Pertama kali aku jejak ke negara Thailand, banyak-banyak tempat kat Thailand aku tertarik dengan Krabi sebab tempatnya sangat menarik pastu pantainya pun biru jernih yang sangat cantik juga sentiasa mendapat pengunjung dari orang luar.
Perjalanan Dari Malaysia ke Krabi, Thailand.
Plan main redah je ke sana, beli ticket melalui airasia pun on the spot terus, dalam dua (2) minggu terus ke Krabi. Harga masa itu RM230 untuk pergi balik. Kira ok la kan.
Perjalanan dari Malaysia ke Krabi hanya mengambil masa satu (1) jam 15 minit sahaja. Berlepas pukul 5.30 pm sampai di Krabi pun 5.30 pm (6.45 pm waktu malaysia). Thailand lambat 1 jam.
Airport Krabi memang selesa tak macam airport kat Pekan Baru, Indonesia dah la tak ada aircond lebih kurang sama macam stesen bas.
Sampai sahaja kat airport Krabi terus kami ke kaunter untuk pembayaran teksi dengan harga 600Bht, nak naik bas pun boleh dengan harga 90Bht. Tapi kami naik teksi sebab selesa sambil dapat melihat suasana di Krabi.
Teksi kat sana bukan macam di Malaysia, teksi dia guna van besar gedabak tapi yang duduk 4 orang je. Memang best ar. haha
Sebelum sampai ke destinasi, teksi akan berhenti di hadapan kedai agensi tour untuk pilih pakej ketika di Krabi. So, better korang tak payah ambil pakej yang disarankan sebab ada banyak pakej yang lagi murah di Aonang. Agensi di Aonang dibuka sampai pukul 11 malam
Jom Ke Aonang, Krabi
Perjalanan dari airport Krabi ke Aonang pula ambil masa dalam 40 minit. Kira jauh juga la nak ke sana.
Kenapa ke Aonang?
Aonang salah satu tempat yang best sebab kat sana ada pantai, ada banyak kedai dan ada banyak pelancong stay kat sana. Lagi pun kat sana, Aonang la salah satu tempat tarikan menarik yang mesti kena pergi dan stay kat situ.
Kami stay di All Season Resort Hotel yang sangat dekat dengan pantai tapi jauh sedikit dengan kedai-kedai. Harga dalam RM100++ untuk 1 malam. Ada hotel yang lagi murah tapi dah penuh, paling murah jumpa di Agoda adalah RM40 untuk 1 malam tapi jenis hostel punya style.
Tak bestnya kat All Season Beach Resort ni sarapan tak halal dan wifi sangat slow. Nak wifi laju kena turun lobi hotel.
Hari Kedua : Phi Phi Island Tour
Hari kedua, kami memilih pakej Phi Phi Island Tour melalui agensi andaman dengan harga 1100Bht pakej full day (9 am to 5 pm). Pakej ini termasuk makanan tengahari (halal), air mineral dan buah-buahan. Google dan vest telah disediakan dengan aktiviti dua (2) kali snorkeling.
sesi snorkling memang best sempat buat peace.. |
Untuk yang pertama kali ke Aonang, Krabi kena ambil pakej Phi Phi Island. Pakej ini kami akan melawat enam (5) pulau yang sangat cantik.
Masa snorkling ni lah risau kena tinggal dengan bot sebab bila berenang makin lama makin jauh pula dengan bot.. haha. Tapi gagah juga nasib sempat berenang balik laju ke arah bot.. Punya la syok time snorkling ni.
Masa snorkling ni lah risau kena tinggal dengan bot sebab bila berenang makin lama makin jauh pula dengan bot.. haha. Tapi gagah juga nasib sempat berenang balik laju ke arah bot.. Punya la syok time snorkling ni.
antara tempat yang sangat menarik untuk snorkling |
Antara tempat-tempat yang menarik di lawati adalah Monkey Bay, Lohsamah Bay, Pi Leh Bay, Viking Cave, Phi Phi Don (Buffet Lunch di sini) dan Maya Bay (Pantai paling cantik).
lupa nama tempat ni.. mampu tengok je. |
==
Malam
Malam pula kami pergi Night Market dengan menaiki motor yang kami sewa selama dua hari. Motor yang kami sewa adalah 400 Bht untuk dua hari.
Kami cuma jalan-jalan di sana pastu beli ais krim bakar dan sotong masak sambal dalam port kecil. Harga kesemuanya 100 Bht. Makanan ringan sahaja tu.
