31 Ogos 2014 genap Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke - 57 dengan tema Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Banyak perubahan yang amat ketara dari dulu sampai sekarang, dari tak ade bangunan tinggi-tinggi sekarang banyak bangunan tinggi pencakar langit, dari tak ada teknologi sekarang banyak teknologi yang makin canggih digunakan serta menjadi keperluan seharian di malaysia.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Tak lupa juga kepada jasa pahlawan yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia. Kalau kita perhatikan filem Sarjan Hassan atau filem Embun dari situ kita sudah nampak betapa sengsaranya pahlawan atau tentera untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kezaliman serta kelicikan penjajahnya terhadap pahlawan kita pada masa itu.
Walaupun musuh kita kuat pada masa itu, Pahlawan kita tidak mudah putus asa berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan akhirnya pergorbanan itulah yang membuahkan hasil sehingga kekal ke hari ini.
Dengan mengingati kembali pengorbanan pahlawan suatu ketika dulu maka di sini hari ini, abad ini, lahirnya sebuah cinta rakyat terhadap Malaysia. Sewajarnya
Adakah Benar Malaysia Sudah Mencapai kemerdekaan?
Adakah kita benar-benar merdeka?. Ya, kita merdeka dari penjajahan luar negara pada masa dulu tetapi kita belum merdeka dengan penjajahan atau serangan secara psikologi daripada barat masa kini. Dengan cara psikologi inilah, banyaknya berlaku masalah social yang semakin hari semakin membimbangkan di antaranya ialah isu zina, anak dibuang merata tempat, merempit, ragut, kes tembakan dan banyak lagi yang kita dengar.
Dengan kebebasan media dari seluruh dunia khususnya dari barat inilah yang menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial yang tidak diingini berlaku di Malaysia. Perkara sebegini sebenarnya amat sukar dibendung jika tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam negara.
Syukur Menjadi rakyat Malaysia
Akhirnya, kita semua sangat-sangat beruntung sekali hidup di Malaysia. Dapat makan dan minum, bangunan megah-megah seperti bangunan berkembar, taman-taman yang cantik, berbilang kaum serta pelbagai kemudahan untuk kebaikan rakyat Malaysia walaupun banyak gejala sosial yang melanda di negara kita seperti yang dituliskan sebelum ini.
Dan juga kita sangat beruntung berbanding di negara Syria dan Palestin yang kini dilanda konflik teruk serta tidak pernah berkesudahan. KITA SANGAT BERUNTUNG. Maka dengan itu, Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia.
39 Comments
walaupun tema kali ni agak aneh..
TAPi..inilah kali pertama dalam sejarah..banyak murid-murid boleh HAPAL tema kemerdekaan tahun nih.
Ya.. setuju.
Merdeka jasad tapi mindanya terjajah.
Masih belum merdeka dalam erti kata sebenar. Generasi muda masih belum menggunakan nikmat kemerdekaan
Alhamdulillah.. Malaysia kekal aman sehingga kini.. Merdeka! ^__^
Salam kemerdekaan ke 57 untuk rakyat Malaysia...Bersyukur menjadi rakyat yang merdeka walau masih banyak yang perlu diperbaiki.
memang menarik tema kali ini
negara merdeka kita dah capai
rakyat merdeka rasanya masih jauh untuk dicapai
Kalau gaza boleh capai kemerdekaan mcm malaysia kan bagus .....syukur malaysia masih aman dan sentosa
kita dh 57 tahun merdeka tp minda kita masih dijajah...ermmm perlu lakukan sesuatu supaya kita betul betul merdeka
Kita masih lagi banyak dipengaruhi dengan anasir-anasir barat.
Nikmat yang patut disyukuri.
ALHAMDULILLAH. :D
Betul, hilang sudah sifat kemalayuan dan makin ke arah kebaratan.
Selamat hari merdeka
SALAM MERDEKA...
semoga kita semua bersatu padu dan hidup dalam suasana aman harmoni
salam kemerdekaan dari mama :)
Ehh, tema macam tajuk novel je...
Salam kemerdekaan bro... tanamkan dalam diri kecintaan kita pada negara. Semoga Mlaysia terus aman dan sentosa.
Selamat hari merdeka ke-57 juga. :D
Salam merdeka juga fairus. :D
AMIN~
Salam kemerdekaan ke-57 juga buat mama.
Betul juga, macam tajuk novel pun ada.
Salam kemerdekaan juga buat aniza. AMIN~, begitula hendaknya.
Bebas negara tetapi penjajahan sekarang bukan saja luaran. tapi banyak lagi serangan berupa pemikiran dan cara hidup
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 bro.
merdeka merdeka merdeka..
betul tu, kita merdeka, kita faham ke merdeka tu apa?
harini merdeka pada fizikal, bukan pada rohani
Kan? sedih jugak dengan masalah sosial yang makin menjadik dkat Malaysia, buat takut nak balik je :(
I wish Malaysia will be much safer.. tapi apa pun memang patut bersyukur, Malaysia still better dari banyaaakk negara lain. ALhamdulillah.
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-57.
Iya..saya bangga dan berasa sangat beruntung lahir di bumi malaysia..alhamdulillah..gud luck bro..
Bersyukur sangat kerana lahir di Malaysia. Aman dan makmur. Moga kekal sampai bila-bila.
semoga kita sentiasa tabah di atas dugaan Allah terhadap negara Malaysia.
Selamat hari merdeka juga. :D
Merdeka yg sebenar-benarnya bila kita dapat menjejakkan kaki ke syurga. :D
Semoga aman selalu.
Selamat ulangtahun kemerdekaan juga ke 57
Tahun ni rasa sayu mendengar lagu temanya :(
sebenarnya kalau pernah ingat kita belajar sejarah dulu, kita merdeka secara aman daripada british. Tapi seringkali dipaparkan kepada kita tentang jahatnya komunis dan jepun. british penjajah terakhir kita. jangan hasil jajahannya masih ada dlm minda kita udah la.
mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan...selamat menyambut hari kemerdekaan