Sebelum ini saya pernah bercuti di Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. Kali ini saya bersama keluarga Bercuti sekali lagi, kali ini di Pekan Baru, Riau Indonesia selama 4 hari 3 malam.
Maaf gambar telah tiada atas kesilapan teknikal |
Kami sekeluarga pergi ke Pekan Baru, Indonesia kerana melihat tiket Air Asia menawarkan harga yang murah pada masa itu. Terus kami tidak berfikir panjang dan tempah tiket tersebut sebelum kehabisan.
Sebelum ini dengar juga ada rakan-rakan yang lain dah pergi Pekan Baru ini, jadi itu yang teringin nak ke sana melihat pemandangan di sana pula.
Kami sekeluarga bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi dan sampai di LCCT pada pukul lebih kurang dalam 12.ooPM. Sampai sana sahaja terus mengurskan segala tiket semua dan menunggu sebelum berlepas ke Pekan Baru, Indonesia.
Berlepas ke sana dalam pukul 2.30PM. Perjalanan KL ke Pekan Baru tidak jauh hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Tidak sempat tidur, Kapal terbang sudah landing ke Pekan Baru. Baru nak feel tidur dalam kapal terbang. Sampai sana dalam pukul 3.40PM
Hari Pertama Di Pekan Baru, Indonesia.
Perkara yang paling mengejutkan bila sampai di sana ialah suasana airport Pekan Baru, Indonesia. Kerana bangunan tersebut tak ubah seperti tempat bangunan lama stesen bas.
Dengan kaunter masih berkayu dan mozek kecil seperti zaman saya masa kecil-kecil. Belum sempat kami masuk bangunan tersebut dah beratur panjang untuk urusan passport. Nak tak nak, terpaksa tunggu di bawah matahari yang terik.
Selesai semua urusan, kami panggil teksi untuk menuju destinasi seterusnya iaitu hotel yang telah kami tempah secara online.
Hotel yang kami tempah sangat selesa dan menarik. Reka bentuk seperti bangunan Eropah dan Rusia. Selepas check in hotel, kami tidak berehat tetapi kami mencari tempat untuk di makan dan juga mencari kereta serta pemandu untuk di sewa.
Kalau korang lihat gambar di bawah, itulah tempat kami sekeluarga makan. Perkataan baru jumpa iaitu Es lapangan tembak (ABC)
kemudian mencari kereta sewa serta pemandu untuk ke Bukit TInggi pada hari keduanya (esok) nanti. Gambar di bawah merupakan salah satu pemandangan di sana.
Pada waktu malam, kami sekeluarga berehat bagi mengembalikan tenaga untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke Bukit TInggi.
Hari Kedua: Bukit Tinggi, Indonesia.
Seawal 7 pagi kami sudah gerak menuju ke Bukit TInggi dengan menaiki kereta Toyota Kijang Innova. Bayaran sewa kereta berserta pemandu adalah dalam 900,000 Rupiah.
Kami bergerak ke Bukit Tinggi awal kerana perjalanan ke sana mengambil masa dalam 6 ke 7 jam. Jalan menuju ke sana pula tidak seperti lebuh raya di Malaysia tetapi seperti jalan kampung. Penuh dengan selekoh seperti gambar di bawah.
Pada masa yang sama kami sekeluarga dapat menikmati pemandangan sepanjang dalam perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.
Dalam pukul 10 pagi, kami sekeluarga berehat sebantar dan berserapan. Gambar di bawah antara pemdangan yang cantik. Tempat di sana pula sejuk walaupun cahaya matahari sedang memancar.
Setelah menempuh perjalanan yang panjang, Kami sampai juga ke Bukit Tinggi. Tempat pertama kami singgah ialah tempat bersejarah di sana. Nak masuh ke sana kena bayar dalam 2000 Rupiah.
Korang boleh lihat gambar di bawah yang merupakan terowong tempat jepun menjalani latihan dan berteduh. Untuk masuk ke terowong tersebut dikenakan bayaran tapi kami sekeluarga tidak masuk. Cukuplah sekadar melihat pemandangan di sana yang cantik.
Gambar di bawah tersebut merupakan tempat solat lelaki. Kebanyakan tempat solat di sana begitu terbuka dan tidak tertutup. Jadi jangan hairan dan terkejut.