Terus kami balik dari pekan Krabi ke Aonang pastu pergi ke Restauran Lemon. Restaurant ni ada wifi lagi boleh tengok MLM time tu. Kami makan seafo0d harga semuanya dalam 1000++ Bht. Sedap dan berbaloi.
Hari Ketiga : Emerald Pool Tour
Hari ketiga pula kami ambil pakej Emerald Pool tour (half day). Dalam Pakej ini kami akan pergi dua (2) tempat sahaja iaitu di Hot spring Waterfall dan Emerald Pool.
Hot spring Waterfall tak panas sangat kira suam-suam tapi kami tak dapat nak mandi sebab terlalu ramai yang mandi. Kawasan di sana sangat terhad jadi Kami hanya berendam kaki sahaja di satu tempat. Tempoh diberi adalah satu (1) jam sahaja.
Emerald Pool memang cantik dengan airnya yang berwarna biru di kawasan hutan. Memang menakjubkan. Kalau nak diikutkan Emerald pool air tawar sebenarnya kotor walaupun airnya biru, yelah dah ramai yang mandi belum lagi campur kencing dalam tu. haha
Emerald Pool la baru kami dapat mandi dengan sepuas-puasnya walaupun ramai orang. Ada beberapa tempat tak la dalam mana tapi ada beberapa kawasan tu memang dalam.
Malam
Malam macam biasa cari port makanan dan kali ini kami makan di restaurant bambo kalau tak silap dan bersebelahan je dengan Restaurant Lemon kira macam berjiran je. Ada wifi tapi tak dapat detect.
Makan macam biasa kami order ikan masak lemon kot dan sebagainya. Harga mahal sedikit dari Restaurant Lemon.
Hari Keempat : Balik Malaysia
Last day kami di Krabi sempat lagi singgah tesco versi Krabi dengan warna tema hijau. Kemudian pada pukul 1 baru gerak ke airport Krabi. Berlepas ke Malaysia pada pukul 6 pm.
Post ini aku repost balik sebab post sebelum ini hilang akibat masalah hosting beberapa minggu yang lepas. Back up pun tak dapat nak buat. So, aku repost balik untuk memudahkan korang yang nak ke Krabi nanti.
47 Comments
UNTUNG ARR DAPAT JENJALAN.. TAK KESEMPATAN LAGI NAK PERGI SANA..
Wowww best dah pergi Krabi, Thailang. Tempatnya memang menarik, jika lihat pada fotonya. Tentu seronokkan? Syukurlah dapat ke sana. Saya belum lagi jejaki ke sana.
krabi tengok je di TV cantik nian alam disana Maha Suci Allah
Perghhh pantai dia cantiknya.. Plan nak g krabi dah lama tapi x sampai2 lagi..haha.. Harga makanan di sana mahal x tuan?
best nya bro dapat gi krabi..tak ajak pun..hahaha
ayam tu nampak menyelerakan sekali kalau aku yang dapat ngap.
air laut jernih-jernih. Nak tnya ais krim bakar tu bagaimana?
Wahh best.. menarik.. dah lebih 10 tahun sejak saya ke sana.. pasti dah bnyk berubah dan semakin menarik di sana kan.. Salam ceria selalu Bahrain.. :)
Kalau dah 10 tahun mungkin dah banyak perubahan yang dah dilakukan untuk kemudahan pelancong. Salam ceria juga buat Khir. :D
Memang sangat jernih kat sana. Ais Krim tu akan digoreng memang uniklah ais krim diorang tapi sejuk. Makan dalam cup. :D
Time tu pula memang lapar, makanan nampak depan mana semua ngap memang sedap.
haha, rezeki dapat ke sana. :D lepas ni aku ajak plak bro.
Yap, Pantai dia memang besrsih dan jernih bak kaca. Harga makanan kalau di AOnang, Krabi agak mahal sikit sebab berada di kawasan pantai dan merupakan kawasan pusat pelancongan, contoh nasi goreng dalam RM7/8. INSYAALLAH, suatu hati nnti, adalah rezeki bro ke sana. :D
Baru tengok di tv, belum datang lagi ke Krabi mesti takjub. :D
ALHAMDULILLAH, lepas ni mana tau rezeki bro pula ke sana. :D
rezeki. hehehe
Total overall kos berapa bro untuk semua aktiviti ni?
