Tuesday, 19 November 2013

Strategi Tak Terjangka Dari Filem Ender's Game

Selepas filem thor The Dark World, kini beralih pula pada filem sci-fic iaitu Ender's Game. Kalau dilihat pada trailer filem Ender's Game memang menarik. Jadi tak salah untuk menonton filem ini di waktu lapang.

Filem ini diadaptasi dari novel yang dikarang oleh Orson Scott Card.

Sinopsis Filem Ender's Game


Pada tahun 2086, bumi telah diserang oleh Formics iaitu makhluk asing yang telah menyerang dan memusnahkan sebahagian bumi. 70 tahun kemudian , Pihak bertanggungjawab di bumi  telah berusaha mencipta suatu teknologi yang lebih moden untuk menentang makhluk asing dari diserang lagi.

[caption id="attachment_1104" align="aligncenter" width="610"]Strategi Tak Terjangka Dari Filem Ender's Game sumber gambar dari wayangkini.com[/caption]

Asa Butterfield sebagai Ender Wiggin , seorang kanak lelaki yang tenang tetapi bijak serta dikatakan mampu menjadi penyelamat manusia di bumi. Beliau dipisahkan daripada adik tercintanya iaitu Abigail Breslin sebagai Valentine serta abangnya Jimmy Pinchak sebagai Peter Wiggin dan dibawa ke pusat latihan pertempuran di orbit yang mengelilingi bumi .

Dia akan diuji dan diasah menjadi pegawai untuk berjuang membunuh makhluk asing demi menyelamatkan bumi dan keluarganya.

Dalam pusat latihan pertempuran tersebut, pelbagai perasaan yang menyelubungi Ender iaitu perasaan sayang atau kesian yang tinggi dan ingin mengetahui kenapa makhluk asing tersebut menyerang bumi.

Adakah Ender berjaya membunuh makhluk asing tersebut? Saksikan sendiri di pawagam berdekatan.

Menarik Tentang Ender's Game


"When I truly understand my enemy well enough to defeat him... I also love him." - Ender Wiggin

Pada permulaan filem ini, akan ada ayat seperti di atas. Ender walaupun berjuang untuk menentang musuh tetapi pada masa yang sama Ender mempunyai perasaan sayang dan kasihan kepada musuh.

Walaupun, pelakon tidak berapa terkenal di Malaysia namun lakonan mereka sangat mantap dan tidak mengecewakan dalam filem Ender's Game

Jarang kita melihat budak lelaki menjadi hero dalam sesuatu filem tetapi dalam filem ini kita akan menyaksikan kepintaran budak lelaki sebagai hero dalam mengatasi serangan musuh.

Antara babak yang menarik dalam filem ini adalah dimana mereka menghadapi ujian terakhir mengikut kumpulan iaitu kumpulan naga dan cicak. Dalam ujian tersebut mereka harus berjaya ke pintu tamat dengan selamat tanpa ditembak oleh mana-mana kumpulan.

Jika mereka berjaya mengatasi ke pintu tamat, secara automotik mereka berjaya melayakkan diri mengawal kapal angkasa dan seterusnya berperang dengan musuh sebenar iaitu makhluk asing (formics).

Dalam peperangan tersebut, terdapat strategi yang tak terjangka dari Ender wiggin ni, nak tahu apa strategi tersebut kena tengok sendiri.

Menang ke Kalah?


Peperangan yang diketuai oleh Ender Wiggins bersama kumpulannya telah berjaya menumpaskan musuh tetapi ada perkara di sebalik kemusnahan musuh tersebut yang hanya diketahui oleh Ender sendiri.

[caption id="attachment_1106" align="aligncenter" width="599"]Strategi Tak Terjangka Dari Filem Ender's Game Ender sebagai ketua cuba untuk mengalahkan musuh.
Sumber gambar dari i.imurgl.com[/caption]

Dihujung filem ini tidak begitu pasti sama ada akan ada sambungan ataupun sudah tamat.

kereta Idaman Malaysia



Secara keseluruhannya


Filem ini memaparkan sisi yang berlainan dan sangat menarik walaupun ada sedikit babak yang banyak bercakap. Filem ini saya bagi 3.8/5 bintang

55 Comments

ingat kecik2 dulu main perang2 dlm semak

Masih tak faham sangatlah citer dia ni..

