Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Pengalaman Kena Tipu Perangkap Masuk MLM

Kena tipu join Masuk MLM - Nak kongsikan dengan pembaca berkenaan dengan MLM. Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana aku bersama sorang lagi rakan telah ditipu untuk masuk MLM pada tahun 2012.

kebanyakan ramai orang muda-muda dari IPTA dan juga IPTS mudah terpengaruh dengan menyertai MLM ni. Tetapi aku kurang gemar mengetahui apatah lagi masuk MLM ni sejak dari dulu lagi.

Sebelum aku ditipu untuk join MLM, kawan2x aku ada yang cuba ajak aku untuk join MLM ni, aku ni nak tak nak aku layankan je la apa yang dibentangkan oleh member aku nak jaga hati kan, dia ceritalah dari A sampailah ke Z, bila dia dah habis cakap dengan pantas aku cakap aku akan join kalau kau berjaya menjadi jutawan dengan produk MLM ni.

Kena Tipu Perangkap Masuk MLM
MLM sekadar gambar hiasan

Dia pun tersenyum sipu je dan sampai sekarang tak kaya-kaya jadi macam mana aku nak join MLM, kalau kawan aku sendiri pun tak kaya tak dapat pendapatan yang lebih dari RM1000 sebulan.

Jangan cakap lebih!


Kena Tipu Join Masuk MLM (Multi level Marketing)


Berbalik pada kisah aku ditipu oleh seseorang yang bernama aku sebenarnya tak berapa ingat tapi aku gelar di sini samad bukan nama sebenar.


Kisah dia mula begini, pada masa itu aku ada program di Universiti di mana program itu ialah merupakan satu ceramah perubatan sihir dan saka selama satu hari bermula pagi dan petang.  Ceramah ini tidak tertumpu pada pelajar universiti aku je tp orang luar Universiti juga dijemput untuk hadir ceramah ini. Kami membuat satu promosi secara besar-besaran dengan menampal poster-poster di semua kawasan universiti dan juga luar universiti.

Kawan aku beritahu aku ada seorang ni nak berbincang dengan aku berkenaan dengan program ni kamudian aku jawab dan berbincang sambil merancang mahu berjumpa. Bila dah set masa dan tempat aku pun ajak kawan aku untuk teman sekali jumpa dengan samad tu. Bila dah jumpa, bukan main peramah lagi siap belanja makan dan minum. Dalam kami makan dan minum, sempat lagi kami berbincang sikit pasal program kami dan juga program masa akan datang dan si samad ni pula dengan kata-katanya akan membantu menguruskan program akan datang.

Aku sebagai ketua program sangat tertekan dengan situasi seperti ni lagi-lagi bila program tersebut bakal berlangsung. Nak buat program semuanya nak kena pakai duit. Kalau tak ada duit, program tak jalan. Untuk Program kursus perubatan Islam: Sihir dan saka dikenakan bayaran, jadi ini sedikit sebanyak dapat memberi pendapatan disamping memberi pengetahuan berkenaan dengan sihir dan saka.

ALHAMDULILLAH, ramai yang hadir pada program tersebut dan penceramah yang dijemput pula sangat menyeronokkan dengan gaya penyampaian yang berkesan terhadap mereka yang hadir pada program tersebut.

===
Selesai program tersebut, pada malamnya si samad ni ajak aku pergi ke majlis agama menurutnya, jadi dalam kepenatan nak tolak pula takut kecil hati jadi aku mengiyakan untuk pergi bersama dengan si samad ni. Tapi aku tidak keseorangan, aku ajak rakan aku yang lain untuk pergi 'majlis' itu. Bila sampai sahaja, aku dah mula rasa panik dan berasa sedikit pelik dengan majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung di satu tempat kat Kuala Lumpur aku tak tahu apa nama tempatnya.

Tak berapa tahu sangat pasal KL.

Punyalah ramai di dewan tu dengan pakaian yang smart macam nak pergi pejabat aku pula dengan rakan aku hanya pakai baju melayu dengan seluar slack. Simple je.

Masa tu aku tak tahu lagi Ni majlis MLM, si samad pula berada di belakang sekali dengan hanya berdiri memerhatikan kami berdua yang tengah duduk. Apabila majlis bermula, masa itulah barulah aku tahu ni program MLM ditujukan kepada budak -budak baru yang nak masuk MLM. Penceramah tu siap beritahu kepada orang ramai siapa yang kena tipu bawa ke sini jangan marah kerana korang adalah yang bertuah untuk datang ke sini.

Dalam hati aku dengan marah:


Kepala otak ko Bertuah!

Dari saat itulah aku sangat menyesal campur marah. Masa itu aku dalam kepenatan yang teramat sangat ditambah pula dengan majlis macam ni. Serabut! Habis penceramah ni membebel aku dengan tahan marahnya sambil ditenangkan oleh kawan aku disapa oleh si samad dan terus bawa kami berdua ke bahagian tingkat atas sekali katanya tingkat atas sekali merupakan orang-orang jutawan produk MLM tersebut.

Bila dah sampai ke tingkat atas sekali, kami berdua dipertemukan dengan seorang wanita yang jutawan. Dengar lagi wanita itu berceramah dari kesih sedihnya sehinggalah dia menjadi jutawan. Aku tak boleh nak layan sangat dengan cerita dia sebab memang aku dah penat teramat. Jadi wanita tu sediakan borang untuk aku sertai MLM ni, aku dengan rasa rendah diri menolak terus pelawaan dia sampai bertengkar kami kat situ.

Orang dah tak nak dahlah, jangan dipaksa. Aku tak makan dengan pujukan 'kucing-kucing' ni.

Kami berdua minta si samad hantar kami pulang. Dalam kereta pula, dengar si samad ni berceramah lagi dengan katanya rugi tak masuk MLM dan macam-macam lagi. Aku minta rakan aku yang layankan dan aku pandang ke tingkap sahaja sambil memerhatikan lampu jalan.

Tapi yang seronoknya, sebelum balik si samad ni belanja makan lagi tu. Makan je lah.. org dah offer jangan ditolak

Dah habis makan, barulah kami pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang sangat kecewa kerana ditipu masuk MLM.

Padan muka si samad sebab tak dapat tarik aku masuk MLM.  Aku dari dulu sampai sekarang memang anti-MLM macam itu. Selepas dari peristiwa tu, tak ada lagi khabar dari si samad. Ini bermakna janji-janji yang katanya nak sponsor program kami masa akan datang hanyalah rekaan semata-mata. Template, peta-peta, contoh kertas kerja dan program yang diberikan oleh samad masa itu semua aku buang kat tong sampah.

==
Semoga ini menjadi pengajaran buat aku agar tidak terlalu percaya dengan mereka yang tidak dikenali malah memberi janji manis. Mungkin pada masa itu aku terdesak mendapatkan kewangan untuk program aku masa akan datang.