Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Saturday, 26 April 2025

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!

Nak share sikit pengalaman aku pergi jalan-jalan ke Muzium Shah Alam yang baru buka tu! Tak sangka, muzium ni memang lain dari yang biasa aku bayangkan. Ingatkan boring, tapi rupanya penuh dengan benda menarik dan vibe dia pun best gila.

Mula-mula masuk je dah nampak moden dan clean. Tapi bila dah start explore dalam tu, terus rasa macam “eh, ni bukan muzium biasa ni”. Ada banyak pameran interaktif, artifak lama yang dipamerkan dengan cara moden, siap ada ruang 3D/immersive yang bawa kau ke zaman dulu-dulu. 

Antara benda yang paling aku suka:

  • Galeri sejarah Selangor – info padat tapi tak membosankan. Part ni aku suka sebab aku suka membaca sejarah lama-lama dulu.
  • Artifak lama yang dipamerkan dengan lighting lawa, siap ada QR code kalau nak tahu lebih.
  • Ruang "virtual" yang tunjuk suasana zaman silam – gempak!

Kalau korang suka sejarah atau sekadar nak lepak tempat yang tenang tapi best, aku recommend sangat tempat ni. Nak ambik gambar pun banyak port lawa.

Buat masa ini kalau nak datang masuk Muzium Shah Alam percuma. Akan datang tak taulah berapa kena caj mungkin RM2-5 macam tu kot

Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Masuk-masuk je terpampang nama ni



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
hantara kahwin zaman dulu. fair and lovely tau.. ko hadew



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ada pameran warung lama zaman atok moyang kita



Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang 3D tapi tak banyak


Jalan-Jalan ke Muzium Shah Alam Baru – Serius Best!
Ruang pameran haiwan


Thursday, 24 April 2025

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?

Aeon Bank baru-baru ini telah mempekenalkan Term Deposit-I dengan kadar keuntungan promosi: 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan. Promosi ini sah dari 16 April hingga 31 Mei 2025

Jumlah Minimum Penempatan: RM200 sahaja.​

Tempoh Simpanan: Fleksibel — anda boleh memilih tempoh simpanan mengikut kesesuaian anda. ​Ambil 6 bulan untuk dapat kadar keuntungan 3.08% setahun. 

Perlindungan PIDM: Simpanan anda dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. ​

Patuh Syariah: Menggunakan kontrak Murabahah melalui Tawarruq, menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang mencari pelaburan patuh Syariah. ​


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Term Deposit telah diperkenalkan oleh Aeon Bank


Cara Membuka Akaun Term Deposit-i:

Muat turun aplikasi AEON Bank dari Google Play Store atau Apple App Store.

Buka akaun Savings Account-i dengan deposit permulaan minimum RM20.

Pilih Term Deposit-i dalam aplikasi dan tetapkan jumlah penempatan serta tempoh simpanan yang diingini.

Sahkan dan aktifkan penempatan anda — semuanya boleh dilakukan secara digital tanpa perlu ke cawangan.

Untuk maklumat lanjut atau untuk memulakan penempatan anda, sila layari laman rasmi AEON Bank: https://www.aeonbank.com.my/term-deposit​


Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?


Perbezaan utama antara Term Deposit-i dan Savings Pot di AEON Bank terletak pada fleksibiliti, kadar keuntungan, dan tujuan simpanan. Berikut adalah perbandingan ringkas untuk membantu anda membuat pilihan yang sesuai:​


Term Deposit-i

Kadar Keuntungan: Promosi semasa menawarkan 3.08% setahun untuk tempoh 6 bulan (sah hingga 31 Mei 2025). 

Tempoh Simpanan: Tetap dan ditentukan semasa penempatan (contohnya, 6 bulan).​

Pengeluaran Awal: Tidak digalakkan; pengeluaran sebelum matang boleh menyebabkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan keuntungan.​

Tujuan: Sesuai untuk simpanan jangka sederhana hingga panjang dengan pulangan tetap.​

Akses Dana: Dana terkunci sehingga tempoh matang; tidak boleh digunakan untuk transaksi harian.​


Savings Pot

Kadar Keuntungan: 3.00% setahun, dikira harian dan dikreditkan pada akhir bulan. 

Fleksibiliti: Dana boleh dipindahkan masuk dan keluar pada bila-bila masa tanpa penalti.​

Ciri Tambahan:

Boleh mencipta sehingga 20 "Pot" untuk pelbagai matlamat kewangan (contohnya, percutian, pendidikan).

Ciri "Round-up" untuk menambah baki secara automatik dari transaksi harian.​

Tujuan: Ideal untuk simpanan jangka pendek atau sederhana dengan fleksibiliti tinggi.​

Akses Dana: Dana boleh dipindahkan ke akaun utama dengan serta-merta untuk digunakan dalam transaksi harian.


✅ Kesimpulan


Pilih Term Deposit-i jika anda mencari pulangan tetap dan bersedia untuk mengunci dana anda untuk tempoh tertentu.​

Pilih Savings Pot jika anda memerlukan fleksibiliti untuk mengakses dana anda dan ingin menetapkan matlamat simpanan khusus.​

Kedua-dua produk ini adalah patuh Syariah dan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.​

Tapi bagi pendapat peribadi macam berbaloi dengan saving pot berbanding dengan term-deposit sebab kadar keuntungan tidak terikat dengan beberapa bulan atau promosi. Dan boleh keluarkan duit pada bila-bila masa berbanding term-deposit yang perlu menunggu untuk tempoh tertentu.

Apa Beza Term Deposit-I Dengan Saving Pot Aeon Bank?
Jangan lupa letak referral code untuk dapat ganjara


Thursday, 20 March 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet

Buffet ramadan dianjurkan oleh Mak Kimbong dan Experiment Kitchen dengan pengalaman berbuka puasa di tempat yang besar dan luas. 

Kalau makan kat sini kena booking online melalui website dan whatsapp. Nanti sediakan details semua untuk booking dan boleh bayar secara online. Details booking nanti akan dapat kat whatsapp 

Nanti bila dah sampai pergi kat kaunter dan tunjukkan Qr kod yang telah diberikan kat whatsapp. Nanti dorang kat sana akan bagi tahu no meja berapa yang korang dapat nanti. 

Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
Maha Buffet

Kelebihan Makan kat Maha Buffet

  • Ada 30 gerai live cooking dengan suasana selesa seperti di hotel, tetapi penuh dengan kemeriahan makanan bazar
  • 200+ jenis hidangan dari lauk kampung, Western, Street Food, Bangkok Cuisine & Korean Dish.
  • VIP Area eksklusif – Kambing golek, nasi Arab Mandy, seafood grill, buah-buahan segar & coffee machine khas!
  • Kids Friendly – Playzone mega & Magical Clown setiap hari!
  • Kemudahan Lengkap – Surau luas, Free Barber, Free Henna, Ruang PS5 Percuma & Live Band.
  • 1000 parking percuma + VIP parking khas!
  • 5:30 petang - 10:00 malam
Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet
suasana dalam Maha Buffet


Pengalaman Berbuka Puasa Di Maha Buffet


Bayangkanlah kalau dewan punya besar tu kalau nak ambil lauk-pauk semua tu memang ambil masa lah. Kalau duduk terperuk hujung dewan tu lagilah.. memang kena tawaflah kalau nak ambil lauk.. tinggal rajin tak rajin je nak ambil lauk. haha

Rasa makanan semua lauk yang sempat isi perut semua sedap, maggi kerabu fuh pedas betul, makanan korea pun sedap, cendol, kuih-muih pun sedap, kambing bakar pun lembut dan air pun banyak pilihan. Makanan western semua dengan nasi berlauk tak sempat nak sentuh perut dah penuh sangat. Takut membazir tak habis

Ramai yang berbuka puasa kat sini tapi tak bersesak-sesak la nak ambil lauk mungkin sebab dewan luas dan banyak jenis lauk jadi mudah nak ambil semua. 

