Showing posts with label R4BIA. Show all posts
Showing posts with label R4BIA. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Ujian Besar Buat Ikhwan Muslimin

Ditembak Mati Dan Dihukum Gantung



Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.


Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.


Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.


Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.



63 tahun yang lepas, pengasas Ikhwan Muslimin, Imam Hassan Al-Banna ditembak sehingga mati oleh pemerintah Mesir. Kini, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ke-8 pula, Dr. Muhammad Bad'i dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Mesir.


Beliau dilantik sebagai Mursyidul Am pada zaman yang kritikal dan ketika Ikhwan Muslimin bergerak secara rasmi dalam politik Mesir.


Isteri beliau kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana bergiat aktif dengan Ikhwan. Beliau juga sering keluar masuk penjara kerana ditakuti oleh pemerintah Mesir. Beliau pernah dipenjarakan bersama tokoh Ikhwan iaitu Syed Qutb yang akhirnya dihukum gantung sampai mati.


Para musuh Allah akan melakukan segala-galanya untuk menghapuskan para pejuang Islam dan memandulkan pertubuhan Islam. Namun, perancangan Allah akan sentiasa mengalahkan perancangan jahat mereka.


Ujian Buat Ikhwan Muslimin


Sekalipun Ikhwan Muslimin diharamkan, gerakan Islam yang lain akan terus berjuang. Kematian Hassan Al-Banna, Syed Qutb, dan Muhammad Bad'i akan menghidupkan lebih banyak pejuang Islam.


Berikut adalah salah satu mutiara hassan al-banna




"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak mahu jumlah yang banyak. Tetapi, aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."



Ikhwan Muslimin Terus Bertahan


Sudah jelas lagi nyata, bahawa negara barat takut dengan kebangkitan Ikhwan Muslim. Negara barat mengambil insiatif dengan membunuh para pejuang Ikhwan Muslim sebagai langkah sekatan terhadap kebangkitan kumpulan tersebut.


Bayangkan hanya 2 hari perbiacaraan sahaja, mahkamah sudah menetapkan hukuman mati dan yang lebih teruk lagi apabila peguam bela Ikhwan Muslim turut dikenakan hukuman yang sama dengan alasan bersubahat.  Kes paling cepat dikenakan untuk abad ini. Tidak mustahil suatu hari nanti Presiden Morsi juga akan dikenakan hukuman mati. Sungguh 'licik' permainan mereka.


Walau apa pun yang terjadi, Ikhwan Muslim akan terus bertahan demi memperjuangkan perkara yang sebelum selesai demi Islam. Kebenaran dan kemenangan pasti akan muncul jua suatu hari nanti.


Kenapa Kastam Diraja Malaysia menubuhkan 'strike team' khas tahun ini?


Semoga pejuang Ikhwan Muslimin tabah dan redha dengan hukuman yang tidak 'munasabah' dari pihak kehakiman. ALLAH S.W.T tahu yang terbaik buat mereka. #PrayForEgypt529