Showing posts with label Tutorial dan Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tutorial dan Blogging. Show all posts

Thursday, 26 October 2017

Buat blog Kerana Statistik ke saje je

Aku rasa ni bukan benda baru cuma baru-baru ni boleh kata tiap bulan juga la ak nampak blogger up status kat fb mengadu statistik merudum teruk pv dan uv semua ke laut...

Buat blog Kerana Statistik ke saje je

Yang mood nak menulis takde tu lain cerita..

Tujuan sebenar buat blog?


First of all..pengaruh twitter plak.. korang sebenarnya buat blog sebab apa? Tujuan sebenar buat blog..

Sebab statistik ke sebab saje je personal..

In case kalo sebab personal je korang takkan kisah pasal statistick ni just main tulis apa yang korang rasa nak tulis.. korang rasa nak tulis, tulis je.. luahkan pape walaupun takde org nak baca tapi disebabkan kepuasan menulis tu ada korang pun tulislah pape....

Lain la kalau disebabkan statistick.. tp kalo korang buat blog dah berubah hati hanya kerana statistik means korang dah beralih arah dan mula fokus betul2x dengan niche yang tepat untuk blog korang..

Kalo blog masak up post pasal resepi masak, jenis periuk semua.. every details tentang masakan korang bg info..

Blog tntg make up..up post pasal make up yg betul..penggunaan mcm mana.. comparekan brand mana yg bagus utk make up dn mcm2x lagi..

Bila korang main statistik automatik korang sebenarnya sudah mula terfikir menjana pendapatan sampingan dengan blog dengan memasang pengiklanan di blog atau buat paid review. Sudah tentu korang mementingkan kualiti dalam penulisan.

Kalau korang saje je nak buat blog untuk tatapan sendiri, syok sendiri ke korang takkan kisah pasal statistic semua ni..sebab korang memang ada minat menulis mungkin cuma korang belum nak serius lagi..ini yang dipanggil fasa pertama.. cewahh.. siap ada fasa pertama..

Tapi bila dah serius korang akan mula rasa betapa pentingnya statistic kat blog.. ni dah mula masuk fasa kedua..
Tanpa statistic PV,UV semua ibarat blog tak bernyawa yang tak membawa manfaat apa-apa pun..

Bila main statistick bagilah info menarik macam contoh kat atas pasal masak dan make up tu.. takpun korang cerita pengalaman korang belanja secara online.. macam mana korang settlekan ptptn ke... comfirm mencanak naikk..

Fasa ketiga ni maknanya korang dah mula serius dan bermain SEO. Bab ini kalau nak cerita memang panjang juga sampai sekrang pun aku masih belajar.. tapi secara basic SEO tu perlu tahu macam tajuk semua, content kena 300 perkataan ke atas dan banyak lagi..

Fasa ini kebanyakkan blogger mula menjadikan blog jadi simple sahaja takde meleret bagai dengan hiasan merapu dalam blog. Just basic dalam blog sudah cukup supaya speed blog laju. Kemudian mula cari domain sendiri. Dan fasa ini juga ada sebahagian blogger tukar platform kepada wordpress.  Komitment pun semakin tinggi sebab perlu bayar hosting dan domain untuk wordpress.

Setiap blogger ada cara yang tersendiri.

Tak ada Idea jangan push


Bila idea menulis dah tak ada?

Jangan sampai push diri sendiri setiap hari kena post kat blog.. kalau push sangat nanti asyik memikir memanjang je nak tulis tapi tak tahu nak tulis apa..