Overall semua dalam Seribu sahaja termasuk Kos flight. :)
kenapa comel sgt pantai dia. aihhhh trasa nk prgi sgtttt
Salam. Harga pakej untuk tour phi phi island tu mmg standard mcmtu ke ? Or sbb awak pergi grouping ? Kalau yg pergi 2 org pun sama harga ke ? Tq
Wassalam, harga pakej tu kalao sorang pun boleh dapat macam tu kalo pandai runding ngan agen kat sana.
menyelam di perairan terkenal nan indah menyenangkan sekali
Wah best nye Krabi..moga dpt gi sana
Timaksh byk2 info..saya mmg suka melancong..
Krabi memang best untuk realease tension. amin~. sama2x.
tq bro..byk latest info ni..nak usya2 pakej2 n tentatif..nak g lagi 2-3minggu..wehooo excited plak pas bc blog ni
Sama2 :D Semoga dipermudahkan urusannya ke sana nanti
hi nak tanya. harga pakej2 yg awk mention tu semua harga utk seorg ke mcmna?
Harga Pakej untuk ke phi phi Island adalah untuk seorang. :D
Perkongsian trip Krabi yang santa menarik. Saya suka baca blog travel dan artikel awak cukup detail. Sangat membantu pengunjung yang merancang untuk kesana.
Hai. Nak tanya, teksi tu 600baht untuk satu teksi ke? Teksi tu muat berapa orang ya?
hai,
harga tu untuk 1 teksi. teksi kat sana pakai van masa saya pergi dan boleh muat dalam 7 orang.
Maaf lagi satu, hehehe. Emerald pool tu package per head berapa ya?
boleh, takde hal la kalo nak tanya lagi asal boleh jawab saya jawab. hehe
saya dah lupa plak berapa per head kalo package emrald pool. :D Dalam 800bht or RM80 ke bawah.
hehehe kita br nak pg ujung bln seploh nanti.
nanti share itinery boleh?
Salam nak tanya pasal pakej phi phi island tu, pakej tu kira yer booking stelah smpai di hotel ke atau sblum b'tolak dri M'sia lgi mksud saya kna booking awl2? tkut hnya limit kpda kepda beberapa grup shja klau tempah lmbt2. selain drpda pakej phi phi tu, pakej ape lagi yg ada ?
maaf bnyk soalan. :)
tq.
Wassalam,
jangan risau pasal booking. nak booking bila-bila pun boleh janji sebelum pkul 12 mlam. Booking kat sana tak ada limit dan sentiasa ada pakej yang disediakan. Banyak pakej yang ada selain phi phi island, nak yang murah sekali pun ada kalo nak snorkeling selain pakej phi phi island. Tapi kalo first time galakkan pergi phi phi island. Tak ingat pakej apa selain Phi Phi Island boleh tengok sendiri kat sana nanti.
Salam...hihihi awak...kita nak Tanya ni...kalau kita main terjah je sampai sana Mcm mna ye??maksudnya xpayah pilih pakej kt tempat teksi berhenti tu pon xp ya sebb dekat auonang pon ade kaunter pakej ye.???..hotel tu pulak awak main terjah je ke atau da book awal or include pakej??thankyou
wassalam, lagi bagus kita terjah kat aonang terus dari tempat teksi berhentikan kita sebab pakej dorang mahal sikit. Better terus pilih kat aonang nanti pakej murah dan banyak pilhan agen kat sana. Hotel saya book awal kat Malaysia lgi. Sebab hotel kat aonang sentiasa penuh lagipun tu tempat tumpuan percutian seluruh dunia thats y book awal2x. :D
cara agar supaya hemat ketika liburan ke sana gimana ?
Ais krim mmglah sejuk
Assalammualaikum , nak tnye , kalau kite nk check-out , n nk amik teksi, kat mane kite boleh dpt kn twksi tu ye ? Maksud sy adkh teksi sntiase ade kt tepi jalan atau inform kt kaunter pertanyaan hotel tu yg kite nk amik teksi ?
Tq ?
Waalaikumussalam, kat kaunter hotel boleh tolongkan kita dapatkan teksi.
[…] Jalan-Jalan Di Krabi, Thailand […]
emerald pool tour tu dari pukul berapa sampai pukul berapa ye? berapa rm pakej ?
tak sure.. dah lama pergi dah tak ingat. rasanya pagi sampai petang je..
Semua tempat yg dipergi tu spt phi phi island, emerald pool dan lain2 berapa jauh dri hotel? dan semua tempat tu berdekatan ke?
dekat je tempatnya... takdelah sampai 10 minit.. yang lambatnya van pickup kita tu. hahha