Penat berjalan-jalan dan ambil gambar semua, terus kami berehat dan minum sebentar sebelum kami memulakan aktiviti membeli barangan di Bukit TInggi.
Selesai minum semua, kami sekeluarga ke pasar Bukit Tinggi. Di sana, pasar terbahagi kepada dua iaitu pasar atas dan Pasar bawah.
Kami hanya membeli barangan di pasar bawah sahaja sebagai ole-ole. Pasar bawah sudah cukup panjang dan besar dengan orang ramai yang yang penuh sesak di pasar bawah.
Tidak ada tenaga untuk ke pasar atas, cukuplah dengan barangan yang sudah dibeli di pasar bawah. Pasar atas lebih kurang sama sahaja dengan di pasar bawah.
Sempat lagi kami bergambar jam gadang seperti gambar di bawah. Jam Gadang merupakan hasil peninggalan Belanda pada zaman dulu.
Sebelum pulang ke Pekan Baru, kami sekeluarga singgah sebentar membeli kerepak untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami sekeluarga membeli kerepak yang tidak ada di Malaysia.
Setelah siap memilih dan membeli, kami membungkus segala kerepek di dalam kotak. Senang untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.
Hari ketiga: jalan-jalan di Pekan Baru
Untuk hari ketiga, kami berjalan-jalan sekitar Pekan Baru sahaja. Kami pergi ke shopping mall (lupa nama shopping mall tu) dan pasar Bawah yang cukup terkenal di Kota Pekan Baru ini.
Antara barangan yang kami beli ialah fridge magnet, bag, pakaian yang ada tulisan pekan baru dan banyak lagi.
Kalau lihat gambar di bawah, saya sedang memakai topi keledar. Tanpa fikir panjang terus beli topi keledar tersebut kerana ada tawaran iaitu beli satu percuma satu. Harganya murah dalam 80,000 Rupiah.
Banyak tempat menarik di kota Pekan Baru, tetapi disebabkan kami sekeluarga sibuk dengan ber'shopping' di pasar bawah dan juga di shopping mall, jadi tidak ada masa untuk singgah ke tempat lain.
Hanya berlegar di tempat yang berhampiran dengan hotel kami.
Hari Keempat Masa untuk Pulang Ke Malaysia
Setelah 4 hari berada di Pekan baru, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Takkan nak menetap lama pula di Pekan Baru. Banyak duit nak stay lama kat sana.
Gambar di bawah sedang menuggu untuk berlepas ke Malaysia.
Best ke tidak Pekan Baru, Indonesia?
Best ke tidak Pekan Baru, Indonesia ni? serius saya cakap memang best dan seronok. Pengalaman yang sangat mengujakan. Terdapat banyak barang yang murah boleh di dapati di sana, sewa kereta pun boleh di katakan murah sekali, banyak shopping mall yang ada di sana, terdapat pelbagai pilihan di sana sampai saya tidak tahu untuk memilih mana satu kedai yang terbaaik dan yang paling cantik.
Tidak rugi untuk datang ke sana serta mencuba pengalaman baru ke sana pula. Secara keseluruhan, sangat berpuas hati. Ada duit dan hari, boleh datang lagi sekali.
89 Comments
Wow.. perjalanan & pengalaman yg sungguh menyeronokkan.. best. T kasih diatas perkongsian ye :)
indonesia best sebab banyak tmpt menarik utk dilawati kerana faktor geografi gunung dan pulau yang banyak
best.hehe. bro g pakai pakej eh?
haiyo ..bestnya bro... ada ole2 untuk kita semua nih tak??? bila agaknya nak bercuti nih.. asik kerja2 jer... adoi bosan jugak..tapi duit simpan pun tak banyak.... huhu
Seru juga perjalanan wisata di pekanbaru dan bukit tinggi, banyak pengalaman untuk bisa diceritakan ke malaysia :)
Sama-sama, memang menyeronokkan.
Indonesia banyak tempat menarik sampai tak terpergi semuanya, di Malaysia, banyak tempat tak pergi lagi.
Memang best, tak pakai pakej, main jalan je.
