Showing posts with label happiness. Show all posts
Showing posts with label happiness. Show all posts

Friday, 18 April 2014

Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan

Beberapa hari yang lepas, dapat satu kiriman mesej melalui whatsapp berkenaan dengan kebahagian dalam kesederhanaan. Mesej tersebut sangat menarik minat buat saya yang kadang-kadang lupa tentang erti bahagia sebenar dalam kehidupan.



Bahagia Itu Sederhana Tanpa Disedari.


Antara kandung mesej bahagia itu sederhana seperti dibawah:




  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti saya masih punya keluarga.

  • Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti saya masih punya suami.

  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti saya masih punya mak ayah.

  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti saya mampu bekerja keras.

  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti saya punya teman. Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti saya makan cukup.

  • Mencuci dan menyetrika renyukan baju, itu berarti saya memiliki pakaian.

  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti saya memiliki tempat tinggal.

  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti saya dipercayai dapat melakukannya.

  • Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

  • Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti saya boleh mendengar

  • Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bererti saya masih hidup.


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

[caption id="attachment_2005" align="aligncenter" width="600"]Bahagia Itu Sederhana Dalam Kehidupan sumber gambar dari http://media.salon.com/[/caption]

Biarpun kita mempunyai pangkat, kedudukan serta harta kekayaan yang melimpah ruah, janganlah mudah kita rasa bangga diri dengan apa yang kita ada kerana ia tidak menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat jika tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya. Nikmat yang diberikan pula hanyalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T yang mempunyai hak mutlak mengambil semula hak-NYA pada bila-bila masa.




Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perkara adalah yang paling sederhana.” (Riwayat Imam Tirmizi)



Cukuplah sekadar bahagia dalam sederhana melihat keadaan sekeliling kita. Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Bahagia itu sederhana menurut Islam dengan menghargai setiap apa yang ada dalam kehidupan.


Jom kurangkan berat badan


Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Ameen