Showing posts with label Filem paling seram. Show all posts
Showing posts with label Filem paling seram. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Ini Antara Filem Paling Seram Hollywood 2013

Selain daripada filem genre fantasi dan aksi, genre seram juga menjadi pilihan aku untuk menonton di kala aku kebosanan.

Dunia perfileman hollywood 2013 nampaknya sudah ke hadapan dengan filem seramnya yang sekarang setanding dengan filem asia.

Filem seram tidak semestinya ada watak hantu sahaja. Kadang-kadang kalau pakai watak hantu pun bosan juga. Watak pembunuh yang kejam, alien juga boleh disenaraikan sebagai filem seram ataupun menggunakan haiwan yang ganas.

Filem Paling Seram Hollywood 2013


Berikut adalah 5 filem paling seram hollywood 2013 yang telah aku tengok mengikut pilihan aku sendiri.

1) The Conjuring
Filem The Conjuring yang diambil dari kisah benar arahan James Wan merupakan filem paling seram di hollywood pernah dihasilkan. Ceritanya tidak terlalu meleret dan membuatkan ramai penonton terkejut dengan filem tersebut. Tidak banyak hantu yang muncul tetapi bunyi yang memainkan peranan dalam filem ini sehingga penonton rasa gelisah untuk menonton filem tersebut.

Ini Antara Filem Paling Seram Hollywood 2013
Poster The Conjuring


2) Insidious Chapter 2

Tercetusnya filem Insidious chapter 2 adalah kerana keberhasilan filem Insidous pertama yang berjaya mengutip ratusan juta.

Filem ini bagi aku pun seram walaupun agak mengarut dengan terperangkap di dalam dunia kegelapan bersama devil. Sekali lagi, James Wan berjaya membuatkan filem ini antara yang paling seram.

3) Mama
Secara ringkasnya filem ini mengisahkan 2 orang kanak-kanak yang telah dipinggirkan oleh ibu bapanya telah menetap di sebuah pondok yang usang dan menetap di situ. Kemudian, kanak-kana tersebut telah dijumpai oleh pak ciknya dah menjaga 2 orang kanak-kanak tersebut.

Tanpa disedari, 2 orang kanak-kanak mempunyai 'penjaga' yang mengikutnya ke rumah. Adakah 'penjaga' yang digelar mama oleh kanak-kanak tersebut akan melepaskan mereka? pergi tengok sendiri.

4) Dark Skies
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang hidup harmoni tetapi dikejutkan dengan 'pendatang' yang tidak diundang. Rumah keluarga tersebut telah ditanda oleh pendatang tersebut untuk menculik anak lelaki.

Salah seorang daripada anak lelaki keluarga tersebut telah hilang selepas diculik oleh 'pendatang'. Pendatang tersebut ialah alien. Adakah anak lelaki keluarga tersebut berjaya ditemui?

Satu kelainan untuk filem ini sebab menggunakan watak alien. Selalunya kita akan nampak alien dengan genre aksi ataupun fantasi yang menghiburkan. Tapi serius aku cakap, filem ini buat aku rasa sakit hati di penghujung cerita filem ini. Nak tahu kena tengok sendiri.

5) You're Next
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang sudah lama berpisah akhirnya berjumpa semula sempena hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Kejadian tidak diingini berlaku apabila sedang mereka makan malam, salah seorang daripada keluarga tersebut mati akibat dipanah oleh pembunuh.

Selepas kejadian tersebut, seorang demi seorang mati dibunuh oleh pembunuh kejam. Dapatkah ahli keluarga tersebut menyelamatkan diri?

Filem ini tak banyak drama bercakap terus straight to the point bunuh. Akibat ketamakan harta, sanggup bunuh ibu bapanya sendiri dan watak perempuan menjadi heroin untuk filem ini.

Wednesday, 28 August 2013

The Conjuring Filem Paling Seram Di Hollywood

[caption id="attachment_503" align="aligncenter" width="465"]The Conjuring Sumber gambar dari http://www.daddymojo.net/[/caption]

The Conjuring Sebuah Filem Berkisarkan Kisah Benar


Setelah sekian lama tidak dapat menonton filem The Conjuring, akhirnya 2 hari lepas baru dapat menonton filem The conjuring yang merupakan filem kisah benar berlatarbelakangkan tahun 1970.


Sememangnya kalau filem hollywood bila buat filem berbentuk seram memang tidak akan menjadi atau mungkin tidak menakutkan sangat berbanding filem-filem asia yang  lain seperti Ju-on, The Twin Sister, Khurafat dan banyak lagi. Tetapi filem ini berlainan dengan filem seram hollywood yang lain.


Filem ini masih ditayangkan di pawagam sehingga kini, ini bermakna sudah 3 minggu The conjuring berada di dalam pawagam Malaysia sejak mula ditayangkan pada 1 ogos lepas. Apa yang membuatkan aku tertarik sangat untuk melihat filem ini adalah seperti mana yang aku tulis tadi adalah  diadaptasi dari kisah benar dan pengarah filem ini merupakan pengarah filem The Saw. Aku pernah tonton filem The SAW 4 sehingga ke-7 memang menyeramkan dan pembunuhan yang sangat kejam, kalau dah potong sana sini mesti filem the conjuring lagi best. Kalau tengok rating di IMBd pula filem The conjuring dapat 7.8/100.


Filem ni telah diarahkan oleh James Wan anak kelahiran Kuching Sarawak, Malaysia dan menjadi warganegara tetap Australia. James Wan bakal mengarahkan Filem Fast and Furious 7. The Conjuring berdusari 1 jam 50 minit merupakan sebuah filem yang berkisarkan di mana Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine cuba untuk membantu keluarga yang telah diganggu secara kasar oleh makhlus halus di rumah ladang keluarga itu.


Adakah makhluk halus itu berjaya atau tidak dihalau dari rumah itu? pergilah tengok sendiri. Antara babak yang paling menarik antaranya dimana keluarga tersebut bermain hide and clap, anak-anak keluarga tersebut 'mengigau', apabila ibu keluarga tersebut cuba untuk membunuh anak-anaknya dan banyak lagi babak yang mencemaskan.


Lagi satu aku tertarik dengan permulaan filem ini berkenaan dengan patung yang diberi nama Anabella yang juga merupakan kisah benar dan sampai sekarang patung itu ada di dalam kaca dan makhluk halus kekal dalam patung itu.


Tujuan di kurung dalam kaca adalah supaya patung yang dimasuki Makhlus halus tidak dapat menganggu orang lain.  Boleh rujuk di sini untuk kisah patung Anabella --> Kisah Benar Anabella.


Jalan cerita untuk filem ini tidak membosankan tidak seperti filem yang lain kerana setiap saat pasti ada babak yang menyeramkan. Rating untuk filem ini 4/5.