Showing posts with label bayar melalui maybank2u. Show all posts
Showing posts with label bayar melalui maybank2u. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?

Alternatif untuk membayar balik PTPTN sangat senang dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja tetapi peminjam sendiri yang menjadi masalah kerana masih liat untuk membayar balik PTPTN.


JIka sudah bekerja dan berkemampuan eloklah dipercepatkan menunaikan hutang-hutang yang tertunggak. Jangan tangguh dan bayar hutang sekarang.


Hutang bukan 'benda' yang boleh buat main-main sebab hutanglah boleh jadi terbantut untuk rezeki masuk dalam kehidupan seharian. Kalau tak ada kesungguhan nak bayar hutang makanya rezeki susah nak masuk.


Jangan mengeluh kalau rezeki susah nak masuk tapi tak bayar hutang.



Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?


Berikut adalah cara-cara mudah nak bayar balik PTPTN melalui Maybank2u:




  1. login ke www.maybank2u.com.my

  2. kemudian pilih Account & Banking


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U 3.  kemudian klik pilih Payment atau Bill payment
4.  Keluar seperti gambar di bawah dan klik [ Make a one-off payment]


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


5. keluar seperti gambar di bawah.


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


6. Ada banyak pilihan dan pilih sahaja [Education & Education Loans]


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


7. Juga nanti keluar banyak pilihan, just pilih dan klik  [PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan]. Jangan klik pula PTPTN untuk simpanan SSPN.


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


8. Muncul seperti gambar di bawah.


Amount : Isi berapa yang hendak dibayar.
Borrower I/C Number : isi No kad pengenalan
Telephone No : Letak no telefon.

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


9. klik continue dan selesai. [caj GST dikenakan sebanyak RM1.06]



Semak Baki Pinjaman PTPTN


Dibawah adalah penyata baki PTPTN. Kalau nak tengok baki PTPTN tinggal berapa, boleh cek log in kat [DISINI].


Kalau lupa kata laluan or password just klik lupa password nanti akan dihantar password baru melalui email.


Penyata PTPTN


Pelbagai Saluran lain kalau nak bayar hutang selain maybank2u antaranya ialah :




  1. Financial Processing Exchange (FPX) di laman rasmi PTPTN

  2. Kad atm atau kad debit di mana-mana kaunter PTPTN.

  3. Pengeluaran Akaun II KWSP

  4. Potongan Gaji

  5. Perbankan Internet


Terpulang nak bayar balik pinjaman PTPTN kat mana tapi yang penting langsaikan hutang dengan segera. :D