Showing posts with label Telok Rimba. Show all posts
Showing posts with label Telok Rimba. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor

Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor


Kebiasaannya petang kalau tak ada apa-apa nak buat, aku akan keluar rumah  bukan untuk berhibur tetapi menikmati pemandangan sawah padi di sekitar kampung aku. Jangan sangka hanya kedah sahaja ada sawah padi, kat sini pun ada la wei.


Kebetulan pula aku aku bawa smartphone paling canggih masa jalan-jalan (poyo), jadi aku tangkap gambar apa yang patut dan nasib aku baik hari ini dapat pula tangkap gambar pelangi yang sangat cantik.


Sungguh Indah ciptaan ALLAH S.W.T dengan pelbagai warna yang menarik. Dari sini juga korang boleh nampak puncak gunung Ledang yang teramat cantik.


Tarikan utama di sini bukan sahaja pada sawah padi tetapi juga merupakan tempat memancing. Ramai orang di kampung aku termasuklah aku sekali masa dulu-dulu pergi memancing sekali. Orang dari Melaka pun datang sini semata-mata untuk memancing. Pelbagai ikan korang akan jumpa seperti ikan Haruan, Ikan Talapia, Belut, Ikan Keli dan Puyu juga tidak ketinggalan.


Masa dulu ghairah memancing sampai setiap hari pergi memancing dengan keluarga tetapi sekarang tidak se-ghairah dulu. kali ini aku hanya tengok orang memancing sahaja bersama keluarga masing-masing.


Di sini juga ada menyediakan perkhidmatan homestay tapi di bahagian Melaka. Tetapi sebelum aku terlupa, aku beritahu korang semua kg aku bersempadan dengan Sungai Rambai, Melaka. Kira dekat sangat dengan kg aku dengan kg  Sungai Rambai.


Homestay di situ boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja yang menetap di situ tidak terkecuali orang dari luar negara seperti Singapura dan juga korea.


Homestay memang sesuai di situ sebab mereka yang dari luar negara boleh menikmati pemandangan yang cantik dengan sawah padinya dan pada masa yang sama juga boleh melihat matahari terbenam dengan 'bergaya' sekali.




[caption id="attachment_551" align="aligncenter" width="480"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor[/caption]

[caption id="attachment_557" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor[/caption]

Sorry gambar pun tak berapa cantik, macam aku cakap tadi smartphone paling canggih gila. Nak beli kamera tak termampu smartphone sahaja yang termampu sekurang-kurangnya bolehlah tangkap gambar di mana-mana.




[caption id="attachment_552" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Sungai Rambai, Melaka[/caption]

[caption id="attachment_553" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Tak tahu sebenarnya jalan ni menuju ke mana tapi dari sini korang akan nampak matahari terbenam dengan penuh 'gaya'.[/caption]

 

[caption id="attachment_554" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Macam scene peperangan pun ada.[/caption]