Tengok dorang komen tu macam kena je dengan aku.. haha
Aku pun nak berkongsi juga perkara bongok juga pernah dibuat bila diingat balik tu memang klako giler.. Manusia mana pernah lari kesilapan kan..
Perkara paling bongok kau rasa bila kau tengah rushing kau cari kunci motor tak jumpa then baru kau perasan rupanya kunci tu ada kat tangan. Kau rasa???
Perkara paling sengal ni..nak keluar beli barang..keluar separuh jalan baru perasan dompet tak bawa
Bila kau nak basuh muka tapi ko ambil ubat gigi nak basuh muka... pastu keesokkan harinya ko nak gosok gigi tapi ko letak pencuci muka kat berus gigi.. kau rasa?? Siapa pernah buat? Baik ngaku.. hahaha
Kau nak minum teo nak letak gula tapi kau ambil garam.. kau rasaaa??
Kau dah keluar rumah tetiba teringat kau tertinggal barang kat rumah dan kau balik la rumah sampai umah plak kau terlupa barang apa kau nak ambil? Siap boleh sembang dengan member dah kuar baru kau teringat kau terlupa lagi.. Kau Rasa...
Kau sebenarnya ada sesuatu nak buat tapi ko berehat buat don't know je bila member tegur bukan ada nak buat sesuatu baru ko teringat terus rushing..
Paling sengal bila kau dah buang hajat pastu kau terlupa nak tutup paip...
Paling tak boleh handle bila kau dah sampai tempat kerja dan kau tergesa2x nak ke office sebab tak tahan nak buang hajat sampai kau terlupa no pin office...n ko buat keputusan pakai kad office swipe kad kat pin office baru pintu boleh buka terus kau laju ke tandas... dah lega baru kau ingat.. hahaha
Sengal gak bila time skolah ada perhimpunan hari isnin, ko tahan nak membuang pastu dah habis perhimpunan sekolah terus kau laju pergi ke tandas... tengah melepaskan hajat tetiba kau terdengar suara perempuan.. ok ini start dah pelik.. dorang dah kuar, kau pun keluar tandas tengok kau salah masuk tandas perempuan.... sengal gilerr..
Ada tak yang sama pengalaman macam aku? Ke korang ada pengalaman sengal korang sendiri. ceh share skit. :D
![]() |
Maaf gambar hilang dari radar |