Friday 25 October 2013

Kematian Penuh Tragis

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pelbagai insiden kematian penuh tragis.  Kematian yang penuh tragis bukan disebabkan kemalangan tetapi melibatkan pembunuhan secara kejam yang berlaku di Malaysia sendiri bukan di luar negara.

Antara yang menjadi perhatian seluruh Malaysia buat masa kini adalah tertumpu berkenaan dengan kisah remaja yang ditemui mati di dalam beg dan yang kedua adalah mati ditembak di bank baru-baru ini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Kematian Penuh Tragis di sumbat dalam beg


Remaja perempuan berumur 15 tahun yang hilang telah ditemui mati di dalam beg. Di katakan lelaki tersebut membunuhnya kerana tidak dapat merogol remaja tersebut. Kes ini masih dalam siasatan polis dan tidak diketahui punca sebenar.

Teringat tentang kisah lama iaitu arwah Nurin Jazlin yang heboh pada waktu dulu kerana mati dan disumbatkan ke dalam beg serta berlaku penderaan seks sebelum kematiannya.

Antara yang tidak dapat menahan sebak air mata sudah pasti ibu bapa mangsa sendiri kerana anaknya menjadi mangsa kekejaman.

Mati Ditembak Dalam bank.


Pegawai bank telah ditembak mati oleh pegawal keselamatan sendiri. Terkejut sebenarnya kerana pengawal keselamatan yang diberi kepercayaan telah telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepadanya dan membunuh tanpa belas kasihan.

Tidak dapat dibayangkan kesedihan yang ditanggung oleh suami lagi-lagi anak-anaknya. Muka sudah teruk akibat ditembak, bagaimana anak-anaknya nanti mahu mencium dahi ibunya buat kali terakhir.

Pengawal keselamatan ni pun satu, nak curi duit tak payahlah sampai nak membunuh. Gertak sikit mesti kasi punya.

[PERHATIAN] Kepada pembaca mohon jangan berkongsi gambar mangsa ataupun mangsa lain di laman sosial atau mana-mana sahaja, kasihan kepada mangsa kerana gambarnya diaibkan dengan keadaannya sebegitu teruk.

Sejarah Berulang Kembali


Ingat lagi lagu dari new boyz - sejarah mungkin berulang?. Tidak ada kena mengena dengan topik tapi tajuk lebih kurang sama.

Kalau kita lihat situasi di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejarah berulang kembali dan takkan pernah berkesudahan jika penyelesaian tidak dibuat dengan secara teliti.

Kematian penuh tragis yang melibatkan pembunuhan sangat menakutkan kita yang berada di Malaysia. Hampir setiap hari, pasti ada berita pembunuhan di sana sini. Ini menunjukkan Malaysia masih belum aman lagi.

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil langkah seperti apa yang dilakukan oleh negara jiran kita iaitu Brunei dengan melaksanakan Hukum yang berlandaskan syariat secara penuh.

sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di negara kita yang kian meningkat hari demi hari.

Untuk akhirnya, sama-samalah kita berdoa agar kita terhindar dari perkara-perkara yang buruk serta keselamatan diri kita.

51 Comments

teruk sangat bro. huhu. cdeh tengok keadaan mcm ni,hehe

Assalam.
Takhziah kepada kedua waris/keluarga arwah.
Yaa Allah kami mohon perlindungan Mu

Kagum dengan kesungguhan sultan Brunei melaksanakan hukum Syariah. Baginda percaya dan yakin yang undang2 tersebut terbaik di dunia. Bagi mengelak dan membenteras keganasan macam Malaysia, sepatutnya kita dah bergerak ke arah itu sekarang.. Bukan hanya buat undang2 yang menghasilkan semakin banyak jenayah penuh targis.

Sedihlah baca berita kematian, nak-nak lagi ibu mati kena tembak. Kesian anak dia, yang mati dalam beg tu pun kesian mak ayah dia. Mudahan kita semua tak ada waris atau zuriat yang bawak keburukan di dunia ni.

Memang dah teruk sangat..ada je isu kes kematian..

semoga mereka yang beragama Islam ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

SAya pun salute dengan Sultan Brunei. Kesungguhannya membuahkan hasil untuk melaksanakan hukum syariah.

Memang sedih..mintak dijauhkan dari keburukan seperti itu.

takut dan risau juga nak jenjalan kat luar sesorang sekarang ni...huh

nampaknya kes macam nie dah semakin berleluasa nie, so kita kena ambil langkah berhati hati terutama anak anak kita nanti ...

memang semua kematian di atas tragis dan dilakukan oleh manusia tidak berperikemanusiaan. yang lebih tak berperikemanusiaan adalah mereka yang share gambar atau video mangsa dengan niat untuk mencari perhatian. memang tak patut.