Tak adalah bro..haha, ole-ole untuk family je ada..INSYA ALLAH, dapat pergi juga suatu hari nanti.
wahh..best la dapat gi sana..
teringin la nk pergi sekali..berapa bajet ni bro
Ingatkan di kedah je ada pekan rabu. Rupa-rupanya di indonesia pun ada :)
wah.. bestnya dapat melancong begini
haha pengen jugak aku kesana hehe
Walaupun x penah pegi sana, tapi sedikit sebanyak dapat imagine juga. Besh kan melawat tmpt org yg menarik. Cuma kalau org mcm ambe pegi perlukah kena ada tour guide? Dengar kata bahaya kalau org asing macam kita yg tak biasa pegi sana. Senang kena tipu, betul kah?
Memang seronok kan berjalan di negara org dan bershoping2. Kegemaran mak tuuu..AHaks!
Rezeki dapat ke sana.
Kalau ada peluang, pergi je jangan fikir panjang. Bajet kena tengok berapa hari nak duduk sana. Masa pergi Batam dulu bawah RM800 sahaja dah cukup. Itu pun masih ada lebih lagi.
Indonesi pun ada juga..jangan main-main.
Cari pengalaman merantau di tempat orang.
langsung pergi saja ke sana. haha
Sebenarnya tak payah ada tour guide pun tak apa, just cari kat google taip tempat-tempat menarik yang ingin kita lawati, then bila sampai sana nanti, carilah kereta sewa dan pemandu yang mesra pelanggan. Kalau orang dah berpengalaman melancong ni, dia takkan mudah kena tipu dengan orang sana. Kena pandai cari orang kat sana. Orang pertama kali melancong memang sangat mudah kena tipu. Berhati-hatilah. Nak pakai tour guide pun ok jugak yang penting bayaran tu berbaloi dan mesra dengan pelanggan.
Memang seronok. ber'shopping' lagi la seronok..haha
wah... tentu seronok melancong ke sana bbrp hari kan...
suami sy dah sampai bukit tinggi tu, sy je belum...
pekan baru tu ade pakcik di situ.. satu hr nnti bolehlah jejak ke sana
menarik jugak tempat yang bro sekeluarga pergi tuh , ada rezeki nanti boleh la den sekeluarga ke sana pulak...
Macam best je kat sana ye..
ALHAMDULILLAH, Best.
ALHAMDULILLAH, memang seronok dapat bercuti bersama keluarga. INSYA ALLAH, ada rezeki pergi juga.
ALHAMDULILLAH, tempatnya menarik.
dengar cerita berjalan-jalan nih pun rasa dah seronok dah...insha-Allah, sampai masa nanti boleh la ke sana juga...
Assalam.
Seronok ya bercuti di sana. Melihat dari gambar-gambar yang di papar , menarik juga tempatnya.
Emm..bilalah saya nak ke sana :)
Okay. Selamat kembali ke tanah air
Memang menarik tempatnya. INSYA ALLAH, suatu hari dapat juga pergi.
INSYA ALLAH, semoga perancangan berjalan lancar.
tak pernah sampai lagi tapi, tapi saya ada dapat key chain jam gadang hadiah dari kawan anak.....
saya percaya dengan kebolehan bro menulis begini tidak mustahil dilamar agen pelancongan untuk melancong percuma sambil buat review..tahniah dan teruskan
Menarik jugak tu. tapi perjalanan sehingga 6 jam ke bukit tinggi dengan jalan macam tu mesti memenatkan.
Kalau ada rezeki, sampai kat sana juga. baiknya kawan dia hadiahkan key chain tu. mesti cantik kan
Terima Kasih. Masih banyak lagi yang perlu diasah dalam penulisan ni. Kalau ada rezeki di'lamar', saya terima sahaja.
Memang sangat memenatkan, tapi semangat nak jalan-jalan tu yang buatkan kita bertenaga.
Macam best je pergi holiday ke Indonesia nie...
Menarik. Boleh la saya merancang pergi ke sana bila Air Asia ada sale nanti.
tak pernah sampai lagi..
gambar pakai helmet tu kalau bawa pistol mainan mesti org ingat pembunuh upahan. hahaha.. gurau je
terbaik! mmg ambe rasa bang adrain ni mmg biasa melancongkan? ni main redah jer..mmg beranilah...
ambe tak berani sbb tak biasa...hehe
terima kasih bang berkongsi cerita dan gambar2 menarik...best!
