Showing posts with label movie korea thriller. Show all posts
Showing posts with label movie korea thriller. Show all posts

Thursday, 4 February 2016

Movie Korea Paling Best 2015

Movie Korea - Kalau post dulu Senarai Korean Drama yang best untuk 2015, kali ni senaraikan plak Movie Korea Paling Best 2015.



Movie Korea Paling Best 2015


Berikut adalah Movie Korea Paling Best 2015 Pilihan sendiri yang telah ditonton.


1) The Beauty Inside
Movie Drama Fantasi mengisahkan Woo Jin adalah seorang Designer Furniture yang mukanya berubah setiap kali bangun tidur waktu pagi. Penyakit aneh juga dimiliki oleh ayahnya. Pada suatu hari Woo Jin telah berjumpa dengan Yi soo yang cantik dan tertawan dengan kecantikkan serta kelembutannya.


Namun, timbul konflik di mana Yi soo yang mula konfius dengan Woo Jin yang sering bertukar wajah sehingga hampir menjadi gila kerana tidak tahu wajah sebenar Woo Jin. Adakah Hubungan mereka berdua berkekalan?


2) The Piper
Selepas peperangan yang berlaku di Korea, Ayah bersama anaknya berhenti di satu kampung untuk mencari kerja. Ayah dan anaknya mula perasan apabila kampung tersebut mempunyai masalah iaitu tikus yang terlalu banyak sehingga makanan kampung tersebut hampir kehabisan akibat di makan tikus. Tikus itu juga menyerang penduduk di kampung tersebut setiap masa.


Ayahnya mempunyai idea bagaimana untuk menghalau tikus dengan menggunakan seruling dan juga serbuk hasil buatan sendiri. Akhirnya, ayahnya berjaya menghalau tikus yang banyak akan tetapi tidak disenangi oleh ketua kampung lalu memfitnah ayahnya. Apakah yang sedang berlaku? Kenapa sanggup memfitnah ayahnya?


Movie Korea Paling Best 2015 - The Piper


3) The Silenced
Berlaku pada era Gyeongseong 1938 penjajahan Jepun. Ju-ran merupakan seorang gadis yang sakit dan berpindah ke sekolah khas untuk mendapat rawatan pemulihan. Kesihatan Ju-ran semakin pulih ketika berada di sekolah tersebut namun Ju-Ran mula mengesyaki sesuatu apabila sorang demi sorang hilang.


Ju-Ran mula melakukan penyiasatan secara sendiri tanpa diketahui oleh rakannya ke atas sekolah tersebut yang penuh dengan misteri. Apa yang terjadi sebenarnya kat sekolah tersebut?


4) The Northern Limit Line
Merupakan kisah benar di mana negara Jepun menyerang Kapal Korea Selatan Di Yellow Sea yang berada di China laut Timur di antara Semenanjung Korea dan Tanah Besar Cina. Kenapa Jepun serang korea Selatan?


Movie Korea Paling Best 2015- The Northen Line


5) Gangnam Blues
Mengisahkan 2 orang rakan yang tidak ada rumah menjadi gangster untuk sabotaj politik.  Namun, 2 orang telah menyertai berlainan kumpulan gangster dan menyerang sesama sendiri demi kepentingan politik untuk mendapat kuasa di Gangnam, Seoul.


Gangnam Blues - Movie Korea Paling Best 2015


Itulah movie yang telah ditonton dan boleh dikatakan antara yang terbest sepanjang 2015. Boleh juga tonton movie korea 2015 lain seperti - Assassination, Twenty, Love Forecast, Detective K: Secret of the Lost Island, chronicles of evil dan Inside Men


Boleh download korean movie di Telegam, klik [DISINI]