Banyak juga meja kosong mungkin sebab weekday jadi tak penuh satu dewan.. 

Selepas berbuka ada selawat dari tahfiz. kalau lepas habis berselawat tu pasang lagu nasyid ke raya lagi meriah la dewan. Ada juga cabutan bertuah, kuiz menang hadiah. 

Overall puas hati lah, tak boleh nak makan semua perut tak mengizinkan. haha. 

Cuma harga buffet too pricey.  

Saturday, 1 February 2025

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua Dengan Wang KWSP

Kawan lama hubungi saya untuk pinjam RM10,000 bagi melangsaikan hutang institusi kewangan. 

Saya menolak untuk membantu kerana risiko.  Dia yang dulunya mewah kini warga tua yang papa. 

Zaman muda dulu ketika saya memandu Proton Saga, dia bergaya dengan Volvo. Ketika saya beli Innova, dia Mercedes-Benz. 

Ketika bersara daripada syarikat oil and gas, dia selesa dengan KWSP jutaan ringgit. 

Dia buka syarikat dan pelawa saya. Saya menolak kerana tidak ada pengalaman berniaga. 

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua
Sekadar gambar hiasan

Duit KWSP dan bayaran VSS yang saya terima 11 tahun dulu sekadar labur dalam ASB dan Tabung Haji. Saya tidak ghairah main saham atau buka syarikat. Saya hidup sederhana. Saya tidak derita kewangan kecuali masalah kesihatan. 

Beberapa rakan mengadu tentang kawan kami yang hidup susah itu. Syarikat sudah lebur. Kemewahan yang pernah dia kecapi sudah berlalu. Hutang rakan tidak terbayar. Kini dia menjadi guru separuh masa di pusat tuisyen. 

Nasihat Berguna Untuk Selesa hari Tua

Sebagai pengajaran kepada rakan yang akan bersara dengan wang KWSP, saya perturunkan nasihat untuk selesa hari tua. 

1. Nikmati hari tua dengan sederhana dan hargai kekeluargaan. 

2. Kita pekerja dan bukan majikan sejak puluhan tahun. Jangan habiskan KWSP untuk perniagaan yang bermodal besar. 

3. Jangan buat hutang baharu kerana kita tidak ada pendapatan seperti masa muda. 

4. Guna masa persaraan untuk makan angin, membaca dan ibadat. 

5. Jika kita bukan orang politik, jangan pedulikan hal siasah. Buat keputusan di peti undi. 

6. Jangan terpedaya dengan pelaburan online dan scammer. Memadai ASB walaupun pulangan kecil tapi rendah risiko. 

7. Jika sakit berubat dengan pakar perubatan. Bukan jumpa ustaz yang kononnya berikhtiar dengan peralatkan ayat Quran. 

8. Tunaikan zakat dan bersedekah. Rezeki kita Allah tentukan dan ada bahagian untuk asnaf dan fakir. 

9. BACA Quran dan solat sunat sebagai penampungan ibadat kita. 

10. Tak perlu keluar rumah jika tidak ada keperluan!

sumber dari penulisan - Imlan Adabi

Kalau ikutkan banyak lagi tu..macam jgn besarkan rumah atau buat kenduri besar besaran pakai duit kwsp. Hidup la tenang tenang enjoy duit kwsp dengan berhemah.

Sunday, 17 November 2024

Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee

Ini adalah kali kedua beli motor tapi jenis skuter. Kalau sebelum ini beli motor biasa brand Modenas CT100 ketika belajar di universiti. Itupun, ayah yang belikan motor ni senang nak buat jalan-jalan ketikat belajat kat universiti. 

Guna lah sampai lah kerja. Kemudian dah tak pakai sebab membe ajak tumpang kereta pergi kerja sama. Bayar pun tong sama2x. Maka, terbiarlah motor Modenas aku yang lama tu. Bila dah bertahun2x tak hidupkan memang susahlah nak hidup rasanya dah lebih 4-5 tahun macam tu. 

Kalau aku google kata kena caj 3-4k juga sebabnya nak kena cuci enjin yang dah berkarak. Jadi motor ni pun aku bawa balik kg biar repair kat sana senang. 

Then baru-baru ini terpaksa beli motor baru sebanya membe eksiden pula tak disangka-sangka. kemalangan jatuh siling rumah jadi kena tahan wad untuk beberapa hari. Ak pulak memang tak pandai sangat bawa kereta padahal lesen kereta ada. hahaha. 

Honda Beat atau Yamaha Ego Gear?


Nak tak nak memang kena beli motor baru. Tupun pening moto mana yang nak pilih antara Honda Beat atau Yamaha Ego Gear. Harga pun tak jauh beza.. Last2x pilih Yamaha Ego Gear malas nak fikir sangat. Pastu nak kena fikir kedai mana yang jual murah plak.. 

Setelah berjam2x berhari-hari mencari jumpa lah kat satu kedai Shopee ni. Harga pun not bad then boleh bayar bulanan. Kalau aku nak ikat pun tak nak panjang2x sangat cukuplah 12 bulan macam tu. 

Kelebihan Yamaha Ego Gear


Sesuailah untuk yang pendek mcam aku tinggi 155cm macma tu bawa motor ni. Tak berat tak ringan just nice. Bawa pun sedap je. 

✅ Enjin Blucore 125cc SMG (Smart Motor Generator) :
Enjin BluCore generasi baharu berkuasa 125cc dengan teknologi SMG (Smart Motor Generator) yang menghasilkan suara lebih halus, jimat bahan api, tersambung dengan indikator mod eco untuk pengalaman tunggangan yang tiada duanya.
✅Lampu LED & Lampu Pilot 
✅Soket Elektrik Mudah Capai. Boleh caj Smartphone
✅Eco Mode - kira boleh jimat minyak
✅ Ada Mode automatik enjin terpadam ketika berhenti dan enjin hidup ketika bergerak. Mode ni boleh on atau off. 

Yamaha Ego Gear - Order hari ini esok sampai


Cara pembayaran tu pun aku buat installment kredit kad selama 12 bulan lebih macam tu tanpa bunga. Kira oklah. Pastu, dah chat semua terus order kat shopee. Bayangkan order hari ini, esok dah sampai.. memang cepat.

owh yeah aku beli dekat shopee Yeahride kalau tak silap nama dia. Kedai dia pun kat Kajang. 

Order ambil yang Interchange Model maksudnya still motor baru cuma motor dah daftar tapi tak pernah jalan. Waranti kilang masih ada lebih jimat banyak berbanding dengan yang unregistered.  Lagipun kalau ambil yang ni lagi cepat dapat berbanding unregistered nak kena tunggu no plate baru lagi. Cuma yg lecehnya kena buat penukaran nama owner plate nnti lah.

Macam aku sendiri tak kisah dapat no plate apa2x. No plate lama pun tak kisah. Tgk gambar kat bawah no plate WA (XXX) M . haha. No plate lama betul tu silap2x ego gear pun belum ada lagi masa tu.  haha. Janji dapat cepat.  

Thumprint Penukaran Nama Pemilik

Pastu proses thumnprint penukaran nama owner plate lama ke owner baru. Boleh pilih nak ke JPJ atau MYeg. Macam kt tempat aku takde MYEG jadi pilih JPJ untuk penukaran nama.  