Sekarang ni bila minum kat kedai, bila jalan kat tempat awam mata ligat perhatikan sekeliling, risau kalau-kalau ada kutu tetiba buat keluar pisau rambo...!

Dunia akhir zaman bro.. Sedih dengan kekejaman yang semakin berleluasa sekarang..

dunia dah semakin dekat kiamat..maka pelbagai kejadian pelik melibatkan kematian akan berlaku..insya Allah kita doakan ramai-ramai semoga kita dan keluarga dihindarkan dari musibah begini.

Nak jalan seorang pun belum tentu selamat sekarang.

ibu bapa kena tegas dengan anak demi keselamatan.

Risau juga, sekarang ni pun ada kes bunuh oleh sakit mental. macam-macam dah sekarang.

Betul tu, dunia akhir zaman, macam-macam boleh berlaku. tidak ada sifat kemanusiaan dah sekarang

makin susah nak percaya kepada stranger...tapi dalam Islam disuruh bersangka baik...perlu lebih berhati-hati apabila berkenalan dengan seseorang...

tapi kesian pula kan sebab ramai yg duk sebar gambar mangsa tu..sampai ahli keluarga minta jgn disebarkan

ngeri betul hidup sekarang..
tapi memang tak patut yg gi sebarkan gambar tu... adakah ia dari polis atau kakitangan bank sendiri? mesti diambil tindakan.

kadang2 kes macam ni tak tahu nak kata apa
sebab marah geram sedih pelik keliru dah bercampur baur

moga2negara kita kembali aman dan jauh dari kekejaman seperti ini

batul tu. yang penting alert dan berhati-hati

memang sangat kesian kepada keluarga tersebut. harap semua blogger dapat buang gambar dan video daripada mangsa tersebut.

Hidup sekarang memang agak menakutkan. nak keluar pun belum tentu selamat. Memang patut dikenakan tindakan dengan kadar yang segera.

Saya setuju tentang kemungkinan perkara yang hampir serupa bakal berulang sekali lagi. Jenayah yang dilakukan tidak akan selesai jika kita hanya sekadar menghukum si pelakunya sahaja. Kita, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat, perlu menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk mencegah perkara serupa berulang lagi.

Sistem dan organisasi seluruh negara juga perlu dikaji implikasi yang terhasil akibat pelaksanaan polisi-polisi yang mendorong kepada perlakuan jenayah secara individu dan berkumpulan.

Semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia diberikan segala kudrat bagi menghadapi dugaan besar yang melanda negara kita saban hari.

wah ngeri juga yah sob, hanya gara - gara tak bisa merogol gadis yang di inginkan ia mesti mmbunuhnya

memang mengerikan. tapi belum dapat dipastikan sama ada betul atau pun tidak.

nak ke mana-mana pun rasa cam dah tak selamat.

Nampaknya nak bercuti pun belum tentu selamat..

fuhh..makin bahaya sekarang ni..bahaya..

Risau betul skrg...
Bila2 masa boleh jadi mangsa...

amin..moga-moga Allah SWT makbulkan doa kita

rumah isteri pak guard yang menembak tuh dekat jer dengan tempat kerja den ni ha...huhu

semua tak takut balasan kelak nanti akibat bunuh orang ni

sejak ISA dimansuhkan, macam-macam kes yang jadi. Orang macam dah tak takut buat jenayah dan hasutan. tah apa nak jadi...

Semenja- akhir-akhir ini banyak berlaku kejadian yang tidak mahu kita ingini, tapi tetap berlaku juga. Manusia kini sudah tidak ada peri kemanusiaan. Banyak sebab perkara ini berlaku...
Tapi pelaksanaan hukuman masih tidak menakutkan pesalah, kalau dibuat hukum Hudud spt Negara brunei pasti benda ni akan semakin kurang, malahan mereka pasti berfikir banyak kali untuk melakukkannya.

ye ke, harap2x suaminya dapat diberkas secepat yang mungkin.

rakyat Malaysia sudah semakin kejam dengan depressed dan macam2

Emm mana letaknya hati dan perasaan diorang ekk..

Good day! This is my 1st comment here so I just wanted to give
a quick shout out and say I really enjoy reading through your articles.
Can you suggest any other blogs/websites/forums
that cover the same subjects? Thank you so much!

senang nye nak cabut nyawa org sekrag.. dah x da nilai kemanusiaan dah bunuh membunuh ni..