana Rahman, elrah exclusive, fyn jamal tu yang berdekatan dengan PKNS dan Mcdonalds

  5. kalau no kedai 01 mksudnya kedai tu tgkt bawah skali. 02-04 makanya naik la lif/tgga.

  6. Bawak la payung sekali mana tahu hujan or panas terik..

  7. Singgah dan beli terus kalau korang rasa kainnya ok, baju pun lawa...harga lain cerita, yg penting puas hati...jangan fikir2x lama.. kalau tak, satu bangi sentral pun tak habis singgah.

  8. Dah beli apa yang dihajati maka terus balik. :D


Beli awal-awal punyalah mahal tapi bila nak dekat raya ada jual lagi murah. Berapa banyak promosi pun tak tahulah... tapi tak apa la kan yang penting tak ada nak berebut-rebut bersesak-sesak dekat bangi sentral. Kalau lelaki nak beli baju melayu dan tak nak bersesak sangat boleh cuba kat Aeon pun ada boleh tahan cantik juga.

Comments

3 komentar

oo ingatkan semua dlm 1 bangunan. rupanya shoplots

Belum pernah lagi shopping dekat Bangi Central ni... Memang teringin juga nak pergi... Tapi jauh sangat lah... huhuhu

Betul, kalau nak ke situ takyah park kat dalam. Mintak husband drop je kita kat susur gajah depan Bangi Sentral tu :)


EmoticonEmoticon