Alhamdulillah, proses thumprint JPJ pun senang dan cepat. kena isi form dulu, form tu ada 2 bahagian... A & B. Bahagian A tu details owner lama ni kedai dah bg details siap2x menerusi whatsapp kemudian Bahagian bawah B details nama,ic, alamat kita semua then siap tunggu giliran. 



Pengalaman Beli Motor Skuter Yamaha Ego Gear Di Shopee
No plate cover. Dari sisi lupa plak nak ambil gambar. 

Warna motor pun ambil warna hijau tua. 

Boleh lah nak buat jalan2x dekat, nak pergi makan ke naik motor ni senang. 

Kekurangan yang aku nampak panel masih lagi bukan jenis LED, masih pakai jarum macm tu kemudian tangki minyak kecil. Kalau modenas lama aku CT100 tangki minyak dia besar boleh isi minyak dalam RM7-8 mcam tu. Kalau yamaha isi RM4 macam tu dah penuh. Kalau bawa lama2x motor ni sakit jugalah belakang. hahaha. Nak kena tukar absorber lain dengan tayar kalau ada rezeki nanti. 

Tuesday, 5 November 2024

Sedapnya Kopi Kering-Beku Kapsul Dari Zus Coffee

Sebenarnya first time dengar nama kopi kering beku atau bahasa inggerisnya panggil freeze-dried. Biasa dengar kopi segera. Jadi apa bezanya kopi segera dengan teknik kopi kering beku. 

Apa itu Kopi Beku-Kering

Kopi beku-kering merupakan salah satu kaedah lebih terkini dalam industri kopi. Ia menggunakan teknologi pengeringan beku, kaedah pengawetan yang melibatkan pembekuan ekstrak kopi dan kemudian meletakkannya pada persekitaran vakum dengan haba yang rendah. 

Proses ini, juga dikenali sebagai lyophilization, mengeluarkan air daripada kopi beku dengan cara yang lembut, mengekalkan lebih banyak rasa asli, aroma dan nilai pemakanan.

Proses pengeringan beku untuk kopi biasanya bermula dengan membancuh biji kopi berkualiti tinggi untuk mengekstrak rasanya. Pekat kopi yang terhasil kemudiannya disejukkan dengan cepat untuk mengelakkan pembentukan hablur ais, yang boleh merosakkan struktur halus kopi. 

Selepas itu, kopi beku diletakkan di dalam ruang vakum, di mana pemejalwapan berlaku - peralihan langsung ais daripada pepejal kepada wap tanpa melalui fasa cecair. Proses lembut ini membantu mengekalkan integriti rasa dan aroma kopi yang halus. - sumber 

Freeze-Dried Capsul Dari Zus

Tertarik dengan kapsul dari Zus sebab Kapsul dia boleh terus masuk dalam air dan boleh terus minum sama ada nak buat americano ke atau atau pun latte. Itu yang membuatkan ak tertarik nak beli benda alah ini. Walaupun harga dia consider agak mahal jugaklah tapi why not kita try kan. 

Kecil je kapsul ni.. kelebihan freeze-Dried capsule dari Zus ni dia boleh larut dalam air panas even sejuk pun dia boleh larut tanpa berketul-ketul. kacau2x je dan sebati air tu.. dia tak macam kopi segera lain kena guna air panas dulu.. 

Yang ni tak, suhu tak kisah panas ke sejuk boleh larut dengan cepat. Sampai aku pun kagum dengan teknologi minuman kopi ni.. sekrang company lain pun mcam nak buat style macma ni sebab lagi mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan brew...

Dari segi rasa kalau ikutkan sama ada brew dengan capsule ni macam lebih kurang sedapnya. Brew lagi best la rasanya kalau nak dibandingkan dengan capsule tpi still not bad la rasanya. Even aku boleh repeat lagi beli capsule ni.

===

Macm gambar kat bawah ni aku beli Capsul Santan X Zus. Dalam tu ada 5 (lima) capsule. Dan setiap kapsul tu ada pelbagai aroma perisa yang berlainan. 

Ada lima 5 jenis aroma kopi

  • UNITY - Chestnut | Ripe Grape | Pecan
  • BOSS - Bold | Dark Choc | Smoky
  • LYDIA - Smooth | Fruity | Nutty
  • CAPTAIN - Pecan | Cacao | Almond
  • ALL STAR - Honey | Chestnut | Lemongrass

salah satu kapsul iaitu Lydia 

Rupa dalaman capsule letak dalam cawan plastik. 

Yang ni pula untuk jenis coffee iaitu Lydia

Bagi aku semua sedap lah.. kena dengan tekak aku. 

Dan capsule macm ni sebenarnya lagi memudahkan orang ramai yang takde mesin brew, senang larut dan menjimatkan masa nak buat coffee ala2x brew. Tuang je coffee dalam air atau susu ke dan minum then baru bertenaga di pagi hari. haha Rasa pun memang nak sama je ngan brew.. try la 


Sunday, 3 November 2024

Pakai Spaylater Tapi Tak Reti Semak Poket Sendiri?

Pakai Spaylater tapi tak reti ukur baju sendiri?

Tertarik dengan penulisan Fb di Ameno World berkenaan dengan isu spaylater yang mula di gunakan oleh pengguna. 

Kadang kemudahan yang diberikan telah disalahguna dengan membeli barang tetapi tidak membayar balik dengan waktu yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu kumpul duit dan beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. 

Senang kata ada duit beli, tak ade duit jangan beli, tunggu dulu, beli kemudian bila ada duit nnti. Spaylater guna untuk emergency je. 

gambar sekadar hiasan

1. Penyakit SPAYLATER dah semakin kronik & aku terpanggil nak sekolahkan B40 macam aku.

2. Kita neh miskin. Bila miskin, kena sedar diri miskin. Kita tak ada RM2 juta simpanan ataupun pelaburan.

3. Meminjam dalam keadaan ada kemampuan nak bayar, tak apa. Tetapi itupun perlu ikut garis panduan. Garis panduan yang aku selalu anjurkan ialah;

👉 Pastikan kita ada duit simpanan samada lebih atau sama dengan harga barang yang kita beli secara pinjaman ✅️

👉 Pastikan kita tahu kita memang boleh bayar balik ✅️

Kena ingat, kerana kita manusia maka kita boleh kehilangan kerja, sakit & mati.

Sebab itu usah dengan mudahnya membuat pinjaman jika tak ada keupayaan bayaran balik.

4. Tadi ada aku baca (dulu pun ada baca kes seumpamanya), ada pula kawan² bagi kawan dia pinjam SPAYLATER.

5. Dia belikan kawan dia barang, guna nama dia, then kawan dia tu akan bayar balik bulan² kat dia ikut tempoh & tarikh sepatutnya.

6. Apa akan berlaku jika kawan tu tak bayar?

7. Yang teruknya kita. Nama pinjaman atas kita. Penalti kita. Barang kita tak dapat. Putus kawan. Sakit hati. Tanggung hutang. Kalau tak dapat bayar? Rosak kredit rating kita.

8. Sebelum ini ada beberapa group telah ban aku. Sebab aku bantah idea CASHOUT SPAYLATER.

9. Kenapa nak cashout?

10. Kau boleh beli semua benda kat Shopee. Tak perlu CASH OUT pun!

11. Sebab kau nak guna duit tu untuk beli bukan², betul? Itulah yang aku marah. Akhirnya yang melalai puak² ini bukannya dari bangsa lain atau agama lain. Bangsa sejenis dia juga.

