Ketuk-Ketuk Ramadhan 2013
Selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang sedang berpuasa, semoga bulan ramadhan pada kali ini memberi 1001 rahmat buat kita semua serta berharap kita semua dapat meningkatkan amalan dari hari ke hari pada bulan Ramadhan kali ini berbanding tahun lepas.
[caption id="attachment_187" align="aligncenter" width="300"] Ketuk-Ketuk Ramadhan masa tahun 2012[/caption]
Bercakap pasal bulan Ramadhan, Aku akan sentiasa menonton program masakan popular No 1 di Malaysia iaitu Ketuk-ketuk Ramadhan, siapa yang tak kenal dengan program masakan tersebut yang dikendalikan oleh Sheila Rusly? Dia pengacara, dialah juga yang memasak.
Warna tema pada kali ini ialah berwarna biru dan masih mengekalkan konsep yang sama dimana menerjah serta menjemput artis untuk berkongsi resepi masakan artis tersebut walhal resepi telah disediakan sendiri oleh pihak produksi KKR tetapi bergantung pada artis tersebut sama ada menggunakan resepi sendiri ataupun dari pihak produksi. haha.
Aku ingat lagi, masa Sheily Rusly dok menerjah artis - artis yang untuk memasak, ada artis yang terperanjat, ada yang tak nak masak tapi kena paksa masak juga, kadang-kadang terfikir juga sama ada betul ke atau lakonan. Tapi bila dah membesar dengan KKR, barulah tahu, ini hanya lakonan semata-mata bagi memeriahkan program masakan KKR.
Kelebihan pada KKR ini ialah jemputan artis, terjah artis, bongkar rahsia artis, kepetahan sheila Rusly dalam mengendalikan program Masakan selain berkongsi resepi masakan. Resepi masakan pun, simple dan senang sangat nak buat. Terfikir juga, selain berkongsi resepi masakan untuk makanan berbuka, KKR tak nak buat resepi kuih pula ke? Mungkin suatu hari.
Untuk akhirnya, rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan masih mengekalkan waktu yang sama kalau tak silap aku, iaitu setiap hari dari pukul 12.30 Pm hingga 1.oopm di tv 1.
Get notifications from this blog
Program tv yang paling banyak menjadi sorotan kita kalau bulan ramadhan salah satunya adalah program memasak ya, best
ReplyDeletetrims sharingnya
Rancangan yg menarik sempena bUlan Ramadhan. Apapun selamat berpuasa buat bro....semoga dpt pahala berlipat kali ganda di bulan yg mulia ini.
ReplyDeleteAMIN~ selamat berpuasa juga untuk Blogger Top Star.
ReplyDeleteSelamat berpuasa bro.. Aku jarang tengok tv tengah hari nie..
ReplyDeleteLayan juga sementara menunggu waktu berbuka. Macam-macam ragam artis jemputan.
ReplyDeletememang antara rancangan favourite gua juga ni.
ReplyDeletesebelum menjadi blogger saya suka rancangan ketuk-ketuk ramadhan...kini agak sibuk sedikit dengan aktiviti blog
ReplyDeleteLayan juga ketuk-ketuk Ramadhan... Boleh fikirkan menu untuk berbuka puasa.. ;)
ReplyDeletesiaran TV! aku sungguh mengecewakan tanpa piring astro huh
ReplyDeleteAsyik Miss je program ni. Haishhhh. esok kena letak set alarm reminder
ReplyDeleteTeringat pula memori kena ketuk bulan ramadhan tahun lepas...
ReplyDeletefyna pun suka tengok KKR nih. ^_^ dengan ragam2 artis tue kan.
ReplyDeleteyang best bila part diorang termakan. hehehe. walaupun kita tahu time rakaman tue time sebelum puasa.
suka layan rancangan ketuk-ketuk ramadhan ni sebab dapat idea dan resipi baru untuk memasak :)
ReplyDeletewah untunglah dapat jadi crew ketuk2 ramadhan..nak jgk dapat...
ReplyDeleteMak saya suka la tengok rancangan ketuk-ketuk Ramdhan ni
ReplyDeleteingatkan KKR tu kementerian kerja raya rupanya ketuk ketuk ramadhan....hahhahaha
ReplyDeletesaya suka celoteh dia buat gamat siaran tu berlangsung..tak tahu pun ada ad atak tahu..tak mahu masak heeee...
ReplyDeletehaha..memang seronok tengok citer ni..gelagat sheila dan artis yang kena raging memasak tu sangat menghiburkan..hehe
ReplyDeleteKetuk ketuk Ramadhan satu rancangan yang menarik, tapi apa yang merusakan rancangan itu adalah:
ReplyDeleteSetelah siap di masak, masakan itu telah di lindung oleh logo KETUK KETUK RAMADHAN. Apa yang di masak hanya sia sia sahaja. Walaupun penaja atau keluaran Ketuk Ketuk ramadhan; tidak semesti melindung apa yang telah siapkan oleh Artis Artis jemputan dengan LOGO YANG MELINDUNGI RUPA MASAKKAN ITU.
Apa perlu menonjolkan logo KETUK KETUK RAMADHAN sehingga melindungi apa yang di masak. Buang masa menoton hanya akhir nya melihat logo itu.