Pertama kali menonton wayang di Aeon Klang, Bukit Tinggi yang dikatakan antara yang terbesar di Asia. Keadaan pada masa itu terlalu ramai yang mahu menonton wayang. Biasalah hari ahad mestilah ramai. Aku bersama rakan-rakan yang lain bercadang untuk menonton filem Edge Of Tomorrow yang dilakonkan oleh pelakon popular Hollywood iaitu Tom Cruise.
Sinopsis Edge Of Tomorrow
Bumi telah diserang oleh alien yang dipanggil mimik selama 5 tahun dan hampir ke seluruh negara besar telah ditawan oleh mimik. Tiada siapa yang dapat menandingi mimik kerana kepantasannya membunuh manusia.
Pada suatu hari, Major William Cage ( Tom Cruise) yang tidak mempunyai pengalaman dalam dalam peperangan telah dipaksa menyertai pasukan askar untuk menentang Mimik. Sewaktu peperangan meletus, Cage mati dalam peperangan tersebut dan tiba-tiba tersedar kembali di tempat yang sama. Cage kini mendapati dirinya dibuang ke dalam gelung masa yang memaksanya untuk hidup pertempuran kejam yang sama berulang kali, berjuang mati dan hidup sekali lagi.
[caption id="attachment_2276" align="aligncenter" width="700"]
Namun pun begitu, Kemahiran Cage semakin meningkat apabila dapat bertempur dengan mimik secara berulang kali bersama pahlawan Angkatan Khas iaitu Rita Vrataski (Blunt). Dalam pada masa yang sama, Cage semakin mudah untuk mencari kelemahan yang ada pada mimik iaitu dengan membunuh 'ibu' segala mimik.
Best Ke tidak Edge Of Tomorrow?
Sebenarnya tak expect yang jalan cerita ini akan berulang-ulang kali. Apa yang aku jangka ialah filem ini berkenaan dengan pertempuan biasa dengan alien yang pernah dilihat pada filem-filem hollywood yang lain dan cuma kelebihan pada filem ini ialah pelakon utamanya iaitu Tom Cruise.
Ternyata, jangkaan aku tidak tepat tentang filem ni. Pengarah filem yang pernah mengarah filem Mr and Mrs. Smith (2005) ini pandai mengolah filem ini menjadi suatu yang lain dari kebiasaan. Banyak babak yang buat aku terkejut bukan sebab pada muka mimik tetapi kepantasan mimik mengejar askar.
[caption id="attachment_2277" align="aligncenter" width="700"]
Cage daripada seorang yang naif tentang peperangan telah berubah menjadi super soldier dan filem ini pun ada banyak komedi yang dilakukan oleh Cage sendiri.
Sangat berpuas hati untuk menonton filem ini dan bintang yang diberikan ialah 4.2/5 bintang. Untuk review yang lebih terperinci boleh layari laman Rotikaya