Just relax dan set dalam seminggu tu buat 3-4 post je pun dah cukup.... banyakkan blogwalking dan membaca serta berjalan-jalan cari makan ke.. nanti adalah tu idea datang..

lain lah kalau blog copy paste memang hari-hari post sebab copy paste web berita sana sini.. itu namanya kejar trafikk tak bertauliah.. hahah

Saturday, 25 March 2017

Cara Letak Iklan Adsense Kat AMP Wordpress

Just nak share benda simple untuk letak iklan adsense kat AMP wordpress. Mungkin ada ramai yang tak tahu apa itu AMP, korang boleh rujuk [DISINI]

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Cara letak iklan kat AMP wordpress sangat mudah dan kod yang diletakkan pada AMP berbeza dengan kod yang diletakkan pada blog.

contoh skrip kod yang diletakkan pada blog.

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="ca-pub-1234567891234567"
data-ad-slot="1234567890"
data-ad-format="auto"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

manakala ini adalah contoh skrip kod yang diletakkan khas untuk AMP sahaja.

(kod untuk bhgian atas post)

<amp-ad
layout="fixed-height"
height=100
type="adsense"
data-ad-client="ca-pub-1234567891234567"
data-ad-slot="1234567890">
</amp-ad>

atau

(kod untuk bhgian bawah post)

<amp-ad
layout="responsive"
width=300
height=250
type="adsense"
data-ad-client="ca-pub-1234567891234567"
data-ad-slot="1234567890">
</amp-ad>


Cara Letak Iklan Adsense Kat AMP Wordpress


Ini khas untuk korang yang guna wordpress sahaja. Platform Blogger mungkin caranya agak berlainan.

Kepada korang yang pakai Wordpress boleh pakai Plug in [DISINI]. Mungkin ada plug in AMP yang lain tengok rating, kalau rating ok boleh download.  Kemudian Upload la macam biasa dan aktifkan.
  1. Klik Bahagian Installed Plug in then cari AMP klik edit. .

  2. Cari fail amp/templates/single.php

  3. Cari kod ini <div class=”amp-wp-content”> dan copy skrip kod kat atas yang khas untuk AMP dan paste bawah kod ini <div class=”amp-wp-content”> (Ini Untuk iklan bahagian atas sekali)

  4. Cari Kod ini do_action( ‘amp_post_template_footer’, $this ); bawah kod ini letak skrip kod adsense. (ini untuk bawah post)

  5. Save the file. Selesai.

Make sure korang ubah no kod data-ad-client="ca-pub-1234567891234567" dan data-ad-slot="1234567890"> pada kod no adsense korang sendiri.

Lepas dah letak Skrip kod iklan adsense tunggu lah dalam beberapa minit atau 1 jam lebih baru iklan akan muncul kat AMP wordpress.


updated 13 April 2017


Kalau tutorial kat atas tak berkesan memandangkan tiada kemaskini yang dilakukan dan AMP tidak berfungsi maka korang boleh try install plug ini iaitu ( AMP for WP – Accelerated Mobile Pages ) direka oleh  Ahmed Kaludi..

Plug ini ini tersangatlah mudah dan korang boleh letakkan iklan dengan kod "ca-pub-1234567891234567" dan ad slot sahaja di setting yang telah disediakan tanpa perlu ke file editor.. :D

====

Hanya ada beberapa iklan sahaja yang boleh dipaparkan pada AMP seperti adsense, genieeSSP  manakala iklan seperti innity dan Nuffnang tak boleh letak kod kat amp sebab kod tak support untuk versi AMP.

Ini adalah senarai iklan yang suppport utk AMP.



