Rasa Biskut Oat ini sangat sedap kerana manis dan rangup apabila dimakan.
Harga pun aku rasa sangat berbaloi iaitu RM10 untuk satu pek sahaja, masa itu aku beli 2 pek (1 packet - 400 gram) maka kesemuanya dalam RM20 sahaja. Tak pasti ada berapa dalam 1 pek Oat Chocolate Choco, aku anggarkan dalam 40 ke atas. kalau nak beli satu sahaja boleh dalam RM0.30 sahaja.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Aku ingat produk ini hanya di Terengganu sahaja. Tapi, bila sampai tempat aku di Muar selepas balik dari bercuti, sudah nampak beberapa kedai yang mula jual Oat Chocolate Choco keluaran Twinfish ini. Sebelum ini tak pernah nampak produk Oat Chocolate Choco di beberapa kedai tempat aku.
Nampaknya, produk Oat Chocolate Choco sudah mula popular dan dipasarkan dengan secara meluas mungkin kerana mendapat reaksi positif dari pembeli.
Halal Ke Tidak Biskut Oat Chocolate Choco?
Bab ini ramai dikalangan kita sebagai umat Islam sangat berhati-hati dalam pemakanan terutamanya makanan keluaran luar negara.
Jangan risau, biskut ini telah disahkan halal daripada badan Islam yang telah diiktiraf JAKIM di Cina. Sudah ditempek dengan jelas logo halal di bahagian hadapan packet Oat Chocolate Choco,
Bolehlah selepas ni makan dengan sepuas-puasnya Biskut Oat Chocolate Choco tanpa ragu-ragu. Aku makan 2 pek biskut oat ni dalam masa 2 hari sahaja je sudah habis.
Selepas itu, beli lagi 1 pek sudah mula rasa muak. Biasalah kalau dah selalu makan biskut oat ni akan rasa muak sedikit.
Sekali - sekala bolehlah makan biskut oat ni dan memang sesuai untuk pelajar yang tinggal asrama takpun dibawa masa berkelah bersama keluarga.
30 Comments
murah jugakkira berbaloi
labeli..
wat stock mkan tgok fifa :P
Saya memang suka oat, ia baik untuk kesihatan, tak kira oat asli atau oat berkoko....
TAK PERNAH CUBA LAGI.. BENDA NI DAH JADI TREND..
halal kek tuh
Makanan jenis oat ini kegemaran isteri,dia cakap boleh kurangkan gemuk.
Memang best...dah jadi favorite kita biscuit ni...
tak pernah lagi rasa..kena mencuba.. ^_^
Ramai jugak yang share resipi oat ni. Tapi bagi aku mudahnya membeli je. Sepeket kat KL baru RM9 kat kedai borong sebelah rumah aku. Ada juga yang jual RM13 kat pasar malam. Sedap dan mudah dibawa. Aku tengok ramai yang dah gila oat sekarang nih.
kat rumah mmg sentiasa ada oat...nk minum oat koko bancuh milo lepas tu bubuh oat..haha
Tak pernah terlintas pula nak letak oat kat milo, lepas ni boleh cuba ni. :)
Memang ramai yang share dan rasanya senang je nak buat. Betul kata cikgu lagi senang beli terus. :)
rugi tu, kena cuba pasti nak lagi. ;)
samalah dengan aku jadi feveret. :)
yap dan boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes kalau tidak silap.
Sudah semestinya halal biskut oat. :)
yap dan ramai sudah mula berkongsi oat yang terbaru ni sebab sedap.
oat salah satu makanan yang baik untuk kesihatan lagi-lagi untuk orang yang sudah berumur.
Memang sangat berbaloi. Memang boleh sangat buat stock tengok FIFA14. haha
Oat mmg bagus utk sesiapa nak kurus tapi sis tak berapa suka sangat gan oat..:)
kalau teman makan, tak cukup satuu.. mesti berbundut2 teman makan.. kekekeke
Sekarang ni memang famous biskut ni. Satu hari tu wife balik beli satu paket biskut oat ni.Oleh kerana saya tak suka sangat makan oat, so stok biskut ni masih banyak kat rumah. Tak ada orang pulak yang nak makan.
Zumal selalu beli yang orang jual sikit2 jer. Dorang jual 30sen setiap satu. Bila teringin zumal beli dalam 10 keping. Lebih suka ynag coklat tu :)
Memang tak cukup tu kalau satu lagi-lagi satu family makan. :)
Memang popular, ada orang suka tak kurang juga ada yang tak suka. Memang jadi bahan stokla nampaknya. hehe
Huh feveret may son biskut ni ha..hehe..memang leka la kalau makan ini biskut..
biskut oat ni macam da jadi fenomena pula...bersepah ada jual kat mana2...kat pasar malam pun banyak...
Mula-mula memang jadi fenomena, nanti lama-lama jadi produk biasa-biasa je. Yang penting sedap :)
terima kasih pemberitahuannya
Sama-sama ;)
anak-anak pasti suka juga