Filem ini berdasarkan novel yang diberi tajuk yang sama. Saya masih belum berkesempatan menontonnya, tapi ramai yang mengatakan, ceritanya tidak jauh tersasar dari versi novelnya.

kurang berminat sebab susah sikit nak fahamkan cerita-cerita scifi nih...

bila nak tonton selalu kami pergi tengok cerita kartun jer ikut rentak anak ahaks..mungkin sok blh date dengan dia lalala tengok cerita ni

saya pun minat juga dengan cerita kartoon macam planes, turbo yang terbaru ni filem frozen. Macam menarik filem tu.

owh, filem ni tak berat sangat. boleh faham punya.

Tak pernah tengok novel ender's game. Tetapi kebanyakan filem semua diadaptasi dari novel.

Nak fahamkan lagi, kena tengok filem ni baru tahu. :)

belum pernah tengok cerita nie lagi..memang kebanyakkan filem dan drama diadaptasi dari novel...saya suka..:)

dah tgk cerita ni..... best...!! dari 5 bintang saya bagi 4 bintang..... saya rasa ada sambungan... scene yang team naga lawan team cicak mmg terbaek.....!! :D

hehe filem tor pun belum tengok lagilah filem ini, cuma ada tertengok kesah thor dekat vikingdom yang sunguh menjengkelkan

Sebuah filem yang menarik.... Teringin nak menonton filem ni tapi belum ada masa lagi...

biasanya kalau diadaptasi dari novel memang best!.

best kan? masa diorang berlawan tu, otak ender memang pandai serang musuh. :)

kalau kat vikingdom memang menjengkelkan lari dari thor yang sebenar..hahaha

memang filem yang menarik lagi-lagi ber-herokan budak.

Kalau ikut novel, cerita ni akan bersambung ke novel yang bertajuk Speaker For The Dead. Tema dia memang lagi matangla.

Macam menarik..mana hebat Thor ke filem ni?

Wah!!! menarik ni..mesti tonton filem ni..

fuh..macam best aje filem ni. kena tengok gak ni.

saya bukanlah peminat cerita begini tp klu diajak menonton saya ok je

member aku ade gak ajak tengok citer nie aritu..mula2 aku cam ragu-ragu nak tengok tapi lepas baca review nie rasa mcm nak tengok pun ade..hehehe

Regards,
-Strider-

Aku minat tengok cerita sains-fiksyen ini dan kenapa tahun ini banyak kluar cerita sic-fic, ke dorang tengah demam nak kejar tahun 2020, masa aku kecik2 cikgu aku suruh lukis keta terbang2,

aku x tgk lagi citer nih, kang ada masa boleh la layan

tak dapat tengok filem..baca review filem pun jadilah..

kunjungan perdana di selasa siang yang cerah, salam persahabatan

kunjungan perdana bro, salam blogger

artikelnya bagus, salam kenal ya ^_^

Dah lama tak layan citer2 mat saleh ni smua.. hehee
Tp klau pelakon pndai bawakan watak okla..

Gaya ulasan macam okey jugak tu... tapi entah kenapa tak menarik perhatian saya... huhuhu

hmm...den akan pergi tengok wayang hanya cerita yang wife suka tengok jer...hehe

nampak gaya hari tak free tidur lammbata admin.ni musin cuti mesti pawagam penuhkan

ko ni buat aku nak pergi tengok pulok! hahaha

terima kasih berkunjung ke sini. salam perkenalan.

Kadang-kadang nak hilangkan stress tengok wayang

Lagi bagus kalau dia buat perjanjian damai dgn makhluk asing hehe

aya sangat suka seklai film imajinasi,,terimakasih informasinya,,

goo.gl/mSMe48

sangat suka sekali film berimajinasi yang sangat tinggi

informasi di sungguhkan sangat berguna membuat saya bernostalgia pada masa lalu

Tak pernah dengar pulak pasal movie ni
.
Bila baca review ni baru tau

movie ni tak banyak dapat sambutan