12. Itulah penyakit B40. Dah la miskin tak sedar diri gila berhutang sibuk beli Iphone hutang kedai tak ada duit beli makanan viral hidup tak reti semak poket sendiri; orang ajar jimat, dimakinya kita balik.

Ya, sampai ke tahap nak beli Iphone hutang kedai. Sanggup bayar belas ribu. Duit pada nilai sama boleh dapat used car dah.

Kenapa wajib sangat Iphone?

Kau sedar tak kau tak mampu?

Rumah kau takde cermin ke?

Tengok muka sendiri dulu boleh tak?

B40 yang berjaya ialah;

Beli barang cash. Simpan duit. Ada cara & tekniknya. Katakan nak beli Water Filter, Air Purifier, Aircond etc, simpan duit bulan² kat SHOPEE PAY. Anggap SHOPEE PAY macam tabungan. Amalkan. Tak perlu cepat mesti ada on the spot, padahal benda boleh plan. Kau plan la betul². 

Benda boleh buat sendiri, belajar. Jangan malas.

Tak ada salahnya beli used. Aku beli used banyak item dah. Kena pandai cari. Jangan baru cari satu dua terus nak beli. Survey betul² dari segenap segi. Spend masa. 

Hutang bagi aku hanya untuk rumah & kereta sahaja.

Selain dari itu, usahlah. Kita neh B40 sahaja. Kita bukan Vincent Tan. Empayar NAZA. Raja Gula. Ada cawangan 99 Speedmart atau DIY. Hidup ikut kapasiti sendiri, jangan ikut orang, jangan biar minda dipengaruhi orang. 

Jadi masalah sebab sejenis hidup nak ikut standard orang. Dia rasa standard yang orang tentukan, itulah kebahagian. Tak apa. Go ahead. Capai la dengan cara merancang kewangan secara bijak. Bukan merancang tambah hutang sehingga sesak. Faham?

Wednesday, 30 October 2024

Pengalaman Guna U Home 5G dari Umobile

Sebelum pakai U Home 5G, pakai fiber by maxis tapi memandangkan dah habis kontrak jadi saya terminate maxis fibre dan ambil pakej U Home 5G ni..

Kenapa tukar Fiber kepada Line Pula?

Salah satu sebabnya adalah murah RM68 tak termasuk caj sst, cut cost dan bila tengok penggunaan data sebulan tak pernah pun lebih dari 1000gb even yang guna pun dalam 2 orang je. Biasa average 400gb penggunaan.  

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
U Home 5G

Pengalaman U Home 5G dari Umobile

Cara nak daftar pun senang je pergi lah mana-mana cawangan umobile untuk daftar Uhome 5G. Bagi details semua then terus dapat sim kad. Dia ada pilihan sama ada korang nak pakej tanpa modem atau nak modem. Kalau nak moderm ada kontrak selama 2 tahun manakala tanpa modem korang takde kontrak. Jadi yang takde kontrak tu korang boleh cancel bila-bila masa2x. Mungkin selepas 1-3 bulan penggunaan kot.  

Saya pula ambil pakej modem kira ada kontrak 2 tahun sebab malas nak fikir cari modem 5G. Modem 5G pun bukan murah sekarang. 

Sim kad ini lah nanti kena masukkan dalam modem.

Sebelum pakai pakej ini, memang dah test kat rumah dapat 5G, tower 5G pun dekat je dengan rumah. 

Dari segi kelajuan bila test tu memang tinggi boleh dapat 300-400mbps. Lebih kurang macam tu. 

Modem U Home 5G bagi tu Bermasalah


Tak sampai sebulan bila dah pakai modem yang umobile bagi ni dia asyik disconnect memanjang. Bila tengok post ramai yang kata modem yang umobile tu kualiti dia tak bagus sangat kira senang putus bila router terlalu panas. 

Kebetulan saya ada modem lama tapi dapat 4G je lah iaitu Huawei B818 kalau tak silap. Jadi tukar lah sim kad dan masuk dalam modem B818. So far takde putus2x dan line pun stabil cuma dapat line 4G je lah. Speed boleh dapat 80-90Mbps mcam tu kalau siang. Malam drop skit lah tapi kira stabil sebab tengok video streaming takde lag or putus2x.  

Modem Huawei pun boleh dikatakan antara yang terbaik dan juga mampu mengawal kepanasan modem.

Sementara guna Modem 4G, nak tak nak kenalah saya cari Modem 5G lain dan akhirnya saya pilih brand Huawei juga iaitu H122-373.

Modem Huawei H122-373 Ngam dengan U Home 5G

Memandangkan ramai yang kata brand tarik line kuat jadi saya ambil modem brand ni walaupun harga ini keras. Ada modem yang murah macam Nokia Fastmile 3, Oppo, Olax, ZTE tapi tetap pilih yang Huawei punya. Mungkin sebab dah terbiasa pakai modem Huawei sebelum ni B818. 

So far, sepanjang penggunaan penggunaan brand ni memang takde putus2x masih steady tengok video streaming. Kalau guna 2.4ghz speed biasa tapi guna yang 5.ghz tu berdesup laju speed. 
 
Pengalaman U Home 5G dari Umobile
Kotak Huawei

Pengalaman U Home 5G dari Umobile
comel je modem dia tak besar sangat macam B818



Friday, 25 October 2024

AEON Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Rasanya dah lama tak share kat sini.. tetiba rajin pula nak share kat sini berkenaan dengan pengalaman menggunakan  Aeon Bank atau Bank Digital Aeon.

Aeon Bank ni lain dengan kredit aeon yang berhutang tu tau, yang ni macam kad debit jenis prepaid sama macam Bigpay, Wise, macam tu cuma kelebihan yang ni Aeon Bank ni patuh shariah

Ini antara sebab join Guna Aeon Bank

Layout Aeon Bank


1. Kad dia PINK. Minimalis.

Simple. Clean. Walaupun feminin sket sbb color dia pink benorrrr. Haha. 

2. Numberless

Maksudnya, dekat kad tu, takde tulis nombor mcm kad debit atau kredit biasa. Ada nama ko je kat blakang. So no kad kt mne? Segalanya dalam app. So, selamat la klau org nk curi no kad dan CVV kat blakang kad.

3. Patuh Shariah

Aeon Bank telah mengumumkan yang bank dorang adalah patuh shariah. Bank digital Islam (patuh syariah) pertama di Malaysia. Jadi jangan ragu2x boleh terus mendaftar Aeon Bank

Pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka (muat turun daripada Apple Store atau Google Play) juga boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank Visa maya mereka dan juga memohon Kad Debit-i fizikal.

4. Dapat 1000 Aeon reward points

Ini promotion kalau tak silap. Tak tau sampai bila. Points ni mcm point kad loyalty Aeon tu. Cukup points bleh redeem shopping voucer. 

Lepasni kalau nak berbelanja kat aeon ke jangan lupa scan aeon member kat dalam App  Aeon Bank boleh dapat point. Kumpul point boleh reedem nanti.  Kod bar tu kalau malas buka app dia, korang screenshotlah kod bar tu dan masuk dalam ewallet korang senang scan je terus tanpa buka app. 

E-wallet  phone sekarang kan advance boleh letak barcode membership semua. 

5. Online topup, prepaid VISA

Kad ni ada Visa jadi kalau nak travel ke luar negara boleh je pakai tanpa ragu cuma rate mungkin tinggi dan ada caj yang akan dikenakan. 

