Saturday 7 December 2013

Filem Frozen Yang Menghiburkan

Sinopsis Filem Frozen


Filem ini mengisahkan dua adik beradik iaitu Puteri Anna dan Puteri Elsa yang tinggal di istana Arendelle dan hubungan mereka berdua sangat rapat ketika itu.

[caption id="attachment_1171" align="aligncenter" width="426"]Filem Frozen yang menghiburkan Watak utama yang menerajui Filem Frozen.
Dari kiri: Elsa, Kristoff, Olfa(Salji Buatan), Anna dan Putera Hans.[/caption]

 

Hubungan mereka mulai regang apabila sihir Elsa terkena pada mata Anna yang menyebabkan jatuh sakit dengan teruk. Sejak peristiwa itu, Elsa cuba menjauhkan diri atau mengasingkan diri dari Anna dengan mengurungkan diri di dalam bilik agar kuasanya tidak menyebabkan orang sekelilingnya ditimpa kecelakaan kerana kuasanya yang semakin hari semakin hebat.

Hanya Elsa sahaja yang mempunyai kuasa. Kuasanya ialah boleh mewujudkan salji.

Selepas kematian ibu bapa, Elsa telah ditabalkan sebagai ratu Arendelle untuk menerajui kerajaan Arendelle. Anna dengan tidak sengaja telah membuat kakaknya Elsa marah dan telah menyebabkan Elsa mengeluarkan sihir yang selama ini  rakyat tidak tahu akan kuasa pada Elsa selama ini.

Kuasa Elsa telah menyebabkan Kerajaan Arendelle dilanda salji yang luar biasa.

Elsa telah melarikan diri dari kerajaan Arendelle dan Anna berusaha mencari Kakaknya Elsa di pergunungan yang penuh dengan salji untuk meminta maaf kerana menyakitinya.

Adakah Anna berjaya memujuk Elsa supaya kembali ke Arendelle dan berjayakah Elsa mengawal kuasanya? Lihat sendiri di pawagam berdekatan untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Filem Frozen



  • Filem yang berdurasi 1 jam 25 minit memang sesuai ditonton oleh semua termasuk kanak-kanak.

  • Filem ini mengingatkan aku tentang filem High School Musical kerana ada musical drama. Lagu- lagu yang ada dalam filem ini memang sedap dan boleh dilayan.

  • Filem ini penuh dengan lawak jenaka dari Olfa (salji buatan) dan Kristoff. Memang korang semua akan terhibur.

  • Filem ini diterajui oleh dua adik beradik yang sangat cantik dan comel.

  • Filem ini menonjolkan elemen yang penuh dengan keberanian serta kasih sayang dalam keluarga. Siapa sangka dengan kasih sayang dapat melenturkan perasaan takut.

  • Filem ini much better dari filem Hunger Games The Cacthing Fire. Di awal babak Filem Hunger Games agak sedikit bosan berbanding Filem Frozen, dari awal sehingga tamat memang meghiburkan.

  • Antara babak menarik dalam filem ini ialah Puteri Elsa telah menggunakan kuasa saljinya untuk membina Istananya sendiri selepas melarikan diri dari Arendelle. Istananya sangat cantik berbanding Istana Arendelle.


Kesimpulan


Filem ini sangat menyeronokkan dan 4/5 bintang diberikan untuk filem. Tidak rugi untuk membeli tiket dengan menonton filem ini bersama keluarga.

26 Comments

Suka citer animasi macamni.. sy boleh andaikan 1jam 25 minit filem ini tiada part yang meleret2..

Memang tiada part yang terlalu meleret.

Tak berkesempatan lagi nak tgok citer ni... Busy memanjanggggg. Nak tengokkkkkk!

nak pergi tengok jugak nanti kalau sempat.macam best je.

Kalau berkesempatan boleh pergi tengok, boleh hilang stress..

Kalau tak sempat beli dvd nanti. :)

macam sedap jer hee bila nak bawa anak tonton masih fikir masa lagi ni sebab bapa kerja ot jer

Di musim cuti skul, inilah filem terbaik utk bawa anak-anak berhibur. Cuma kawe rasa bab klimaks nya akan pendek. Biasanya disney akan layan perasaan penonton dengan lagu syahdu2 mcm filem beauty and the best dan tangled sebelum pergi ke anti-klimaks. Apa-apa pun yg penting anak-anak kawe terhibur dan sekarang sibuk menghafal lagu Let It Go dan Bebaskan.. :D

Saya boleh dikatakan minat dengan animasi2 macam ni sebab character dalam tu mesti ada yang cute2. hahaha. 4/5? waah.. kira menarik jugak tu.

animasi dari disney sentiasa cantik dan menghibur

aku belum layan lagi ni bro.hehe. nanti kalau aku dah tengok aku bagikomen lagi kat sini.hehe

rasanya klimaks kira dah ok. hehe, betul yang penting anak-anak terhibur.

semua watak dalam filem ni memang cute-cute belaka..haha

jalan cerita memang kemas dan sangat menghiburkan.

Ok,, dah tgk jangan lupa komen disini pasal filem ini.

macam best jer..macam nak kena p tengok jer...

thanks bro berkongsi...lama sungguh tak jejak panggung...gogoogo

nak bwk anak2 tgk jugak la citer ni, tapi citer ni sesuai tak utk budak lelaki? sbb mcm gegirl sikit...

sesekali layan cerita kanak-kanak musim cuti sekolah ni best juga

Bukan untuk kanak-kanak perempuan sahaja, lelaki pun boleh macam saya. Janji layan.

Bukan macam, tapi memang best. sama-sama

kalau ada masa, boleh pergi terus.

Kalau nonton film bersama keluarga pasti bisa mmebantu mendekatkan satu sama lain juga ya ...
Trims atas info filmnya