Tuesday 9 July 2013

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.

Ini kali pertama aku dengar Tanjung Balai, Pulau karimun, Indonesia. Plan nak ke sana pun tidak tidak dirancang sebenarnya, main redah sahaja pergi ke sana untuk 2 hari 1 malam, best tak best ke, kena pergi dulu baru tahu. Seawal 2 pagi kami sekeluarga bergerak dari muar ke Jeti kukup selama lebih kurang 3 jam.  Sebelum sampai ke jeti Kukup, Pontian, kami singgah dulu kedai makan untuk mengisi perut yang kosong kemudian menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Pontian.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, kami terus ke jeti Kukup, parking kereta di sana untuk satu malam lebih kurang dalam rm 10.00. Suasana pada masa itu sunyi dan tidak ramai orang pada pukul 7.00 pagi.  Jadi, ini memudahkan kami untuk membeli tiket ke Pulau Karimun.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
masa ni first time naik ferri.. sejuk habis. air cond kuat sangat. 
Sampai sahaja ke kaunter penjualan tiket, kami diminta passport dan perlu membayar RM120.00 untuk pergi balik (Harga tiket feri boleh berubah tahun demi tahun). Petugas di sana akan menyediakan tiket dan juga borang imegrisen yang sudah siap tercetak. Kalau sebelum ini, aku pernah pergi ke Batam dan perlu mengisi sendiri Borang Imigresen tetapi berlainan di jeti Kukup yang sangat memudahkan.

Nama feri yang akan kami naiki ialah Tuah. Feri untuk ke Tanjung Balai mengambil masa sekitar dalam satu jam sahaja. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan movie dari indonesia, jika kami bosan kami akan naik ke atas untuk menikmati pemandangan di laut.

Pulau karimun, Indonesia


Setibanya kami di sana, suasana tidak jauh beza dengan pekan-pekan di Malaysia. Jalan kalau aku tengok kebanyakkan sehala sahaja tidak jumpa lagi jalan raya yang  dua hala. Kami menagmbil keputusan untuk menginap hotel yang berhampiran dengan jeti Tanjung Balai ini kerana memudahkan kami untuk pulang ke Malaysia. Cari punya cari akhirnya kami jumpa satu hotel yang diberi nama  Holiday Karimun Hotel.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
Hotel Holiday Karimun
Di sana nanti, korang jangan risau pasal hotel sebab ada banyak hotel berdekatan dengan pekan dan juga jeti. Semuanya murah di antara 45,000 rupiah (RM15) sehingga 100,+++ rupiah. Harga hotel yang kami menginap lebih kurang dalam 160,000 rupiah untuk 2 bilik. Selesai check in hotel, kami tidak membuang masa untuk berehat, terus sahaja kami mencari makan dan kami sekeluarga singgah satu kedai yang menyediakan  nasi padang.

Selesai makan, terus bershopping  dari pekan ke pasar kemudian ke bazaar sehinggalah sampai malam. Perempuan kalau dah shopping memang tak akan kenal penat dan menginginkan suatu barang kalau boleh sampai dapat.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
Habis la kalau perempuan shopping memang lama tuggu la jawabnya.

Di kedai Tanjung Balai ini, agak susah tawar menawar dengan peniaga di sana dan tidak semudah di Batam, Indonesia. Harganya tidaklah semurah di Batam. Ada benda yang murah, tak kurang juga ada yang mahal. Tak banyak yang kami beli di sana tapi yang wajib beli baju yang memaparkan tanjung balai. Barangan aksesori sebagai kenangan dari tanjung balai pun tak ada seperti fridge magnet.


Untuk malam pula, kami sekeluarga merancang untuk mencari makanan seafood. Menggunakan perkhidmatan toto dan bertanyakan kepada pemandu untuk mencarikan satu kedai seafood yang paling sedap di Tanjung Balai, Pulau Karimun, kemudian pemandu itu terus membawa kami sekeluarga ke kedai seafood.

Punyalah kami lapar sampai tak sempat dah nak snap gambar makanan utk tatapan korang. kami order ikan apa ntah aku pun tak tau sangat, mak aku yang orderkan, ikan sebesar Peha diambilnya, nasib baik habis semua, kalau tak, rugi ambil ikan besar-besar, kerang, sayur, nak order ketam habis licin tak ada.