Selain itu, korang boleh top-up duit masuk sini (Aeon bank) sikit-sikit untuk buat belanja barangan luar negara mcm tu, kalau guna kad bank lain krang takot sedut banyak ke tetiba duit hilang ke kan jadi lebih selamat la kan pakai kad prepaid macam ni untuk test belanja beli barangan luar negara atau dalam negara. 

Selain itu, ada fungsi duitnow dan QR code, jadi boleh transfer duit dengan mudah

6. Profit rate 3.88% per annum (promo till 31/8) Sekarang ada pecahan iaitu saving biasa 0.88%, manakala 3.00% untuk saving Pot (Promo 31/12/2024)

Ini yang paling best dan penting. korang simpan je dalam Aeon korang akan dapat profite rate. Lagi banyak korang simpan, lagi banyak la profit rate korang dapat. Dia dah mcam style fixed deposit. Skit ke banyak belakang cerita yang penting ada profit rate setiap bulan.  Siapa nak bagi kan?

Enjoy great returns on your savings with AEON Bank's 3.00% p.a. profit rate! Plus, receive 1,000 AEON Points (worth RM5) when you download the app and register with my referral code below:

Referral Code: AB166286

6. UI App dia Simple dan Mudah

Layout app dia pun tak memeningkan dan mudah faham. Buat masa ini app masih dalam fasa baik-pulih sistem mungkin ada hari tu akan ada tergendala sistem mcm tu. Benda baru kan jadi kena siap sedia lah. Hopefully sistem dia lepas ni berjalan dengan lancar smooth je.  

------

Ingat. Mencari yang halal adalah wajib! Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

KWSP atau EPF pun dah ade simpanan Syariah.

Saturday, 21 November 2020

Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi

Memandangkan printer lama dah rosak iaitu brand Epson juga jenis L220. Jadi sekarang mencari printer lain pula yang lebih canggih dan laju skit bila print. Survey punya survey maka pilihla Epson EcoTank L3150 yang ada wifi punya siap ada scannder semua. Kira All in one semua ada. 


Kenapa aku brand Epson? Sebab first time printer beli ialah brand Epson so malas nak fikir beli je lah brand epson cuma yang pening ialah nak pilih yang mana satu mengikut keperluan aku. 


So far aku guna printer memang tahan lama.. L220 tahan 3 tahun guna pastu ada problem sikit bawa printer pergi jumpa HQ Epson terus. Dorang repair jadi baru terus dan keluar cash tapi berbaloi, tahan sampai sekarang. Kira dah 6 tahun guna dan hari-hari guna printer ni kecuali sabtu dan ahad. Cuma sekarang tengok macam dah nazak tapi boleh pakai lagi.. 


Sebabnya bila tersangkut or tak boleh print nak kena buka dalam dan bersihkan roda pusing dia tu baru berjalan print tu. Belum rosak lagi tpi leceh asal tersangkut kena cuci dalam.. Mgkin sebab 6 tahun lama sangat kot tu ada karenah.. Kalau dah sampai 6 tahun beli je lah baru. 


Printer brand Epson


 Printer Epson EcoTank L3150 All in One


Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi
Epson L3150. ink kat depan

Epson L3150 ni kira pilihan yang terbaik la nampak macam besar tapi tak makan ruang pun. Kalau L220 memanjang kiri kanan, L3150 ni gemuk atas bawah je. Tank ink pun kat depan bukan lagi kat tepi. Senang nak isi ink. 


Kelebihan Guna Printer Epson EcoTank L3150 Wifi
dari atas, ada scanner macam biasa. 


Sebut pasal ink, ink dia pun sangat murah even ori pun.. beli ori ke tak ori lebih kurang je harganya. Pastu nak masukkan ink tu memang senang sangat. Takde serabut kepala nak kena hati-hati masukkan ink kat tank ink tu.. Botol ink dorang ada khas memang masuk je dalam tank ink dengan mudah. Dah habis isi cabut je botol. Senang. Sangat senang berbanding ink L220.


Letak je ink macam ni pastu biarkan tak payah sentuh..Dah habis baru cabut. Bila cabut je btl ink automatik ink tu tak keluar lagi. kena cucuk ngan tank ink printer baru keluar ink. So easy takdelah tangan penuh ngan ink. 

Bila print tu memang laju la. takdelah nak tunggu lama print 10-20 helai kertas kan. Lagi berbaloi dari beli printer laser. Even printer laser tu memang laju print tapi dari segi penjagaan tu rumit weii.. nak kena jaga drum dia lgi kena tukar cartrigdes lagi.. Sangat3x leceh.


Kemudian ada wifi juga. Ada 2 wifi, satu wifi biasa yang pakai kat umah.. satu lagi wifi direct ni tak sure mgkin direct wifi epson punya kot.. Jarang guna wifi punya.. biasa pakai cable je. 


Ringkasan Kelebihan EcoTank L3150


  • Design compact
  • Ada wifi, wifi direct
  • Ink berkualiti tinggi
  • Pengisian Ink tanpa tumpah terkena tangat ke badan. Sangat mudah
  • Ada Epson Connect (Epson iPrint, Epson Email Print and Remote Print Driver)
  • Percetakan tanpa sempadan hingga 4R


Kekurangan Epson EcoTank L3150 All in One


Setiap kelebihan dia ada kekurangannya.. Kekurangan yang nampak macam bunyi bila print kertas tu kuat bunyi cret3t macam tu tapi laju la print..cuma bunyi tu ketara sangat.. mgkin sebab printer masih baru lagi kot.. 


Wifi dia macam susah nak setting even tengok youtube pun macam lain je caranya. haha ke ak yang tak pandai guna..   untuk jenis eco tank ini ada 2, sama ada korang tak nak wifi, boleh beli eco tank jenis L3110. Kalau nak ada wifi boleh ambil L3150. Fungsi sama je kedua produk cuma ada dan takde wifi je. 


Contoh macam kalau kertas tersangkut korang kena buka skru dulu baru boleh boleh cabut kertas kat dalam tu. Skru dia tu alahai kecik sangat kalau jatuh tu jenuh nak mencari.. Kertas tersangkut tu salah sendiri la sebab nak letak kertas tu ada caranya dan kalau boleh kertas tu jangan rapat sangat dengan dinding..  nnti terubah bentuk kertas tu tak jadi lurus, print kertas pun tersangkut.


Itu je la yang nampak kekurangan kat L3150.. Yang lain perfect. 

Sunday, 20 September 2020

Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka

Menariknya taman ini dihias cantik dengan lampu-lampu di sekitarnya ,tumbuhan serta binaan Iconic Sculpture, Entrance Gateway, pentas, dataran, jeti, jambatan, gelanggang terbuka, laman permainan kanak-kanak serta alatan senaman dewasa. Ianya terletak bersebelahan Sungai Muar, mewujudkan suasana malam/siang yang indah dan menarik untuk dikunjungi. Jom kesana...

 

Harus di ingatkan juga kemudahan bersama2 menjaga kebersihan & keindahan Taman Awam agar terpelihara drp vandalisme /sampah sarap. Buang sampah ke dalam Tong sampah. Hargai kemudahan awam tanggungjawab bersama


Keliru antara Tanjung Emas dan Tanjung Agas


Ramai yang keliru antara Tanjung agas dengan Tanjung emas. Tanjung agas adalah di bawah daerah Tangkak manakala Tanjung emas di bawah daerah Muar. 


Taman Awam Tepian Sungai Muar Tanjung Agas Kini Dibuka
Tanda mercu Johor


Pemandangan pada waktu malam

Boleh melihat jambatan menuju ke daerah muar. 

Tanda Tangkak.






