√ Apa Itu Skin Barrier? - Adarain

Apa Itu Skin Barrier?

Skin barrier atau dikenali sebagai acid mantle/moisture barrier/lipid barrier merupakan lapisan permukaan kulit yang bertanggungjawab melindungi kulit dari moisture loss, bakteria dan pengaruh environment luar (cuaca, pencemaran, etc).




pH kulit yang normal atau sihat adalah sekitar 5.5 iaitu sedikit acidic. Kalau pH kulit korang terlampau tinggi which is alkaline, it means it's too dry. Kalau terlampau rendah pulak, it means it's too oily. Both condition ni menunjukkan something wrong with your skin condition.


Apa Puncanya Skin Barrier jadi Bermasalah?


1) Faktor Umur

- Makin umur meningkat, skin barrier kita will naturally weakens. Sebab tu kalau Sis kaji betul2 ingredients slow-aging product, selalunya memang focus on hydrating & moisturizing.


2) Over-Exfoliation

- Guna Scrub yg terlalu kasar atau chemical exfolaint/clay mask secara berlebihan.


3) Cuci Muka Berlebihan

- Sehari sampai 5x cuci muka. Ini boleh sebabkan hilang minyak asas pada kulit wajah.


4) Guna Product yg Mengandungi Harsh Ingredients

- High % of alcohol & SLS/SLES, ni antara bahan2 yg boleh menyebabkan your skin jadi kering dan sensitif. Pls Avoid.


5) Sun Damage

- Terdedah dgn UV Rays yg berlebihan especially tanpa sebarang UV protection a.k.a. Sunscreen.


6) Pollution/Environmental Stress

- Habuk/Asap/Debu (Free Radicals) dan perubahan cuaca atau suhu yg terlampau panas/sejuk pun boleh beri efek pada skin barrier.


7) Guna Produk Skincare ber - pH tinggi.

- Guna Cleanser yg pH nya tinggi dan drying is a big No No for your skin. Kerana ia boleh ganggu natural pH kulit.

Get notifications from this blog