Makanan memang sangat sedap dan puas hati. Habis makan je, kami terus lepak hotel, mandi dan tidur.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
sambil serapan boleh tengok laut. 
Pada keesokkan pagi pula, kami serapan yang telah disediakan oleh pihak hotel sendiri. Makanan di situ pula tidak banyak pilihan cuma hanya ada mee hun, nasi goreng dan telur separuh masak sahaja, untuk minuman pula, ada teo, kopi dan jus oren.

Tempat serapan memang best sebab di kawasan balkoni luar belakang hotel berdekatan dengan laut dan juga jeti, dari situ kita boleh lihat pemandangan laut dan pulau - pulau yang berdekatan, angin pula sempoi-sempoi dan sangat menyegarkan.

Selesai berserapan, kami terus bergerak ke jeti tanjung Balai, Pulau Karimun untuk pulang ke Jeti Kukup, Pontian.Oh, lupa pula, segala urusan tiket dan passport untuk pulang telah diatur sendiri oleh pihak hotel. Senangkan? Jadi, kami sekeluarga hanya menunggu ketibaan feri.

Kesimpulan


Untuk akhirnya, best ke tak Tanjung Balai, Pulau karimun ni? Boleh lah kalau korang saje je nak jalan-jalan 1 malam kat sini, makanan pun sedap-sedap belaka, cumanya barangan atau pakaian di sini agak mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan bandung atau di batam, Indonesia lagi murah.

Baju sebagai kenangan yang ada cop Tanjung Balai pula tidak banyak pilihan dan terhad pada kedai-kedai tertentu sahaja. Key chain pula, susah nak jumpa, agak sedikit menghampakan. Perkhidmatan hotel sangat bagus dan orang kat sana juga sangat peramah.

Secara keseluruhannya, berada di Tanjung Balai, Pulau karimun boleh dikatakan puas hati. Yang penting, jangan terlalu mengharap berlebihan pada Pulau Karimun.

62 Comments

Wah bestnyer pi melancong obersea...

salam nak ajak bro join jadi penulis travel diwebsite saya, mau x

seronok juga baca travellog begini...terima kasih atas perkongsian bro..

MashaAllah. Pasti kenangan yang tak dapat dilupakan

dengar nama tempat unik sekali..tapi kalau ada pengalaman rasanya admin mahu pergi lagi ker?

wah baju tu cantiklah..sapa punya itu?

yap, bila kita melawat negara orang, banyak kenangan tak dapat dilupakan..

dengar nama sedapkan..hehe, admin mungkin tak pergi lagi sebab barang sana mahal sikit, tapi kalo kawan2x saya ajak pergi sana lagi, boleh saja pergi..

first time buat travellog ni.

wassalam, boleh tapi takot saya tak ada kelapangan untuk menulis dan saya blom ada pengalaman dalam penulis travel, ini first time saya menulis berkenaan travel.

Amboi jauhnya dia berjalan, banyak beli souvenir tak? tak pernah dan tak akan pergi kot. Malaysia pun tak habis pusing hihihihi..

seronok jalan2...salam ukhwah dan salam ramadhan..

tak banyak beli souvenir..Insya ALLAH ada rezeki pergi juga nnti..hehe

aku pernah gi pulau karimun ni. memang best gak la. banyak barang murah.

jangan lupa buat lebih banyak kagi..pada masa yang akan datang

salam ramadhan.

ni pergi ke sana berapa orang..dua sewa hotel mahal ker?

tak mahal, ada banyak pilihan kat sana, ada yang mahal dan murah..

saya sendiri sebagai orang Indonesia belum pernah ke pulau Karimun ni, Insya Allah nanti akan kesana kalau sudah ada rejeki :D
nice share dan salam kenal ya :)

Insya ALLAH, suatu hari nanti, kak Rina pun dapat pg. :)

dekat pontian kan ada nama parit karimun

teringat dulu zaman saya kanak - kanak bapa saya pergi tanjung balai, tanjung samak dan pulau sekitarnya dengan modal rm100 sahaja tapi siap balik bawa ole - ole dengan segunu beras

owh, ye ke?, baru tauu..amik sempena pulau karimun la tu agaknya..

Tak pernah jejak kaki ke sini./.hehe..mesti seronok sangat kan bro..emm jeles2..haha

ok macam ni bro, kalau bro ada ke mana mana atau ke bali, bro boleh beri dan kongsikan gambar tersebut dengan saya, nanti saya buat artikel dan gambar akan saya kredit kan kepada bro, ok, setuju... :)

Macam ini, aku join jadi penulis travel bro, kalo ada masa aku tulis, kalo aku tak sempat apa2x, aku just bagi gambo kat bro.

