√ Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online - Adarain

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi - Pernah tak korang terfikir nak tukar telco lain yang lebih bagus dengan menawarkan tawaran yang menarik lagi2x berkenaan dengan harga yang ditawarkan untuk plan internet.


Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online


Dah lama terfikir sebenarnya nak tukar telco lain ke Digi. Aku ada 2 no. satu tu memang no Digi dan satu lagi tu no telco lain. Tengok prestasi Digi lagi better dari yang no yang kedua.. so fikir punya fikir terus tukar line ke Digi.


Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online


Ada 2 cara kalau korang nak tukar line lain ke Digi..


Cara yang pertama korang just pergi Digi Store berdekatan korang untuk tukar line.. cara ini sangat pantas.. korang akan dapat sim kad.. Just korang tinggal tunggu SMS dari pihak telco lain untuk pengesahan untuk nyah aktifkan atau deactive telco sedia ada kepada Digi.


Cara yang kedua pula ialah melalui online web Digi. Khas untuk korang yang mungkin tidak ada masa, atau tempat  jauh dan jenis penyabar untuk tunggu beberapa hari boleh buat secara online.



Cara tukar line ke Digi Melalui Online



  1. Pergi ke web https://new.digi.com.my

  2. Cari Switch to Digi

  3. Kemudian Klik sama ada Port in To Digi Prepaid Live atau Digi Prepaid Best. Live ni kelebihan more Music dan video yang free, kalau Best more kepada free social media... so aku pilih Digi Prepaid Best.

  4. Dah klik port in mana yang korang nak then nanti akan keluar satu form or borang just korang isi je borang tu dengan tepat maklumat korang iaitu IC, tarikh lahir, letakkan no telefon yang korang pakai sekarang.

  5. Terus proceed..then letaklah email korang untuk pengesahan nanti. Senang nak tahu kalau dapat resit pembayaran. Caj pembayaran hanya RM1

  6. Lengkapkan maklumat pembayaran semua. delivery tu sama ada nak pos ke rumah or office pun boleh.

  7. Dah lengkapkan maklumat dan buat payment semua kira dah settle. Boleh tengok resit pembayaran di email yang kita daftar tadi.

  8. Tinggal tunggu sim kad sampai je. Penghantaran by Gdex


Aku apply hari tu hari rabu malam, jumaat dah sampai sim kadnya. Dah sampai sim kad Digi jangan terus tukar sim kad...korang kena tunggu pengesahan melalui SMS dari telco lain untuk comfirmation sama ada korang nak bertukar ke telco lain atau tidak just reply YES.


Tunggu la masa yang disampaikan then korang terus tukar sim kad. :D


Dalam surat nanti digi ada bagi guide or cara2x tukar telco nanti.



Tukar Sim kad Digi Dengan Pantas Di Machine Layan Sendiri


Kat Alamanda ada satu mesin layan sendiri yang sangat memudahkan korang, tak yah lah pergi ke kaunter nak bayar bill or ganti sim kad yang hilang..just pergi ke kiosk or mesin layan sendiri, arahan yang diberikan pun senang faham. Nak bayar bill ke tukar simkad pun boleh. Kalau nak tukar sim kad yang hilang just masukkan ic korang, masukkan no hp korang dan tekapkan cap jari korang kat mesin untuk pengesahan. kalau berjaya nanti akan keluar sim kad baru.  Sangat mudah!.



Get notifications from this blog

8 comments

  1. Belum bercadang untuk tukar ke Digi :)

    ReplyDelete
  2. alamanda putrajaya tu ker?

    hoho..

    leh la cuba nant.

    ReplyDelete
  3. Dia mintak coupon code.. ape tu?

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi ke digi store brape kne caj ?

    ReplyDelete
  5. klu ade baki kredit kt line lame mcm mne?foward skali atau burn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada baki lama kena kena pergi jumpa hq lama minta baki kredit.

      Delete