Credit gambar : Wan Wann

Monday, 13 April 2020

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips menjadi lebih kreatif dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja untuk pelajar malah untuk pekerja juga.

1) Bawa note book di mana anda berada.
Salah satu menjadi anda lebih kreatif dalam kehidupan ialah dengan membawa note book anda di mana-mana sahaja. Ini kerana apabila anda mendapat ilmu baru atau mendapat idea baru makan anda akan terus tulis di note book supaya anda akan ingat sampai bila-bila. Lagi canggih apabila anda menulis di galaxy Note.

2) Berani Ambil Risiko
Untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang perniagaan  mesti berani ambil risiko. Kejayaan tidak akan datang jika anda tidak berani untuk mengambil risiko. Try, error and try again

3) Lakukan perkara yang membuatkan anda gembira
Jangan lakukan perkara yang kawan anda suka tapi lakukan perkara yang anda suka seperti contoh anda suka melukis gambar alam semula jadi maka lakukannya sehingga anda benar-benar berpuas hati tanpa paksaan sesiapa pun. Jika anda suka menyanyi dalam bilik air maka lakukan sahaja dengan penuh keyakinan.

4) Berhenti menjadi orang lain.
Jadilah diri anda sendiri tanpa mengikut orang lain. Kebanyakan hari ini mereka yang terikut-ikut dengan orang lain adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Kerana rakan sebaya yang paling hampir dengan kita. Jika anda jenis yang suka belajar di waktu malam maka lakukanlah dan jangan mengubah niat semata-mata untuk kepuasan hati rakan dengan melepak di waktu malam dan sebagainya yang tidak berfaedah.

Jika mahu merubah buruk kepada yang lebih baik maka lakukanlah perubahan sedikit demi sedikit agar keberhasilan untuk menjadi baik terlaksana. Jangan terlalu gopoh. Saya ambil contoh, anda seorang merempit kemudian anda insaf dan mahu berubah kepada yang lebih serta tidak mahu terjebak dalam arena merempit maka lakukan secara perlahan-lahan dengan mengurangkan aktiviti merempit yang lama-kelamaan minat dalam merempit itu akan hilang. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk menasihati kepada mereka yang melakukan perkara yang kurang berfaedah.

Dalam surat Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

5) Jangan Mudah Mengalah
Adat hidup banyak cabarannya tapi jangan pula kita mudah mengalah dengan kehidupan yang kita lalui. Semakin banyak cabaran yang mendatang, semakin matang dan kreatif fikiran kita dalam membina kehidupan yang lebih harmoni. Bak kata orang cina chaiyok!

Cuba tampal perkataan yang memberi inspirasi dalam kehidupan anda dengan menampal di bahagian dinding rumah anda atau di mana sahaja yang anda boleh anda lihat perkataan tersebut.

6) Praktis, Praktis dan Praktis
Selalu cikgu akan pesan banyakkan praktis kerja sekolah di rumah. Jika kita tidak melakukan praktis mana mungkin kita akan mendapat jawapan sebenar. Jangan terlalu mengharap kepada orang lain jika anda sendiri tidak melakukan praktis dan lakukan praktis dengan penuh tekun, jangan asal boleh sahaja.

7) Rehat dan Lihat Alam Sekitar
Kalau terlalu kuat berkerja pun tidak boleh juga nanti otak jadi tepu, badan pun lemah tidak bermaya. Maka dengan itu take a time to rest dengan secukupnya dan lihat pemandangan di sekeliling anda. Seeloknya pemandangan alam semula jadi kerana alam semula jadi yang kehijauan akan membuatkan mata anda terus segar serta mengurangkan peratusan rabun dalam mata anda.

Berehat bukan bermakna anda boleh tidur siang malam sepanjang hari dalam seminggu.

8) Tonton Filem Luar Negara dan Dengar Lagu Baru
Orang kata, nak dapatkan idea pergilah tonton filem luar negara seperti filem hollywood tak pun filem korea yang semakin kehadapan. Dari situ mungkin akan tercetusnya satu idea yang kreatif dalam pekerjaan anda. Mungkin juga boleh tonton video kreatif yang banyak terdapat di youtube.

Saya antara seorang yang suka dengar lagu dan ternyata kebanyakan lagu memberi inspirasi serta idea dalam membuat suatu kerja dan kadang-kadang mampu menghilangkan stress. Antara lagu yang saya dengar adalah dari Album terapi Zikir Hafiz Hamidun dan yang terbaru iaitu Jodoh Berdua.

Tips Motivasi Untuk Menjadi Lebih Kreatif Dalam Kehidupan
sekadar gambar hiasan

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak

Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain. Pergh, sepantas kilat je kita dapat detect.

Contoh,

kalau tengok match bola. Masa tu mula la kita maki hamun pemain bola tu:
"Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol" "Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot"
Ataupun, masa kita tengok kuiz kat TV.
"Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii"
Atau bila tengok kereta accident:
"Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas" "Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar"
Secara teorinyaa, manusia ni memang tahu macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect.

Jadi, kalau kita dapat kesan kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia.

Belajar daripada kesalahan orang lain pun boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita. Tak semestinya kita kena laluinya sendiri baru nak belajar. Ye tak?

Cari Kesalahan Orang Pandai Tapi Salah Diri Tak Nampak
sekadar gambar hiasan

Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan

Aku mahu berkongsi dengan korang berkenaan dengan perbelanjaan kita seharian. Adakah kita mengikut kemampuan, di luar kemampuan atau di bawah kemampuan. Apakah yang dimaksudkan dengan Hidup di luar kemampuan?

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan


Rata-rata manusia akan cakap hidup mestilah di luar kemampuan. Kita kena fikir balik apakah betul jika kita mesti hidup di luar kemampuan. Korang sebenarnya faham tak maksud hidup di luar kemampuan. Ok, aku bagi contoh: Ahmad ada gaji RM3000 sebulan, pakai kereta import BMW, kemudian beli alat perkakasan rumah secara hutang, belum lagi masuk barang-barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, beras, gula dan macam-macam lagi

Walhal, gaji sebulan RM3000 sahaja, ada hutang di keliling pinggang, kena bayar duit kreta BMW (BMW kalau murah tak apa, ini RM100,000 lebih tu, mampu ke nak bayar balik), perkakasan umah lagi dan macam-macam lagi.

Semuanya nak kena bayar. Adakah kita betul-betul mampu bayar balik segala hutang yang kita pinjam dengan hanya RM3000 sebulan. kalau kira semuanya mungkin dalam RM4000 lebih. Fikir balik. Duit kalau RM12,000 sebulan tak apalah juga.
Hidup kalau mengikut kemampuan kita pun tak boleh jugak. Cukup je kira ngam-ngam RM3000 sebulan habis, kemudian tunggu duit masuk dari kerajaan atau swasta. Tidak ada simpanan untuk masa depan pun susah jugak

Sebab itu kalau nak hidup biarlah berada di bawah kemampuan atau bersederhana. Beli barang mengikut di bawah kemampuan kita. Jangan terlalu mengikut nafsu sahaja nakkan barang yang mewah sahaja. Kemudian bila kita hidup bersederhana, kita boleh simpan duit untuk masa depan kita juga untuk anak-anak kita yang mungkin di timpa kecelakaan, siapa tahu. Semuanya nak kena pakai duit tu mana ada benda semuanya free. Lagi-lagi Minyak naik RM0.20

Biar Bersederhana Janji Hidup bahagia


Jadi sebagai kesimpulan, hidup biarla bersederhana atau di bawah kemampuan kita. Jangan berlebihan dalam perbelanjaan kehidupan kita seharian. Hidup bersederhana bukan bermakna kita tidak boleh menjadi kaya, tetapi mengajar diri untuk hidup bersedehana dalam perkara yang tidak perlu bagi kita dan tidak berlebih-lebihan.

