![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Sikap Yang Dibenci Kawan
Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum
google.com, pub-9118582893672994, DIRECT, f08c47fec0942fa0text2
Blog tentang pengalaman peribadi, travelog, Hotel, foodie serta isu semasa yang terkini.
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum
Dalam surat Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
"Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol" "Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot"
"Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii"
"Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas" "Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar"
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
"Bukan senang nak jadi orang, pabila orang lain sedang enak menikmati buka puasa, dengan hidangan yang sedap-sedap, ada orang tersorok di sudut bangunan berbuka sendirian, nak berbuka dekat tempat yang sederhana selesa pun tak dapat. Sudah tu, habis berbuka, terus bergegas hantar makanan.
![]() |
| Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Kawan saya gaji 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la.
Seorang lagi kawan saya gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss. Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa.
Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.
![]() |
| Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Bukan senang nak jadi pemimpin yang baik dan berkerja malah disegani oleh orang ramai. Amanah yang dipikul oleh pemimpin sangat tinggi kerana perlu bersikap adil dengan anak-anak buah atau rakyat yang terlalu ramai serta memenuhi kehendak serta kepeluan mereka juga membimbing mereka ke arah yang betul.
Jadi bagaimana ingin menjadi pemimpin yang baik?
Berikut adalah perkongsian hasil whatsapp dari rakan dan tak dapat dipastikan sama ada sumber ini dari Prof Idrus Shahab adalah betul atau pun tidak tetapi perbandingan yang dilakukan ada logiknya juga, :D
Prof. Idrus Shahab, pakar management Universitas Indonesia jurusan psikologi anatomis, berkata: "Jika ingin menjadi pemimpin yang baik dan berjaya, maka belajarlah dari Alat Kemaluan Lelaki" :-
Sudah pasti kita akan sentiasa dikenang oleh lawan sebagai pemimpin yg super power.
Aku baca perbandingan di atas rasa nak gelak tak tahulah kalau korang pun rasa nak gelak gak. :D
Rasa Sebak bila baca kisah Hilmi yang dikongsikan melalui facebooknya tentang kucing yang dtemui dengan keadaan yang menyayat hati tidak terurus serta mengingatkan diri tentang perjuangan dalam kehidupan.
Aku ingat lagi..
Orang panggil kau kucing batu, sbb kurap kt telinge kau dah keras mcm batu. Tapi aku tak kisah, sbb aku tahu kau kuat berjuang teruskan hidup. Mata kau due due bernanah, sebelah buta. Tp kau hebat. Pukul 5 pagi selalu nampak kau cari sisa makanan dlm tong sampah, bile dtg kucing jantan lain pandai je kau smbunyik dlm tu.
Aku ingat lagi..
Kau suke sangat kalau dpt mkn ayam. Aku kalau nampak kau kt bawah saje je aku x turun, aku panggil, aku campak ayam. Berlari kau pergi ambik, sesekali tgk kt aku. Kau paling suke tengkuk ayam. Sejak aku tahu, aku beli nasi bungkus lauk ayam je mesti aku cari tengkuk lebih, simpan utk kau.
Kau lah member aku !
Kau ajar aku utk jadi mcm kau. Kuat, walaupun dlm keadaan sakit, rebah, org kutuk org cerca mcm mana pun kita, kuat dan teruskan berjalan. Kau ajar aku erti kehidupan.
Ini hari, last kau bercakap last kau pandang aku. Even dlm keadaan sakit dan nak ditidurkan pun kau still nak jenguk muke aku kan, nak mengiau. Kau nk cakap terime kasih ea ?
Tak pe oyen.
Nanti kite jumpe kt depan Allah,
Kite borak panjang-panjang okay.
Tolong aku tau nanti.
Hari ni dah sembap muke aku. Dah merah mata aku. Aku doa sungguh2 dkt Allah, spy aku nak jumpe kau dkt akhirat oyen. Aku nak jumpe kau lagi, ingat tu.
Dah..
Tidurlah oyen.
Kalau kau bangun, kau sakit.
Rehatlah sepuasnya.
Aku tunggu kau oyen.
Aku jaga kau jangan risau.
Takde dah org akan " zalimi " kau lagi.
Tunggu aku menyusul oyen !
Selamat malam.
Rehat tau !
Difahamkan Oyen mengalami patah tulang belakang yang teruk berkemungkinan dilanggar dan menyebabkan kedua-dua kaku dan ekor serta urinary Oyen dah tak berfungsi. Boleh dikatakan lumpuh. Kurap pada telinga dan badan mengalami tahap kronik menyebabakan Oyen susah menguruskan diri sendiri.