ALHAMDULILLAH, memang best walaupun sebelah Malaysia je.
Pergi jangan tak pergi. Semoga perancangan nanti berjalan dengan lancar.
tak pasal-pasal kena tahan lama kat indonesia. haha
Tak selalu sangat melancong tapi pengalaman tu memang ada. Tak ada lah main redah je, tengok jugak kat website antara tempat-tempat menarik baru pergi sana. sama-sama. Semoga dapat dimanfaatkan. mana tahu dapat pergi sana.
Tengok blogger travel post gambar-gambar buat rasa satu hari nanti nak pergi jugak bawak keluarga.
Wahhh bukan main lagi bercuti yer..hehe..seronok kan dapat hilangkan stress untuk seketika..
wah best pi sana satu malam berapa ratus? kalau di ringgit di msia berapa ya? tawaran penerbangan kat sana selalu murah tapi ada juga tertipu masa depa buta promotion jadi hati2 selalu,klu nasib baik oklah sykur
depend tengok hotel kat sana, ada yang 60 ribu rupiah (RM24), ada 80 ribu Rupiah. Menginap hotel bajet murah dan selesa. Sebab tujuan ke sana nak berjalan-jalan bukan tidur dalam hotel. Takde dengar pula pasal kena tipu.. kena take note. lagipun biasanya beli tiket siap2x pergi balik.
ALHAMDULILLAH, betul tu bro, boleh hilang tension.
Fuhhh rasa best je tengok gambar.. cuti sesekali nak ajak family bercuti mmg best..
ALHAMDULILLAH, memang best. Cuti bersama keluarga memang menyeronokkan.
Baik bener Air Asia emang, jadi banyak orang yg bisa jalan-jalan murah ke luar negeri. :D
Salam silaturahmi dari Bandung, Indonesia.
wah dari bandung, teringin nak ke sana pula.
Terima kasih atas perkongsian. Nak tanya yang Bukit Tinggi tu, tinggi sangat ke dari pintu masuk/bawah gunung ke puncak? Kalau naik jalan kaki agak-agak berapa kilometer?
Dah lama saya tak mendaki haha rindu pulak nak panjat bukit dengan jalan kaki. Lagi excited sebab banyak benda pelik-pelik yang mungkin terlepas pandang kalau naik van atau kereta.
Pekan tu memang di Bukit tinggi, lagipun di sana tiada bukit untuk didaki. Masuk pintu utama macam masuk padang lebih kurang macam tu, tak ada banyak tangga sangat. Kalau nak daki memang tak ada kat bukit tinggi kalau tak silap. Tapi tempatnya memang sejuk.
Kalau macam tu kena cari bukit lain la ni. TQ Bahrain cepat responnya :)
melacong ni selain nak tengok kebesaran Allah, nak juga tengok macam mana etnik orang lain punya tradisi dan adat :)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Salam,
Saya da menyediakan pakej ground ke Padang Bukittinggi atau Pekan Baru-Bukittinggi untuk anda semua.harga pakej yang sangat murah dan berbaloi.Semua urusan dilakukan di Malaysia sahaja.Sungguh mudah,murah dan meyakinkan.Semua kami uruskan untuk anda.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (sms.whatsapp pun boleh).
Atau lawati blog saya:
http://freelancetour.blogspot.com/
Salam..
saya nak tnya pasal you punya trip ke pekan baru.
boleh email?
Waalaikumussalam,
boleh klik bahagian 'hubungi' kalau ada segala persoalan berkenaan dengan trip ke Pekan Baru. INSYA ALLAH, akan dijawab secepat yang mungkin.
tak pernah lagi gi indonesia. tunggu masa honeymoon la jawabnya. hehe
En bahrain . Nk tanya kereta sewa tu ambil di mana di pekan baru tum ada contact no tak ?
minta maaf saudari, saya dah tak simpan no contact keret sewa di sana.
Hai.salam
Saya pi pekan baru jan2014.