  • A9

  • AccessTrade

  • Adblade

  • AdButler

  • Adform

  • Ad Generation

  • Adhese

  • ADITION

  • Adman

  • AdReactor

  • AdSense

  • AdsNative

  • AdSpirit

  • AdSpeed

  • AdStir

  • AdTech

  • AdThrive

  • Ad Up Technology

  • Adverline

  • Adverticum

  • AdvertServe

  • Affiliate-B

  • AMoAd

  • AppNexus

  • Atomx

  • brainy

  • CA A.J.A. Infeed

  • CA-ProFit-X

  • Chargeads

  • Colombia

  • Content.ad

  • Criteo

  • CSA

  • CxenseDisplay

  • DistroScale

  • Dot and Media

  • Doubleclick

  • E-Planning

  • Ezoic

  • FlexOneELEPHANT

  • Felmat

  • Flite

  • Fusion

  • GenieeSSP

  • GMOSSP

  • Holder

  • I-Mobile

  • iBillboard

  • Improve Digital

  • Index Exchange

  • Industrybrains

  • InMobi

  • Kargo

  • Kiosked

  • Kixer

  • Ligatus

  • LOKA

  • MADS

  • MANTIS

  • MediaImpact

  • Media.net

  • Mediavine

  • Meg

  • MicroAd

  • Mixpo

  • myWidget

  • Nativo

  • Nend

  • Nokta

  • Open AdStream (OAS)

  • OpenX

  • plista

  • popin

  • PubMatic

  • Pubmine

  • PulsePoint

  • Purch

  • Rambler&Co

  • Relap

  • Revcontent

  • Rubicon Project

  • Sharethrough

  • Sklik

  • SlimCut Media

  • Smart AdServer

  • smartclip

  • Sortable

  • SOVRN

  • SunMedia

  • Swoop

  • Teads

  • TripleLift

  • ValueCommerce

  • Webediads

  • Weborama

  • Widespace

  • Xlift

  • Yahoo

  • YahooJP

  • Yieldbot

  • Yieldmo

  • Yieldone

  • Zedo

  • Zucks

Wednesday, 22 February 2017

Apa Itu Google AMP?

Google AMP (Accelerated Mobile Pages) ada yang pernah dengar?

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu langsung tentang kewujudan Google AMP langsung..

So, hari ni nak share sikit berkenaan dengan apa itu amp?

Apa itu Maksud AMP?


AMP ini sebenarnya merupakan projek yang dengan sumber yang terbuka dan direka untuk membantu publisher mencipta kandungan yang dikhaskan untuk semua smartphone.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Lebih kurang sama macam Instant article Facebook la, cuma yang ini untuk versi google punya.

So takdelah orang yg nak buka blog kita complain blog kita lambat buka la jenuh nak tunggu 30 saat baru blog ada semua...

Majoriti kalau buka blog lambat loading lebih 3 saat je orang akan left terus tak pandang blog kita dan baca blog lain plak. Pengguna tak suka tunggu lebih lama untuk membaca blog.

So, bila bila apply dengan AMP loading blog akan jadi laju.

Boleh lihat contoh blog yang telah apply amp di sini -> Testing

Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan AMP

ini adalah beberapa kelebihan dan kekurang amp setelah dipasangkan pada blog.


Kelebihan Google AMP

  1. Loading Yang cepat - Kepantatas yang dimiliki oleh web AMP 4x lebih pantas kalau nak dibandingkan dengan laman web biasa.

  2. Saving Data - Kalau pakai data sudah tentu menjimatkan dengan 10 kali lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan laman web biasa kerana web biasanya memerlukan loading yang lama yg memerlukan siap sepenuhnya dari header, sidebar dan post2x lain yang berkaitan.

  3. Support hampir kesemua platform termasuk search google

  4. Mobile Responsive - salah satu spefikasi amp yang sangat responsive dan memuaskan kehendak pengguna.

Kekurangan Google AMP

  1. Tidak Menjamin SEO - Apply amp tidak akan menjamin bahawa blog itu akan lebih SEO setelah menggunakannya.

  2. Ads (Iklan) Terhad - Hanya beberapa advertisement yang boleh apply kat amp seperti adsense, a9, adbutler manakala innity dan nuffnang mungkin tak dapat dipasangkan pada amp buat masa ini.

