Dah lama tak share pengalaman jalan-jalan cari makan kat sini. Kali ini mak ajak makan tempat jauh sikit dari kampung iaitu kat area Simpang Renggam. Katanya nak try makan Nasi Arab Pakistan kat situ. Viral katanya kedai makan kat situ..
Jadi kitorang pun pergi lah jalan-jalan makan kat sana.. nak satu jam jugala dari Tangkak nak makan kat situ. Punyalah jauh nak makan kat sana nasi tak jem time weekend masa tu..
![]() |
| Terpampang banner besar Nasi Arab Pakistan |
Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Kedai dia pun senang cari, keluar je simpang dari tol Simpang Renggam jumpalah kedai ini.. Dalam kedai medan selera. Dalam 3-4 kedai juga dia ambil buat kedai makan nasi arab kat sini.
So, family kitorang decide makan jenis set combo untuk 4-6 orang makan macam tu. tak ingat set talam yang macam mana.. tapi gambar dia mcam kat bawah set talamnya.. kalau tak silap nama menu dia set combo Tabsi Al-widad.
Dalam set combo dorang ni dorang sediakan 1 talam ayam tanpa tulang, 1 pizza ayam atau Tuna boleh pilih, 1 set kari kambing dan 2 set creamy caramel. Dan lagi kitorang tambah Kunafah Pistachio kalau tak silap.
Kunafa kat bawah ni pun sedap sangat cuma kalau dah sejuk jadi susah skit nak makan.. takde dalam set combo jadi kena order asing. Air mint tea dia pun sedap..
Parking pun banyak kosong, kedai pun tak ramai orang jadi senang lah nak order takdelah nak kena beratur.. risau kalau kedai viral kena beratur panjang. sebab sejenis malas nak beratur panjang semata-mata nak makan viral..
Duduk je kedai tu nanti dorang akan bagi menu makanan. Tengok menu makaanan dorang boleh rambang mata tengok sebab ada macam-macam jenis makanan, jenis talam ada dan western pun ada.. pilih jangan tak pilih.
![]() |
| Menu Makanan nasi arab Pakistan |
So, family kitorang decide makan jenis set combo untuk 4-6 orang makan macam tu. tak ingat set talam yang macam mana.. tapi gambar dia mcam kat bawah set talamnya.. kalau tak silap nama menu dia set combo Tabsi Al-widad.
Dah pilih semua makanan kena catit kat kerta yang dorang dah sediakan kemudian terus bayar kat kaunter dorang. Kira bayar dulu baru makan.
Kemudian kalau dah siap makanan nanti dorang akan panggil melalui alat yang dorang orang bagi.. yang bunyi tet2x. tu... tak tahu nama nak panggil alat tu.. haha. tapi ntah macam mana dorang hantar je makanan tu kat meja kitorang.. mungkin tak ramai orang kot. jadi ingat lah meja makan kitorang.
![]() |
| Ini menu set combonya. |
Dalam set combo dorang ni dorang sediakan 1 talam ayam tanpa tulang, 1 pizza ayam atau Tuna boleh pilih, 1 set kari kambing dan 2 set creamy caramel. Dan lagi kitorang tambah Kunafah Pistachio kalau tak silap.
![]() |
| Kari Kambing.. lembut giler kambingnya. ada dalam set combo |
Kari kambing dorang tu memang lembut sangat. Pizzaa dia pun sedap.
![]() |
| Pizzat ayam pun sedap.. ada dalam set combo. |
Kunafa kat bawah ni pun sedap sangat cuma kalau dah sejuk jadi susah skit nak makan.. takde dalam set combo jadi kena order asing. Air mint tea dia pun sedap..
![]() |
| Kunafa Pistachio |
Kesimpulan Nasi Arab Pakistan Di Simpang Renggam
Family sepakat setuju makanan kat sini memang sedap sangat dan berpuas hati dengan makanan yang dorang sediakan. Semuanya panas-panas, lembut lemak manis semua ada. Potion semua memang banyak sampai kitorang terpaksa bawa balik untuk makan malam nanti. Service semua memang laju dan cepat je sampai. Harga pun itu terpulang kepada individu, rate price mungkin murah mungkin ada orang lain kata mahal. Tapi dengan harga yang dipaparkan tu memang berbaloi dengan apa dorang hidangkan. Cuma suasana kedai je bolehlah.. medan selera kan.. Recommended..