Kereta sewa dr pekan baru ke bktgi
+62761 854 475 (kantor pekanbaru).
Kereta sangat selesa.sebab saya dan kawan plus siza +tinggi
Jadi puas hati.
rupaya dah sering ke Indonesia Datuk , saya pertama ke Malaysia ahai seronok nian
udaranya sejuk ya disana
Ya, tak terlalu sering juga. Kalau ada rezeki bolehlah ke Malaysia lagi.
Salam,
Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:
http://freelancetour.blogspot.com/
kena pergi ni. jauh tak lapangan terbang ke pusat bandar & hotel2.
Tak jauh. Bergantung dengan hotel yang ditempah.
Ini nampaknya lebih menarik daripada kembara ke Pulau Karimun... insyaalah kalau ada rezki nak ke sana juga satu hari nanti.
Bestnya boleh jalan2 ke bukit tinggi, suami saya pun dah penah sampai masa bujang dulu. Kena pujuk dia suh bawa family pula la lepas ni
bromo tour, bromo tour package, bromo tour from surabaya, bromo tour price, bromo tour murah, bromo tour review, bromo tour dari surabaya, bromo tour tripadvisor, bromo tour malang, bromo tour paket, bromo tour travel http://javatravelline.com/
PAKEJ PELANCONGAN BROMO
Surabaya - Bromo - Malang / Batu - Surabaya via Tanggulangin
HARI 1 :
Ketibaan di Lapangan Terbang Surabaya. Bertemu & di sambut oleh Pilot pelancong kami, teruskan ke Bomo (Kampung Cemorolawang / Tosari)
HARI 2 :
Pada pukul 3.30 pagi, memulakan perjalanan ke Gunung Bromo, untuk menyaksikan matahari terbit dari tepi kawah. Merentasi lautan pasir dan mendaki 245 tangga. Kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan berkemas semula. Seterusnya ke Batu, dalam perjalanan, melawat Taman Safari Indonesia untuk melihat koleksi haiwan-haiwan dari benua lain.
HARI 3 :
Sarapan pagi di hotel , teruskan lawatan ke bandar yang meliputi perladangan epal , air terjun Cuban Rondo, Seramik Dinoyo. Kemudian bergerak semula ke Surabaya dengan di mulai Tanggulangin untuk melihat Industri Rumah Kulit dan ke Sidoarjo untuk mendapatkan Keropok Udang + Embroidery.
HARI 4 :
Sarapan pagi di hotel, bertolak ke airport untuk berlepas
Mrs EVI
+6281 233 917 870
info@javatravelline.com
www.javatravelline.com
mount bromo tour, mt bromo tour, bromo ijen tour, mount bromo tours, bromo tours, mt bromo tours, tour to bromo, bromo mount, mount bromo package, mount bromo facts, mount bromo trekking, mount bromo pictures, mount bromo eruption, mount bromo in indonesia, mount bromo photos, mount bromo news, mount bromo national park, mount bromo lonely planet, bromo hotel, mount bromo hotel, bromo cottage hotel, mt bromo hotel, grand bromo hotel rates, hotel lava view lodge bromo, cafe lava hotel bromo, bromo mountain, mountain bromo, bromo mountain indonesia, bromo mountain tourism, what is highest mountain, in at the mountain, bromo volcano, mt bromo volcano, volcano bromo, bromo volcano indonesia, mount bromo volcano, mount bromo travel, bromo travel, bromo travel guide, travel bromo, travel to bromo, bromo indonesia, travel, volcano at indonesia, live volcano in indonesia, the volcano in indonesia, volcano mount, mount volcano, volcano article, this is a volcano, lava view lodge bromo, bromo cottages, bromo tengger semeru national park, bromo trip, bromo eruption, bromos, bromo mt, mt bromo eruption, bromo national park, lava lodge bromo, sea of sand bromo, visit bromo, mt bromo facts, bromo drink, how to go to bromo, from surabaya to bromo, bromo seltzer, bromo selzer, bromo, highest mt
Salam. Sy dah beli tiket ke pekan baru 29 apr 2015 dan return 2 may 2015. Nk tanya pendapat hotel n kereta sewa. Perlu ke booking dr sini?
