Showing posts with label Film animation frozen. Show all posts
Showing posts with label Film animation frozen. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Filem Frozen Yang Menghiburkan

Sinopsis Filem Frozen


Filem ini mengisahkan dua adik beradik iaitu Puteri Anna dan Puteri Elsa yang tinggal di istana Arendelle dan hubungan mereka berdua sangat rapat ketika itu.

[caption id="attachment_1171" align="aligncenter" width="426"]Filem Frozen yang menghiburkan Watak utama yang menerajui Filem Frozen.
Dari kiri: Elsa, Kristoff, Olfa(Salji Buatan), Anna dan Putera Hans.[/caption]

 

Hubungan mereka mulai regang apabila sihir Elsa terkena pada mata Anna yang menyebabkan jatuh sakit dengan teruk. Sejak peristiwa itu, Elsa cuba menjauhkan diri atau mengasingkan diri dari Anna dengan mengurungkan diri di dalam bilik agar kuasanya tidak menyebabkan orang sekelilingnya ditimpa kecelakaan kerana kuasanya yang semakin hari semakin hebat.

Hanya Elsa sahaja yang mempunyai kuasa. Kuasanya ialah boleh mewujudkan salji.

Selepas kematian ibu bapa, Elsa telah ditabalkan sebagai ratu Arendelle untuk menerajui kerajaan Arendelle. Anna dengan tidak sengaja telah membuat kakaknya Elsa marah dan telah menyebabkan Elsa mengeluarkan sihir yang selama ini  rakyat tidak tahu akan kuasa pada Elsa selama ini.

Kuasa Elsa telah menyebabkan Kerajaan Arendelle dilanda salji yang luar biasa.

Elsa telah melarikan diri dari kerajaan Arendelle dan Anna berusaha mencari Kakaknya Elsa di pergunungan yang penuh dengan salji untuk meminta maaf kerana menyakitinya.

Adakah Anna berjaya memujuk Elsa supaya kembali ke Arendelle dan berjayakah Elsa mengawal kuasanya? Lihat sendiri di pawagam berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Filem Frozen



  • Filem yang berdurasi 1 jam 25 minit memang sesuai ditonton oleh semua termasuk kanak-kanak.

  • Filem ini mengingatkan aku tentang filem High School Musical kerana ada musical drama. Lagu- lagu yang ada dalam filem ini memang sedap dan boleh dilayan.

  • Filem ini penuh dengan lawak jenaka dari Olfa (salji buatan) dan Kristoff. Memang korang semua akan terhibur.

  • Filem ini diterajui oleh dua adik beradik yang sangat cantik dan comel.

  • Filem ini menonjolkan elemen yang penuh dengan keberanian serta kasih sayang dalam keluarga. Siapa sangka dengan kasih sayang dapat melenturkan perasaan takut.

  • Filem ini much better dari filem Hunger Games The Cacthing Fire. Di awal babak Filem Hunger Games agak sedikit bosan berbanding Filem Frozen, dari awal sehingga tamat memang meghiburkan.

  • Antara babak menarik dalam filem ini ialah Puteri Elsa telah menggunakan kuasa saljinya untuk membina Istananya sendiri selepas melarikan diri dari Arendelle. Istananya sangat cantik berbanding Istana Arendelle.


Kesimpulan


Filem ini sangat menyeronokkan dan 4/5 bintang diberikan untuk filem. Tidak rugi untuk membeli tiket dengan menonton filem ini bersama keluarga.