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan
sumber gambar dari nakbebel. 

Monday, 9 September 2019

20 Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an

Nasihat kewangan untuk umur 20an :


1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan.

3. Cari pendapatan sampingan, tak tahu nak jual apa? Kau tulis je dekat komen ni “ada kerja kosong?” Insha allah ada orang offer tu.

4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.

Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an
sekadar gambar hiasan
5. Baca buku kewangan. Tapi takde feel baca buku. Pergi seminar kewangan. Banyak je, tak sampai ratus pun.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook ni. Banyak ilmu free.

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut dengan dia. Belanje kopi secawan.

8. Sedekah sekurang kurang nya hari jumaat tu. syiling pun boleh. Takyah malu. Janji ikhlas.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni merokok. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam macam apps ada untuk monitor simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Jangan kedarah megi dan pamah je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Namanya hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah lah kutuk member niaga. Kau pun duit nan hado jek.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

Sunday, 19 May 2019

Cara Buka Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer

Bagi mereka yang mejalankan perniagaan sama ada secara kecil atau besar mesti kena ada akaun semasa bagi memudahkan urusan dan bukan melalui akaun peribadi. Apakah yang dimaksudkan akaun semasa?


Apakah yang dimaksudkan dengan akaun semasa? 

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.
Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda. sumber dari Bankinfo
Cara Bukan Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer
gambar sekadar hiasan

Syarat Buka Akaun semasa

kalau nak buka akaun semasa make sure daftar SSM. Kalau berniaga mestilah kena ada SSM. Dah ada SSM bolehlah buka akaun semasa untuk perniagaan. 

Ada beberapa syarat yang biasa dikenakan oleh syarikat perbankan dan setiapnya mempunyai berlainan syarat. 

Antara beberapa syarat yang perlu ada ketika buka akaun.
  1. Salinan SSM
  2. Minumun deposit RM1000-2000 (tengok Bank)
  3. Ada Introducer
  4. Ada cop Perniagaan ( Nama dan no SSM)
Ini antara kebanyakkan yang bankin akan minta kita lampirkan ketika isi borang nanti. Boleh tahan banyak juga borang yang nak kena isi semua.  

Dan kebiaasaannya yang menjadi leceh ada bank nak cop introducer dan minimum deposit yang besar. Introducer plak kena cari orang yang ada cop perniagaan yang lebih satu tahun ada akaun semasa di bank yang sama dan tak ada masalah kewangan. 

Bank Tanpa Introducer


Tapi ada beberapa bank yang menawarkan untuk buka akaun semasa tanpa introducer. Ini mengikut pengalaman sendiri ya.. Lain branch lain producernya. 

CIMB - Bank ni tak payah introducer kalau kita register secara online (DISNI). Tapi masalahnya tak boleh nak daftar then keluar pop up kena daftar manual kat cawangan CIMB. Sebulan register online tak berjaya. Call HQ 2 kali jawapan yang sama buat-buat terkejut yang online tak boleh daftar ke. Jalan penyelesaian buat secara manual di CIMB. Kebiasaannya cawangan CIMB nak Introducer , nak pakai introducer staff CIMB pun boleh tapi kena beli produk dorang macam insurans ke or unit trust. 

Nasib korang kalau regiester online berjaya daftar. Tapi dimaklumkan oleh rakan lain dah lebih setahun try register tak boleh. Selain itu minimum deposit RM1000 dan juga perlu lampirkan SSM. Mungkin CIMB sengaja untuk untuk 'turn off' register online dan customer perlu register di cawangan di mana cawangan akan mendapat benefit berbanding register online. Sekadar pandangan. 

MAYBANK - Bank ni agak complicated juga lah nak buka akaun semasa kat sini. Minimum deposit agak besar RM2000. Tapi ada sebahagian rakan yang berjaya buka akaun semasa Maybank tanpa introducer iaitu kena buat kat HQ bukan cawanganla. Tapi ikut nasib. Ada yang bagi minimum deposit besar RM10k dapat buka akaun semasa tanpa introducer. 

Nak mudah boleh daftar online Maybank2u.Premier. Tak payah SSM dan Introducer cuma kekurangannya akaun atas nama sendiri lah bukan nama perniagaan. 

BANK ISLAM - Bank ini sangat mudah tapi servisnya ya ampun lambat. Benda simple pun lambat. Bank ini tak perlukan Introducer dan ambil masa 1-3 hari untuk dapatkan pengesahahan. Dah dapat pengesahan baru boleh bagi minimum deposit dan kena tunggu 1 hari pula untuk buat kad. Sangat mudah cuma lambat je. Saya buka akaun semasa di Bank Islam Bangi.

BANK MUALAMAT - Bank Ini juga sangat mudah untuk buka akaun semasa.. Cepat dan siap. Tidak Perlu introducer. Sehari dah siap. Pergi ambik borang, isi, serah ssm ic cop semua macam biasa dengan deposit rm1k.  Simple. 


Saturday, 30 March 2019

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari

Upin dan Ipin Siamang Tunggal dah keluar kat pawagam dan memang ngam dengan cuti sekolah jadi ibu bapa boleh bawa anak-anak menonton wayang cerita upin dan ipin. 

Kalau sebelum ini movie upin dan ipin Geng Pengembaraan agak memberangsangkan dengan kutipan 6.2 juta namun kurang memberangsangkan kutipannya di Brunei. Turut ditayangkan di Indonesia namun tidak dapat dipastikan jumlah kutipan sebenar di Indonesia. 

Kali ini,  Upin  dan Ipin dengan misi terbaru Keris Siamang Tunggal berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam masa 7 hari sahaja iaitu 12.1 juta. Satu jumlah yang sangat besar dan memberi impak positif pada movie Upin dan Ipin yang terbaru. 

Movie Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Catat 12 Juta Dalam Masa 7 Hari
Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal Carta no 1 di semua pawagam.

Sinopsis Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Mengisahkan pengemberaan Upin dan Upin yang terjumpa satu keris misteri ketika kemas stor milik tok Dalang bersama- sama rakannya. Tetiba keris tersebut membuka satu ruang dimensi ke dunia lain iaitu dunia Inderaloka. Dari situ bermula pengembaraan Upin dan Ipin merungkai Keris yang menjadi tanda tanya. Apa yang misterinya Keris ni? Korang kena tengok cerita ni kat wayang le. 

Ulasan Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal 

Movie ini bagi aku agak menarik juga jalan ceritanya namun tidak terlalu wow namun boleh dibanggakan dengan pencapaian animasi movie ini.

Banyak scene yang memukau dari segi pemandangan sungai, kawasan perkampungan dan banyak lagi. Lagu yang disajikan memang sedap didengar sampai buka youtube dengar berulang kali dengar. 

Ada orang agak sedih tengok cerita ini tapi bagi aku tak sedih langsung. Cerita si tanggang masa kecik aku sedih la gak time baca buku tapi movie ni recreate balik dalam bentuk movie cam biasa pula tengok...

Kurang enjoy skit sebab aku tak beberapa gemar scene yang diadaptasi cerita lama rasa macam tak suprise pula. Pastu babak ketawa upin ada ipin banyak macam annoying plak dengar. Mngkin aku tak suka budak kot. hahaha

Lagipun cerita ni pun untuk budak-budak jadi tak kisah sangatlah.. dorang pun tak kisah kalau cerita diadaptasi ke banyak ketawa ke janji enjoy. 