Salam. Sy dh beli tiket ke pekan baru 29apr -2may. Hotel apa yg dekat dgn PasarBawah? Kemudian plan nk ke bkt tinggi, perlu ke booking kereta dari sini? Ada jgk terfikir nak beli tiket return dr padang ke kl. Cost dlm rm150 je. Apa pendapat saudara?
wassalam, kalau saya booking kereta apabila sampai di sana (Pekan baru) sebab boleh pilih mana penyewa kereta yang boleh menawarkan harga yang murah. Kalau hotel kena book dari sini (kl) by agoda senang. Terpulang pada sis kalau nak beli tiket return dari padang ke kl. Harga macam tu rasanya ada tapi tengok keadaan. :)
Jom bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi di bulan juni booking sesegera mungkin,telah terdapat hotel2 yang ditempah dan jumlah bilik yang tinggal adalah terhad. Kepada yang bercadang dan masih tercari-cari quotation, anda sudah tidak punya masa yang lama.
Buat tempahan anda dengan segera..
Kerana Harga pakej mungkin akan berubah seiring dengan harga hotel apabila banyak bilik2 hotel yang telah/akan ditempah nanti bila lambat hrga pacgkage boleh naik karena beriring percutian sekolah, hubungi segera 7LINES HOLIDAY tour & travel, kami siap melayan anda. kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour contact person : firman
Whats app : +62 82390 797959
email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
blogger : 7linesholiday.blogspot.com
insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami
assalamualaikum,,,,
salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini
kami syarikat mempunyai legalitas di indonesia, Nak tumpang promotion sikit
bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi/ Padang,Medan,pekanbaru dan bandung Kami 7LINES HOLIDAY tour & travel siap melayani anda kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour
contact person : firman
Whats app : +62 82390 797959
email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
blogger : 7linesholiday.blogspot.com
insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami
bila lah plk booleh gi indon.. terigin sangat nak pergi bandungg
salam puan / tuan
mohon maaf kami numpang promotion
kami salah satu agency pelancongan bernama PT.RISFY HIDAYAH WISATA.yang sudah mempunyai legalitas.berada kat bukittinggi padang west sumatera indonesia.
menawarkan belbagai pakej pelancongan bukittinggi - padang tour,medan tour.padang island's tour.
untuk information sila hubungi kami di talian
phone / whatsapp : +6282169960060.(edward ardy)
atau sila tengok di www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
inshaallah
kepuasan pelanggan tujuan utama kami
wassallam
pt.risfy hidayah wisata
(edward ardy)
Nak pakej ALL IN yang bajet ke Padang Bukittinggi? Saya sedia membantu anda.Insyaallah harga berbaloi kami tawarkan.Lain2 destinasi juga tersedia.
Hubungi 0126665436.
Mcm2 pakej ada.Semua utk anda.
JAMINAN KEPUASAN WANG DI KEMBALIKAN UTK ANDA!!
Maklumat lanjut:
http://freelancetour.blogspot.com
hai.. saya berkeinginan ke pekanbaru pada Mei, 2017 nanti seramai 2orang.. ingin mencari pakej2 menarik selama 3hari 2malam di sana.. sekiranya ada boleh emelkan itinerary travel beserta harganya ke alamat emel: SitiNurkhairiahIsmail@yahoo.com.. Terima kasih..
Assalamualaikum.
Saya dari Malaysia berkeinginan ke Pekanbaru, Indonesia pada Julai, 2017 nanti seramai dua orang. Boleh tak sediakan quotation untuk ground pakej ke alamat email : SitiNurkhairiahIsmail@yahoo.com. Terima Kasih.
Assalamualaikum.
Saya dari Malaysia berkeinginan ke Pekanbaru, Indonesia pada Julai, 2017 nanti seramai dua orang. Boleh tak sediakan quotation untuk ground pakej ke alamat email : SitiNurkhairiahIsmail@yahoo.com. Terima Kasih.
Assalamualaikum.
Saya dari Malaysia berkeinginan ke Pekanbaru, Indonesia pada Julai, 2017 nanti seramai dua orang. Boleh tak sediakan quotation untuk ground pakej ke alamat email : SitiNurkhairiahIsmail@yahoo.com. Terima Kasih.