Tutorial menggunakan plug in google amp pada wordpress dengan klik [DISINI]
Tidak menolak kemungkinan Platform ini akan meluas penggunaanya dari publisher. Setakat ini yang sudah menggunakan platform ini adalah amanz.my

Tuesday, 23 August 2016

Cara Atasi Masalah cgi-sys/denied.shtml

Beberapa hari yang lepas agak tension sebab selepas update Wordpress 4.6 lepas log out tak boleh pula nak log in balik tetiba muncul perkataan ( http://www.adarain.com/cgi-sys/denied.shtml )

then kluar macam ni ( ERROR: Cookies are blocked due to unexpected output.)

Cara Atasi Masalah cgi-sysdenied.shtml

 

Punya la risau kenapa tak boleh nak log in, cari punya cari tanya google forum semua tak selesaikan masalah makin serabut jadinya. Kena buka cpanel macam2x ni yang leceh.

Then hari ini baru boleh buka log in admin Wordpress dengan jayanya. :D

So, aku share dengan korang kot2x masalah ni nanti jadi macam korang suatu hari nanti.

Cara Atasi Masalah cgi-sys/denied.shtml


Log in Cpanel or Ftp server kemudian pg kat root documentary kat file manager.  Pastu rename theme folder yang sekarang kita gunakan kemudian rename plugin folder.

contoh theme folder tukar - google
contoh plugins folder tukar - yahoo

Selepas itu cuba log in semula (http://www.yourdomain.com/wp-admin). Kalau dah dapat buka maknanya berjayalah tu.

Kemudian rename-kan balik kepada yang asal tadi yang telah ditukar.

terima kasih kat gkworlds.com

atau Cara lain adalah dengan :

RESTART moderm wifi kemudian cuba log in balik tengok macam mana berjaya atau tak.

Risiko guna Platform Wordpress


Walaupun wordpress orang kata mesra SEO tp kena fikir juga risiko dan inilah salah satunya risiko yang bakal dihadapi untuk mereka yang ingin menggunakan Wordpress iaitu tetiba tak boleh nak log in wordpress, tetiba post hilang la, blog tak boleh buka dan macam2x lagi.


Dunia blogger dan dunia wordpress memang ketara bezanya. Tapi lama-kelamaan wordpress bila digodek selalu akan faham macam mana nak guna.


Dah settle masalah boleh tidur dengan nyenyak.


Korang pernah jadi macam ni tak?


Thursday, 3 September 2015

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?

Alternatif untuk membayar balik PTPTN sangat senang dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja tetapi peminjam sendiri yang menjadi masalah kerana masih liat untuk membayar balik PTPTN.


JIka sudah bekerja dan berkemampuan eloklah dipercepatkan menunaikan hutang-hutang yang tertunggak. Jangan tangguh dan bayar hutang sekarang.


Hutang bukan 'benda' yang boleh buat main-main sebab hutanglah boleh jadi terbantut untuk rezeki masuk dalam kehidupan seharian. Kalau tak ada kesungguhan nak bayar hutang makanya rezeki susah nak masuk.


Jangan mengeluh kalau rezeki susah nak masuk tapi tak bayar hutang.



Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?


Berikut adalah cara-cara mudah nak bayar balik PTPTN melalui Maybank2u:




  1. login ke www.maybank2u.com.my

  2. kemudian pilih Account & Banking


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U 3.  kemudian klik pilih Payment atau Bill payment
4.  Keluar seperti gambar di bawah dan klik [ Make a one-off payment]


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


5. keluar seperti gambar di bawah.


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


6. Ada banyak pilihan dan pilih sahaja [Education & Education Loans]


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


7. Juga nanti keluar banyak pilihan, just pilih dan klik  [PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan]. Jangan klik pula PTPTN untuk simpanan SSPN.


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


8. Muncul seperti gambar di bawah.


Amount : Isi berapa yang hendak dibayar.
Borrower I/C Number : isi No kad pengenalan
Telephone No : Letak no telefon.

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U


9. klik continue dan selesai. [caj GST dikenakan sebanyak RM1.06]



Semak Baki Pinjaman PTPTN


Dibawah adalah penyata baki PTPTN. Kalau nak tengok baki PTPTN tinggal berapa, boleh cek log in kat [DISINI].