Overall, cerita ni memang best tak bosan sangat dan antara animasi terbaik pernah dihasilkan oleh orang Malaysia. Bagi 7/10 Bintang. Recommended untuk budak-budak. 

Thursday, 7 March 2019

Movie Captain Marvel Pelengkap The Avengers End Game

Captain Marvel dah pun berada kat wayang sejak 6 hb Mac dan movie ni lah antara movie yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvel.

Apa yang bestnya Captain Marvel ni? Sama macam captain america ke or sama macam superman ke?

Bagi aku sendiri Captain Mavel ni bukan macam america punya style sebab captain america punya kuasa based on strength je dan mengharap perisai je. Manakala superman pun lain juga walaupun lebih kurang sama tapi dari segi latar belakang superman bukan dari penduduk bumi dan keturunannya memang ada kuasa dalam dunia dorang. Kuasa pun lain dari lain yang mana captain marvel hanya manusia biasa dan mendapat kuasa cahaya tanpa sengaja.

captain marvel

Sinopsis Captain Marvel

Mengisahkan captain Marvel yang agak keliru tentang dirinya ini kerana dalam fikirannya selalu terimbas-imbas yang dia ni pernah berada kat bumi padahal dia ni keturunan dunia Kree. Sehinggalah satu hari ni dia terdampar ke bumi untuk berjumpa dengan seseorang yang bernama dr Lawson yang mana dr menjadi buruan enemy thats y captain marvel as spy cuba merungkai kenapa dr lawson ini penting sangat bagi enemy. Pada masa yang sama cuba mencari jawapan kekeliruan tentang identitinya sendiri. 

Feedback tentang Captain Marvel 

Bagi aku sendiri cerita ni boleh kata just ingin memperkenlkan kita siapa itu Captain Marvel. Dan pengenalan macam mana wujudnya nama marvell dan dari movie ini korang dapat tahu kenapa mata nick fury sebelah tak ada.

Aku rasa macam cerita ini cepat sangat habis.. and i want more. macam tak puas lagi tengok cerita ini.  Dari segi action tak berapa banyak sangat tapi agak padu juga scene battle tu. 

Overall bagi aku still the best sbb cerita marvel mesti ar la best. haha. 

Aku bagi rating 8/10 bintang untuk movie ni.

Dan movie yang paling ditunggu adalah Avengers End Game yang bakal ditayangkan pada bulan April nanti. Captain Marvel pasti ada menjadi pelengkap cerita untuk memusnahkan thanos nanti. Dengar cakap orang Captain Marvel bakal putar balik masa nanti? Betul ke? Tgk movie captain Marvel macam takde tunjuk kuasa putar balik masa. 

Saturday, 2 March 2019

Pengalaman Buang Skin Tag or Lebihan Kulit di Premier Clinik Puchong

Pernah ke dengar Skin Tag? Skin tag kalau dalam bahasa mudahnya kita nak faham adalah lebihan kulit yang ada pada badan.

Kalau dibiarkan sama ada benda ni akan membesar ataupun mungkin kekal dengan bentuk macam tu sampailah bila-bila.

Bila ada skin tag kat bahagian muka dan leher secara automatiknya kita akan rasa kurang berkeyakinan begitu juga di bahagian yang orang tak nampak macam ke bahagian celah peha.

Jadi nak tak nak kenalah buang skin tag ini.. sama ada nak guna cara tradisional ataupun melalui rawatan modern. Terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Macam aku sendiri pula ambil option untuk membuang skin tag dengan cara modern ini disebabkan skin tag aku kat bhgian peha semakin membesar dengan bahagianya. Besarnya korang boleh bayangkan dalam 2 ibu jari tanganlah. Kira dah besar sangat dah tu.

Jadi daripada membesar terus better buang terus.

Sebenarnya skin tag ni atas kehendak korang sendiri sama ada nak buang ataupun tidak sebab benda ni takdelah merbahaya sangat pun cuma dari segi penampilan tu agak terganggu la dengan kewujudan skin tag.

Tapi kalau dah lama makin membesar seeloknya buanglah takut jadi melarat dan kos nak buang pun tinggi nanti. Kalau guna cara tradisional lagilah tak menjadi bila skin tag dah membesar.

sumber gambar dari ewenhooi.blogspot.com


Rawatan Laser Buang Skin Tag kat Premier Clinic 

Plan aku nak buang skin tag kat premier clinic dan cawangan terdekat kat tempat aku ialah kat Puchong. Ini pun dah puas juga aku survey last-last aku pilih premier clinic hasil survey kat google dan baca blog pengalaman orang lain.

Pengalaman Buang Skin Tag or Lebihan Kulit di Premier Clinik Puchong
Inilah skin  tag yang ada kat peha. besar ke tak? 
Sebelum pergi sana aku contact melalui whatsapp berkenaan dengan skin tag dan harga sekali. Dan dia bagitahu la harga sekian2x tapi kalau besar kena jumpa Dr dulu untuk pengesahan dan harga sekali nanti. Dah tanya semua terus buat appointment secepat yang mungkin.

===

Bila dah sampai kat sana tu, terus dapat layanan ala vip siap masuk dalam bilik menunggu dan disediakan air green tea. Sambil menunggu tu boleh tengok tv sekali dan ada pembantu nanti bertanya berkenaan skin tag semua.

===

Bila jumpa dengan Dr dan terangkan semua pasal skin tag kat peha aku ni terus dia bg details harga dan perlu buat rawatan laser. Harga menjangkau RM1000 ke atas sebab aku punya sangat besar tapi nasib baik bukan kategori desease.

Tiada paksaan dilakukan cuma cadangan je Dr bgtau kalau nak buat boleh buat appointment untuk rawatan laser buang skin tag. Then aku tanpa fikir tu terus buat appointment baru buat petang ni juga dari dibiarkan lagi lama makin membesar jadinya nanti.

===

Masa masuk bilik dia agak nerveous sikit. Lama jugalah tunggu terbaring tak tau nak buat apa. haha. Nak setengah jam jugalah. Then Dr pun datang tanya apa semua terus operate kecil buang skin tag.

Sakit masa bius je masa potong skin tag tu rasa apa-apa langsung dan mata kena tutup dengan kapas. Ada berbau sikit sebab guna laser bila potong kulit memang agak berbau. Dalam 10-15 minit macam tu dah siap..

Bila tengok dah takde dah skin tag kat peha bolehlah berjalan dengan sesuka hati. hehe.

Buat masa sekarang ni nak kasi sembuh luka kat peha. Ambil masa juga nak bagi kering luka kat peha ni sebab boleh kata besar juga luka ni dalam bulatan RM0.50 macam tu.

Dr pun nasihat makan ubat dan sapu ubat kat peha tu biar luka cepat sembuh. Dr bgtau dalam masa 2 minggu ke atas macam tu baru luka tu ok.

Hopefully, cepatlah sembuh luka ni jenuh nak berjalan sina sini macam dah kena sunat dah. haha

Pengalaman kat Premier Clinic memang berbaloi dengan layanan ala vip dan Dr.nya pun sporting habis cantik pula tu.

Ada Skin Tag je Terus Buang

Kalau korang ada masalah skin tag or lebihan kulit ke boleh lah jumpa dorang ni.. Dari segi harga pula bagi aku kira berbaloi. Kalau kecil skin tag tu lagi berbaloi sebab murah. Kalau korang ada skin tag terus buang je takut membesar lagi makan kos nak buang.