Doctor telah memberi pilihan sama ada melakukan pembedahan tapi chances untuk hidup sangat tipis serta bertambah sakit. Doc perlu potong kedua kaki dan ekot.
Option kedua, doc cadangkan supaya Oyen 'ditidurkan' supaya dia tak seksa menahan sakit dan Oyen boleh pergi dalam keadaan yang tenang. Pencinta kucing mengambil keputusan untuk 'tidurkan' Oyen.
Kisah Titanic? : Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian. Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas. Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.
Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
kisah ini adalah hasil perkongsian melalui facebook dari Kedai Kak Siti berkenaan dengan kisah dan tauladan iaitu bersangka baik.
Serius semalam adalah hari yang sangat menyakitkan dengan keadaan blog yang tidak boleh dibuka atas sebab hosting maintenance.
Bila blog dah kembali pulih, ada beberapa post mengenai percutian ke Krabi dan juga beberapa review movie habis lesap terus. Tak boleh nak restore balik. Terus, sakitnya tuh disni by Cita Citata.
Penat-penat tulis panjang habis terus lesap. Tak boleh nak cakap apa benda dah jadi terima dengan hati yang terbuka.
Jadi hiburkanlah diri dengan pantun manglish yang kebetulan pula saya jumpa hasil perkongsian di facebook baru-baru ini. Pantun Manglish yang campur Malay + english memberi nasihat kepada orang ramai menuju ke arah kebaikkan.
![]() |
| Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
![]() |
| sumber gambar dari AI |
Puas saya memujuk agar dia beralah dan meminta maaf pada ibunya. Tapi kawan saya ni tetap berkeras hati dan degil. Kalau orang yang egonya tinggi, tegur macam mana pun tak berguna juga. Jadi, saya tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik sebab saya bengang juga dengan perangainya.
Keesokan harinya sewaktu sedang makan di luar, tiba-tiba saya diterjah oleh rakan serumah saya semalam dengan keadaan sayu. Bila ditanya kenapa lembik semacam hari ini, Rupa-rupanya dia rasa bersalah apabila dia terbaca news feed pada facebook tentang anak yang derhaka. Tapi nak buat macam mana, perkara dah terjadi. Jadi saya nasihatkan dia supaya menghubungi ibu dia semula dan minta maaf sebelum terlewat.
Diapun akur sebab dia sendiri dah thu silap dia pada ibunya tu. Syahdu juga saya dibuatnya. Yelah, tak sangka pula hanya kerana gambar dan status pada facebook yang dilihatnya membuatkan hati kawan saya yang keras ni jadi lembut. Syukur.
Kesimpulan
Biasalah darah anak muda cepat 'panas'. Semua berhak untuk rasa marah tetapi biarlah dalam keadaan terkawal. Apabila marah dalam keadaan tidak terkawal macam-macam boleh terjadi hingga membunuh pun boleh berlaku. Diamkan sahaja apabila ibu bapa marah, mereka marah bersebab. Kalau marah tanpa sebab gila namanya.
Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada sebab untuk berada di dunia ini. Air yang dicincang takkan putus. Ingat, sejauh mana pun ibu dan ayah kita marah dan tegur tu, sebenarnya ada kebaikan untuk kita. Macam itulah teguhnya hubungan keluarga ini. Jadi hargailah keluarga korang semua. Selamat Hari Ibu. :)
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Setiap masalah yang datang adalah ujian dan setiap perkara yang berlaku ada pengajarannya
Dunia ini memang zalim dan manusia kebanyakkannya memang tamak
Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk hidup dan orang yang gagal adalah orang yang suka memberikan alasan.
Allah Maha Adil. Di saat-saat kita susah, pasti akan diberikan jalan menempuhinya walaupun dihujung usaha dan kesabaran.
Banyak pula soalan
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
tak ada thrill! kata orang putih.
Sebagaimana yang kita tahu Zalora merupakan satu perniagaan online yang semakin popular di Malaysia dengan pakaiannya yang cantik-cantik di tambah pula dengan harga yang berpatutan. Sudah tentu ramai orang di luar sana terpikat dan menyimpan perasaan untuk membeli barangan di Zalora. Tidak mustahil jika kita sediakan tabung khas untuk umtuk membeli barangan dari Zalora. Pepatah ada mengatakan Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan tabungan itu kita mampu untuk membeli barangan dari Zalora. Maka impian menjadi realiti dan bukan sekadar harapan sahaja.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
![]() |
| Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Itulah ketetapan ALLAH S.W.T kata Ustaz Fathul Bari.