Kalau lupa kata laluan or password just klik lupa password nanti akan dihantar password baru melalui email.


Penyata PTPTN


Pelbagai Saluran lain kalau nak bayar hutang selain maybank2u antaranya ialah :




  1. Financial Processing Exchange (FPX) di laman rasmi PTPTN

  2. Kad atm atau kad debit di mana-mana kaunter PTPTN.

  3. Pengeluaran Akaun II KWSP

  4. Potongan Gaji

  5. Perbankan Internet


Terpulang nak bayar balik pinjaman PTPTN kat mana tapi yang penting langsaikan hutang dengan segera. :D

Thursday, 23 July 2015

Macam Mana Nak Tahu Hp Oppo Ori Ke Tak?

Sekarang ni dah berlambak smartphone clone di merata-rata tempat dengan harga yang sangat murah berbanding dengan smartphone original.

Masih lagi ramai orang yang keliru untuk membezakan antara clone dan original.

Sebenarnya nak bezakan antara clone dan ori tu senang je kalau dah berpengalaman mempunyai hp sebelum ni.

Perbezaan antara clone dan ori sangat jauh dari segi dalamannya iaitu OS kalau dari segi luaran mungkin nampak sedikit persamaan.


Macam Mana Nak Tahu Hp Oppo Ori Ke Tak?
sekadar gambar hiasan

Tips nak tahu Hp Oppo Ori ke tak?


  • Dail *#06# di telefon korang (selain oppo pun boleh)

  • No IMEI akan keluar pada skrin hp korang seperti gambar di bawah

  • Semak No IMEI pada belakang hp korang atau pada bahagian battery ataupun pada bahagian kotak hp korang. Kalau sama maknanya hp korang original.

  • Kemudian semak no IMEI tadi untuk pengesahan di IMEI OPPOSelain dari pengguna Oppo, boleh cek [DISINI]

  • Kalau keluar maklumat tentang hp korang pada imei oppo maknanya hp oppo korang adalah original.

Nombor IMEI digunakan oleh rangkaian GSM (Global System For Mobile) untuk mengenalpasti peranti korang adalah sah ataupun tidak.

Korang boleh menggunakan kod IMEI untuk mengenal pasti pengeluar, jenama, model, beberapa keupayaan teknikal dan ketulenan peranti.

Thursday, 8 January 2015

Menarik Tentang adarain.com Sepanjang Tahun 2014

Blog adarain.com kini sudah masuk setahun bersama hosting tempatan yang setakat ini tidak ada masalah yang terlalu rumit cuma kebelakangan ini adarain.com telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari Indonesia namun berjaya diatasi dengan segera.


Maaf gambar tiada atas kesilapan teknikal


Apa yang Menarik Tentang adarain.com Sepanjang Tahun 2014


Jom kita selongkar apa yang menarik tentang adarain.com sepanjang tahun 2014.

Post popular 2014 adarain.com adalah:

  1. Jalan-jalan di Tanjung Balai, Pulau Karimun

  2. Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang JB

  3. Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin

  4. Tempat Menarik Di Bandung

  5. Kenapa Presiden Obama Datang Ke Malaysia?



Top Referring 2014 :

Pada tahun ini, selain google.com, guablog.com juga banyak menyumbangkan trafik akan tetapi telah memberhentikan perkhidmatan ping blog dan tidak pasti mengapa berhenti.



Top Commentar 2014

Terima kasih commentar yang sudi singgah ke sini. Boleh klik nama di bawah untuk melihat post mereka yang awesome!

  1. Suri

  2. Hafizul

  3. Titan

  4. KakiBlog

  5. Hafiz


Pencapaian Blog adarain Tahun 2014


Dalam tahun 2014, dari segi rangking alexa pernah mendapat 110,00 ke bawah boleh dikatakan pencapaian yang baik tapi semenjak sudah kerja, rangking alexa jadi tak menentu sehingga naik mendadak ke 200 k ke  atas. Mood menulis pun sekarang semakin ke laut.


