Debit Advice : Terkejut saya bila mana saya check akaun history transaction ada berlaku penolakan caj untuk Debit Advice yang dikenakan oleh pihak Maybank. Apa itu Debit Advice?
Berikut adalah jawapan dari pihak Maybank sendiri berkenaan dengan Debit Advice.
Untuk makluman anda, ia adalah penolakan bagi caj tahunan untuk pengeluaran wang tunai tanpa had sebanyak RM 8+6% GST= RM 8.48 (Debit advice).
Kebiasaannya, caj akan dikenakan bagi pengeluaran kelima dan seterusnya dalam satu bulan sekiranya perkhidmatan pengeluaran tanpa had tidak didaftar. Caj yang akan dikenakan bagi setiap pengeluaran adalah RM0.53 (mulai pengeluaran yg kelima).
Bila korang stop je Caj Debit advice ini automatik had pengeluaran jadi limit 4 kali sahaja dalam sebulan kat ATM. Caj Pengeluaran yang kelima dan ke atas pula akan dikenakan charge sebanyak RM 0.53 dalam masa 1 bulan.
![]() |
sumber gambar dari Facebook Maybank |
Apa itu Debit Advice?
Berikut adalah jawapan dari pihak Maybank sendiri berkenaan dengan Debit Advice.
Untuk makluman anda, ia adalah penolakan bagi caj tahunan untuk pengeluaran wang tunai tanpa had sebanyak RM 8+6% GST= RM 8.48 (Debit advice).
Kebiasaannya, caj akan dikenakan bagi pengeluaran kelima dan seterusnya dalam satu bulan sekiranya perkhidmatan pengeluaran tanpa had tidak didaftar. Caj yang akan dikenakan bagi setiap pengeluaran adalah RM0.53 (mulai pengeluaran yg kelima).
Ringkasan Debit Advice
Jadi apa yang saya faham adalah Caj Debit Advice yang dikenakan sebanyak RM8.48 adalah untuk pengguna Kad Debit yang selalu melakukan transaksi menggunakan kad debit tanpa had.
Tapi boleh stop caj debit advice ini kat cawangan Maybank.
Bila korang stop je Caj Debit advice ini automatik had pengeluaran jadi limit 4 kali sahaja dalam sebulan kat ATM. Caj Pengeluaran yang kelima dan ke atas pula akan dikenakan charge sebanyak RM 0.53 dalam masa 1 bulan.
Sebagai pengguna tegar maybank memang selalu sangat melakukan transaksi lagi-lagi kalau beli barangan secara online. Jadi benda macam ni memang kena ambil tahu mana tahu ada caj tersembunyi yang terlepas pandang.