Ramadan sudah berlalu, syawal sudah tiba baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak kemaskini statistik pencarian popular bulan Ramadan di adarain.com
Rasanya tak terlambat mana untuk kemaskini statistik pencarian popular Ramadhan dalam adarain.com. Kebanyakkan carian popular adalah berkaitan Isu Semasa yang terhangat iaitu tentang Palestin dan juga tidak ketinggalan berkaitan dengan makanan.
![]() |
sumber gambar dari https://www.holiday-times.com/ |
Pencarian Popular di Bulan Ramadan
Berikut adalah enam (6) pencarian popular bulan Ramadan di adarain.com:
1: Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin terutamanya Gaza
Isu ini sememangnya hangat kerana peperangan yang meletus pada bulan Ramadan hari yang ke-sepuluh dan sekarang sudah masuk hari ke-29 masih berperang. Hubungan antara Israel dan Gaza, Palestin masih menemui jalan buntu sejak dahulu lagi bagi mencari penyelesaian untuk keamanan.
3. Kurta Pilihan Lelaki Sempena Hari Raya
Di bulan Ramadan bukan sahaja sibuk beribadah tetapi ada juga segelintir mengambil kesempatan untuk membeli baju raya sempena hari raya nanti. Boleh kata baju kurta menjadi trend masa kini kerana pakaian yang simple je tanpa perlu bersampin bagai.
Apabila menjelang sahaja bulan Ramadan pasti rancangan masakan yang paling popular akan disiarkan dan sehingga kini mampu bertahan selama 7 tahun secara berturut-turut. Ini menyaksikan bahawa rancangan masakan yang dihoskan oleh Sheila Rusly masih diminati oleh orang ramai. Adakah siaran Ketuk-ketuk ramadan 2015 akan diteruskan?
4: Drama Bersiri Korea Paling Popular 2013
Nama Korea memang tidak asing lagi dalam Malaysia malah hampir ke semua remaja sekarang sangat meminati dunia Industri korea baik dari segi drama, filem, dan muziknya. Tak dapat dinafikan drama dari korea memang terbaik dari segi jalan cerita mahupun pelakonnya dan dikhabarkan kebanyakkan drama yang dilakukan menelan berjuta-juta Won demi kepuasan penonton.
Aku salah seorang penggemar Kek Lapis Sarawak yang manis dan mempunyai pelbagai perisa seperti Oreo, Cheese dan sebagainya. Pencarian Kek Lapis Sarawak agak popular di adarain.com mungkin kerana mahu menjadikan kek lapis Sarawak sebagai makanan untuk hari raya nanti seperti Open house. Lagipun, Kek lapis Sarawak memang sesuai untuk dijadikan juadah kepada tetamu yang hadir ke rumah tambahan lagi cepat mengenyangkan.
Restoran ZZ sangat popular dengan sup tulangnya yang sedap. Jangan lupa kalau singgah restoran ZZ Sup Tulang cuba rasa Mee Rebus Sup Tulangnya. Dijamin terbaik dari segi rasanya boleh kata sekali rasa pasti nak lagi. Sangat sesuai dijadikan tempat berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasi di kawasan Johor Bahru.
Kesimpulan:
Statistik adarain.com tidak menurun di bulan Ramadan malah semakin rancak tetapi lain jadinya ketika menjelang Syawal. Statistik menurun tapi tidak terlalu merudum jauh dan boleh dikatakan berpuas hati. Ini adalah fenomena biasa kerana kebanyakkan orang ramai sibuk dengan persiapan di hari raya terutamanya di kampung.