Contest banyak juga yang disertai lebih kurang dalam 11 contest namun hanya dua (2) sahaja contest yang berjaya dimenangi. Hadiah yang dimenangi adalah berbentuk wang dan sticker secara percuma mengikut rekaan sendiri.


Berjaya menjana kewangan melalui blog tetapi tidaklah sebanyak mana cukup sekadar mampu bayar domain dan juga hosting.



Harapan adarain Tahun 2015


Harapan kali ini untuk tahun 2015 lebih tinggi dari sebelumnya dan tidak mahu berharapan sederhana seperti tahun sebelumnya


Bila berharapan tinggi maka usaha harus juga digandakan untuk menjadikan blog sebagai wadah perkongsian yang menarik kepada pembaca sambil menjana kewangan lebih dari tahun sebelumnya.


Juga berharap, contest yang bakal disertai pada tahun ini bakal memihak kepada adarain jikalau ada rezeki.  Kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana, redha je lah.


Setakat ini, belum ada perancangan untuk menukar tema blog dan lebih selesa dengan tema yang ada sekarang.


Yang penting, perancangan dan usaha perlu dilakukan supaya blog lebih maju dari sebelumnya terutama dalam penulisan.



Tuesday, 23 December 2014

Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia

Pada ahad yang lepas, blog tidak dapat access login wordpress setelah berkali-kali mencuba namun hasil tetap sama. Kemudian, terus buka laman blog www.adarain.com dan apa yang mengejutkan ialah background yang asalnya berwarna biru bertukar menjadi hitam dan di bahagian footer terdapat kod-kod yang pelik.


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia


Kali pertama mengalami situasi seperti ini. Dan aku yakin bahawa blog adarain telah di-hack oleh pihak tertentu.


Siapa tak gelabah kalau kena hack kat blog sendiri. Kalau blog orang lain memang aku tak kisah tapi ni blog sendiri yang kena.



Apa Yang hebatnya adarain.com sampai kena Hack?


Tak tahu tang mana yang hebatnya tentang adarain.com, blog cikai-cikai je tak setaraf dengan blogger yang hebat di luar lagipun blog ni tak adalah kaya sangat sampai boleh jana kewangan beribu-ribu.


Aku syak, hacker ini sengaja menguji keselamatan blog aku sama ada boleh dipecah masuk ataupun tidak. Akhirnya, hacker ni berjaya membolosi blog aku.


Setakat ni, tak ada pape yang hilang, semuanya ok.


Aku try tanya pihak hosting, lambat pula diorang balas so aku buat sendiri betulkan blog aku kepada yang asal. Buat sendiri, mesti kena tanggung risiko. Hasil bantuan google,  semuanya kembali normal dan bernasib baik blog tak bertambah teruk.



Mana tahu hacker dari Indonesia?


Bila dah selesai, tryla taip nama blog sendiri, dari beberapa list yang keluar dalam first page google, terjumpa www.adarain.com hacked. Notified by TOGEL3739. Aku klik link tersebut tanpa ragu-ragu sebab nak tahu punya pasal.


Keluar tentang maklumat blog adarain telah di hack.  Togel adalah hacker yang hack blog adarain.com


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia


Pada hari tersebut iaitu 21 Disember 2014 bukan sahaja blog adarain dihack malah ada juga beberapa blogger Malaysia yang telah berjaya dihack seperti anuarali.com. Berikut adalah senarai yang telah berjaya dihack.


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia

 

Security Lemah


Dari segi security, nampak sangat blog adarain sangat lemah sehingga berjaya ditembusi oleh hacker. Perkara ini sebenarnya boleh di atasi kalau sentiasa peka dengan blog seperti mencipta password yang lebih kuat, kemaskini theme dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran buat diri-sendiri untuk masa akan datang.