√ Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor - Adarain

Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor

Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor


Kebiasaannya petang kalau tak ada apa-apa nak buat, aku akan keluar rumah  bukan untuk berhibur tetapi menikmati pemandangan sawah padi di sekitar kampung aku. Jangan sangka hanya kedah sahaja ada sawah padi, kat sini pun ada la wei.


Kebetulan pula aku aku bawa smartphone paling canggih masa jalan-jalan (poyo), jadi aku tangkap gambar apa yang patut dan nasib aku baik hari ini dapat pula tangkap gambar pelangi yang sangat cantik.


Sungguh Indah ciptaan ALLAH S.W.T dengan pelbagai warna yang menarik. Dari sini juga korang boleh nampak puncak gunung Ledang yang teramat cantik.


Tarikan utama di sini bukan sahaja pada sawah padi tetapi juga merupakan tempat memancing. Ramai orang di kampung aku termasuklah aku sekali masa dulu-dulu pergi memancing sekali. Orang dari Melaka pun datang sini semata-mata untuk memancing. Pelbagai ikan korang akan jumpa seperti ikan Haruan, Ikan Talapia, Belut, Ikan Keli dan Puyu juga tidak ketinggalan.


Masa dulu ghairah memancing sampai setiap hari pergi memancing dengan keluarga tetapi sekarang tidak se-ghairah dulu. kali ini aku hanya tengok orang memancing sahaja bersama keluarga masing-masing.


Di sini juga ada menyediakan perkhidmatan homestay tapi di bahagian Melaka. Tetapi sebelum aku terlupa, aku beritahu korang semua kg aku bersempadan dengan Sungai Rambai, Melaka. Kira dekat sangat dengan kg aku dengan kg  Sungai Rambai.


Homestay di situ boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja yang menetap di situ tidak terkecuali orang dari luar negara seperti Singapura dan juga korea.


Homestay memang sesuai di situ sebab mereka yang dari luar negara boleh menikmati pemandangan yang cantik dengan sawah padinya dan pada masa yang sama juga boleh melihat matahari terbenam dengan 'bergaya' sekali.




[caption id="attachment_551" align="aligncenter" width="480"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor[/caption]

[caption id="attachment_557" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor[/caption]

Sorry gambar pun tak berapa cantik, macam aku cakap tadi smartphone paling canggih gila. Nak beli kamera tak termampu smartphone sahaja yang termampu sekurang-kurangnya bolehlah tangkap gambar di mana-mana.




[caption id="attachment_552" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Suasana di Kg Sungai Rambai, Melaka[/caption]

[caption id="attachment_553" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Tak tahu sebenarnya jalan ni menuju ke mana tapi dari sini korang akan nampak matahari terbenam dengan penuh 'gaya'.[/caption]

 

[caption id="attachment_554" align="aligncenter" width="512"]Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor Macam scene peperangan pun ada.[/caption]

Get notifications from this blog

38 comments

  1. Dah lama tak memancing ikan dalam baruh padi..haha

    ReplyDelete
  2. tenang rasa bila dapat menikmati suasana seperti di atas..

    ReplyDelete
  3. Aku dah lame plan nak jelajah Johor, tapi still on hold.

    ReplyDelete
  4. Eh.. Muar pun ada sawah padi. baru tau ni. haha

    ReplyDelete
  5. santai kat tepi sawah memang best, kena ada angin sepoi2 pulak. idea pun boleh datang mencurah-curah.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi Johor , Insya-Allah bulan depan bawa anak berjalan ke JB...:)

    ReplyDelete
  7. wahh..bilalah nak pi johor nih agaknya..

    ReplyDelete
  8. Mesti seronok dok kat homestay yg ada sawah padi tu kan. Sian mak..mak x pernah rasa dan tgk padi secara real. Ahaks..

    ReplyDelete
  9. cantik juga bidikan gambar tu..lagi cantik kalau guna kamera DSLR

    ReplyDelete
  10. Ooo org muar samalah aku kg kat sg abong....

    ReplyDelete
  11. Betul tu bro..pemadngan indah boleh mententeramkan jiwa..hehe

    ReplyDelete
  12. saya pernah ke MUAR,,, best jugak la lepak sana pasal makanan pun BEST

    ReplyDelete
  13. Menarik bro, cantik pemandangan kampung sebegini :)

    ReplyDelete
  14. Cantik shoot nie... Kena masa dan tempat :)

    ReplyDelete
  15. Suasana kampung memang memukau pandangan. ia adalah ciptaan Ilahi. Cuma kenapa tanah tu terbiar je. Nampaknya tuan tanah ni org berada.....tidak diusahakan untuk tanaman ke atau apaapa saja yang berfaedah dan manfaat.

    ReplyDelete
  16. sekali kala memancing memang best..ilang tension.

    ReplyDelete
  17. memang tenang nak pula suasana yang ijau dan nyaman plak tu.

    ReplyDelete
  18. jangan hold on lama sangat...

    ReplyDelete
  19. mesti ar ada..memang best kalau ada sawah ni..

    ReplyDelete
  20. Selamat datang ke JB. Have Fun!

    ReplyDelete
  21. memang seronok lagi seronok time waktu pagi dan petang..

    ReplyDelete
  22. terima kasih.. kemera DSLR pun tak termampu nak beli..

    ReplyDelete
  23. osungai abong tu dah dekat lah tu.

    ReplyDelete
  24. makanan memang best dan sedap.. Mee bandungnya memang terbaik!

    ReplyDelete
  25. betul tu ciptaan illahi memang cantik. baru ditebang tu pokoknya mungkin beberapa hari lagi diorang tanam semula lagi pokoknya.

    ReplyDelete
  26. tinggal kat Teluk Rimba rupanya....pak sedara ada tinggal kat sana, kalau pergi sana memanjang jer terlepas simpang nak masuk kat situ...ada sungai, sawah padi, pokok kelapa sawit....
    suasana di situ memang teruja dan menyamankan....lebih-lebih lagi tgk org memancing di tepian sungai.....tapi suka gambar rainbow tu memang ohsem walaupun camera smartphone...hoho

    ReplyDelete
  27. owh ye ke, terima kasih, pakai smartphone je tak mampu nak beli camera DSLR

    ReplyDelete
  28. Suasana pedesaan, benar2 bikin iri bagi siapapun yang tinggal di kota nie :)

    ReplyDelete
  29. Assalam
    Pernah ke Teluk Rimbu juga. Tapi dah lama. Bila dah lihat di blog ini , rasa macam nak ke sana juga lah.
    Insyaallah

    ReplyDelete
  30. waalaikumussalam, ada masa datanglah ke sini boleh tenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  31. Mana tempat ini??

    ReplyDelete
  32. NURHAZILA BINTI HUSSEN16 June 2017 at 00:39

    assalamualaikum, saya student tourism management. kami diberi assignment oleh lecture untuk pilih sebuah kampung yang terletak di Muar. Ini merupakan salah satu daripada projek kami untuk subjek community based on tourism. Boleh tak encik tinggalkan no whatsapp en? mudah untuk saya bertanya maklumat berkaitan kampung telok rimba muar.

    ReplyDelete