Pesanan kepada Pelajar Yang Mendapat Tawaran Ke IPT
Di sini aku nak kongsikan sedikit beberapa perkara atau pesanan kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran ke IPT.
sekadar gambar hiasan |
- Belajar di IPT, bukan belajar macam sekolah, semuanya nak kena 'suapkan'. Kena banyak bertanya kepada pensyarah, tak tahu tanya, jangan diam sahaja. Hidup semua kena sendiri, tak ada siapa yang akan tolong senang kata kena berdikari sendiri. kalau siapa yang sudah biasa duduk asrama itu sudah satu advance buat mereka menghadapi alam baru berbeza pula pada mereka yang tidak pernah duduk asrama.
- Kejutan budaya. Pelajar akan mula mendiamkan diri buat seketika dan mengambil masa yang agak lama untuk mengenali rakan-rakan yang lain dalam satu kos. Itu normal tapi jangan mengambil waktu yang terlalu lama. Pelajar mudah terikut-ikut dengan peragai kawan sama ada yang baik ataupun yang baik. Maka berjaga-jagalah.
- Kebanyakan Universiti menggunakan bahasa luar seperti bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai medium pembelajaran bukannya dalam bahasa Melayu. Jadi pelajar kena bersiap sedia menghadapi pensyarah dari luar negara yang mungkin datangnya dari negara Arab, Nigeria, London dan sebagainya. Bersiap sedialah menggunakan bahasa asing apabila sesi pembentangan, Jenuh mulut nak cakap, berputar belit..hehe, kalau dah expert lain cerita pula.
- Tuntutan Nafsu serakah yang kuat untuk dipuaskan. Contoh: Nak beli smartphone, beli laptop Mahal, pakaian nak yang berjenama, makanan nak yang luar biasa dan sebagainya disebabkan kerana rambang mata dengan biasiswa atau pinjaman yang diterima.
- MLM atau Multi Level Marketing akan menghantui pelajar baru di IPT. Teragak-agak nak join ke tak nak?, kalau join boleh jadi jutawan, kerja pun senang je dengan hanya mencari 'mangsa'.
- Proses berduaan semakin rancak, lelaki terpikat dengan wanita muslimah atau mungkin yang seksi, yang perempuan pulak terpikat dengan lelaki 'yang machoo'. Berjaga-jagalah syaitan ada ditengah
- Penukaran atau transformasi sikap/ perwatakan dan juga imej pelajar berlainan dari yang sebelumnya.
- Semakin menggila dengan dunia politik. Tidak kira politik IPT ataupun Malaysia
- Firkiran semakin terbuka dengan gaya percakapan yang dah lain. Kemudian menyertai kelab-kelab yang ada di IPT, menyertai organisasi yang sanggup berjuang habis-habisan deminya. Berfoya-foya dengan teman ditempat yang jauh, best lagi mengasyikkan. Buat sambutan sempena kerana result yang bagus dan sebagainya.
- .......
Ada lagi penambahan?
Pandai-pandailah korang sebagai pelajar baru membawa diri di alam IPT nanti. Yang penting banyakkan berdoa supaya terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.
14 Comments
zaman belajar kat ipt memang kena jimat cermat ,pandai uruskan wang ,ada lebih menabung sedikit untuk kegunaan bayaran yuran dan lain-lain
hoho..
kena pandai2 bawa diri. kalau tak, memang merana.
Study kena smart... Macam macam benda yang menganggu, so kena pandai bawak diri... Nanti korang akan tahu FAIL itu menyusahkan...
Bersedia untuk belajar bukan untuk joli katak dan menghabiskan duit mak bapak kecuali mak bapak adalah jutawan. So tak kisahlah duit habis tapi belajar habuk pun tak dapat. Belajar untuk mendapat kerja yang sesuai bukan untuk jadi penganggur.
yap betul. Usaha tangga kejayaan
memang banyak cabaran dan dugaan ketika di ipt
salam..hati dengan kawan sekeliling. jgn salah pilih kawan..duit laburkan masuk ipta ipts buka rm 1.. rm200 .. lebih dari tu jadi gunakan peluang dgn sebaik boleh..
byk dah tu..semuanya mmg ada di universiti..
pandai2lah bawak diri..
Entri yang bermanfaat untuk pelajar yang bakal masuk IPT... Jangan belajar main-main yer dik... Belajar rajin-rajin.... Kalau nak bermain pun, jangan main-main, tapi main betul-betul.....
Memang belajar di IPT adalah satu pengalaman baru..teringat masa belajar kat poli hari tu..kena kejar masa, kena kejar pensyarah dan mcm2 hal lagi yang tak diperolehi di zaman sekolah men..huhu
ingatan berguna nih , dugaan memang banyak zaman universiti nih...silap haribulan boleh hanyut...
IPT adalah tempat untuk menguji diri kita sama ada jadi lebih baik atau sebaliknya berbanding di sekolah..
biasanya budaya couple lebih popular lagi..
kebanyakan pelajar baru hanya cari sensasi
Pelajar baru kena membiasakan diri dengan keadaan baru dan tidak terpengaruh anasir buruk.