Macam ni pun ok jugak kan...mcm backpacking...nak ajak kawan opis la pi Tanjung Balai Karimun ni...

Memang ok, hotel pun murah. Banyak benda boleh beli..

elok2 pemandangan disana,masih banyak tempat2 lebih indah lagi di indonesia

Klau tiket dewasa rm100 g balik, kanak2 berapa ye? sama harga ke?

Tidak perasan pula ada harga tiket dewasa dengan kanak-kanak. Kebetulan kami pergi semua orang dewasa. Rasanya tiada harga untuk kanak-kanak. Tiket feri sudah naik dari RM100 ke RM120.

Aku pernah pergi ke Pulau Karimum dua kali pada tahun 2013. Tapi aku tak lepak hotel, aku tinggal di rumah sedara di kapling.

Untung ada saudara kat sana, boleh singgah selalu. :)

Sambil jalan jalan tu kita berfikir melihat kehebatan ciptaan Allah swt.

Insyaallah akan jadi lebih matang dan dekat pada pencipta

dengar cerita di sana bynk cewet?

Seronok juga pergi berjalan kat sana ya!. Dari gambar nampak tak ada beza dengan negara kita saja. Makanan dijual oleh muslim ke kat sana? Cina ramai tak?. Mencabar juga bertolak pukul 2 pagi dari rumah tu...?

menyenangkan sekali jalan-jalan kesana sangat alami

Terbaik la bahrain! Jumpa plak blog oraang kampong. Memang nak ke sana ni. Tu baca review. Good work bro!

Sedang merancang mahu naik ferri ke tg balai dari kukup -Xde info berhubung transport dlm pekan tg balai? Minta cerita sedikit berhubung tahap keselamatan di tg balai contoh kalau ramai penagih dadah ke ragut ke dsb - terima kasih

Pengalaman saya ke sana tiada pula kelibat penagih dadah dan sebagainya di sana. Saya rasa tempat sana selamat untuk dilawati. Tiada apa yang hendak ditakutkan kalau nak ke sana. INSYAALLAH.

dah ke pulau karimun aku belum pernah ketempat ini cobalah ke lombok

owh ye ke, nanti kalau ada kesempatan akan ke sana Lombok.

wah, best nya.... bile-bile boleh juga maik ke borneo bro, salam kenal....

salam kena juga buat ihsan. ALHAMDULILLAH, best.

saya serasa katak dalam tempurung kalau baca blog traveling..
soalnya ga pernah piknik ataupun kuliner..wkwkwkwk

Ada rezeki boleh pergi travelling. :D

ada rezeki saya akan pergi ke sana..

Kalau di karimun ni, nak cari makanan halal tak susah la, pasal banyak orang melayu dan muslim. bile2 mase kalau ke karimun tangan lupe try "mi lendir" best!

mudah'han saya bisa dapat pergi kesana. aminn

siapa yang pernah kesana bagaimana rasanay ?

pingin kesana juga nyicipin masakanan padang sama sefood

[…] ini saya pernah bercuti di Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. Kali ini saya bersama keluarga Bercuti sekali lagi, kali ini di Pekan Baru, Riau Indonesia selama […]

Oh nak cari cenderahati tu agak payah ya bila ke sana?

Meski orang Indonesia, saya belum pernah ke sana, sungguh sayang

wow!! bestnya.. Saya juga pergi ke Indonesia, cuma di Jakarta dan Bandung sahaja.

Ziarah kawan.tidak pergi berjalan jalan. Terasa rugi nyaaaa lah. Boleh je sambil2 tu luaskan pandangan kan?

Jom baca entry saya: adawiahnik.blogspot.my/2016/08/loving-story-apa-kata-mereka-tentang.html

pernah pergi tanjung balai...
x byk tempat menarik utk dikunjungi...
sekadar nak shopping dan cuci mata jer bolehlah....

aah, memang takde tempat yang menarik tuk dikunjungi klo nak jln2x tengok negara jiran tu boleh lah. :D

Jom ke Lombok.
Kami sediakan perkhidmatan pakej murah tour Lombok dan transport. Sila boleh tanya.

WhatsApp: +62-878-6000-1036
Email: info.lombokfun@gmail.com
Web: http://www.lombokfuntravel.com

LOMBOK FUN TRAVEL INC.
Professional & Terpercaya