Showing posts with label batman 2016. Show all posts
Showing posts with label batman 2016. Show all posts

Sunday, 27 March 2016

Review Batman V Superman Dawn of Justice

Batman V Superman : akhirnya movie ni dah ada kat wayang selepas lama menunggu movie ni nak realease kat pawagam. Sebelum ini kecoh pasal pemilihan Ben Afflect sebagai Batman dan peminat tidak puas hati dengan pemilihan Ben Afflect yang dilihat tidak sesuai memegang watak sebagai Batman. Tapi betul ke Ben tak sesuai jadi Batman? Tu kena tengok sendiri Batman V Superman baru tahu sesuai ke tak.


batman and Superman



Batman V Superman


Dua superhero yang sepatutnya disayangi oleh orang ramai telah mula membenci 2 superhero tersebut yang bergaduh sesama sendiri.


Superman dibenci oleh orang ramai kerana berlaku salah faham yang dikatakan superman membunuh orang awam walhal orang lain yang membunuh orang awam dengan tujuan untuk memburukkan nama superman.


Juga menjadi persoalan adakah Superman akan mengikuti undang-undang memandangkan superman mempunyai kuasa yang cukup kuat.


Manakala batman tidak suka dengan kewujudan Superman yang mengundang masalah pada bumi terutamanya selalu melakukan kerosakan. Lalu, batman mencari kelemahan yang ada pada Superman iaitu kristal Kryptonite sekaligus mahu menghapusnya.


Luthor yang merupakan seorang usahawan kaya juga menjadi dalang pergaduhan antara Superman dan Batman telah menghidupkan kembali Zod dengan keadaan fizikal yang besar.


Batman V Superman


Muncul Wonder Women yang membantu dua superhero menentang Zod. Pergaduhan besar tersebut menyebabkan Superman mati? Betul ke?


Yap tapi mati sekejap je. Mustahil superhero mati gitu je. Mestilah hidup.



Review Batman V Superman Dawn of Justice


Ada yang kata best dan ada pula yang kata tak best langsung. Ada yang berpandangan 90 minit yang pertama adalah part yang membosankan dan seterusnya adalah babak yang awesome. Ini terpulang pada mereka yang minat DC comics dengan Marvel.


Movie ini pula sebenarnya sambungan daripada Superman Steel. Jadi kalau tak tengok lagi Superman Steel pergilah tengok dulu.


Keluaran Dc comic bukanlah seperti keluaran marvel yang lebih kepada fun. Batman V Superman more pada sisi gelap or serius dan takde babak humor yang dilakukan jadi agak heavy movie ni.


Ramai yang mengkritik lakonan Ben sebagai batman adalah buruk tetapi bagi aku lakonannya hampir mantap sebagai superhero.


Batman suit


Serius Sut Batman antara yang paling buruk pernah tengok ketika bergaduh dengan Superman.


Kalau korang betul2x minat dengan superman dan batman yang serius no humor boleh lah pergi tengok tapi kalau tak berapa sangat dengan adegan serius tak digalakkan tengok krang mengantuk terus tidur.


Bagi 4/5 Bintang untuk Batman V Superman Dawn of Justice.


Dapat gak coin Gsc limited batman v Superman buat kenangan. Boleh dapatkan di GSC sebelum kehabisan stok.


Review Batman V Superman Dawn of Justice