Showing posts with label Tempat menarik pulau karimun. Show all posts
Showing posts with label Tempat menarik pulau karimun. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.

Ini kali pertama aku dengar Tanjung Balai, Pulau karimun, Indonesia. Plan nak ke sana pun tidak tidak dirancang sebenarnya, main redah sahaja pergi ke sana untuk 2 hari 1 malam, best tak best ke, kena pergi dulu baru tahu. Seawal 2 pagi kami sekeluarga bergerak dari muar ke Jeti kukup selama lebih kurang 3 jam.  Sebelum sampai ke jeti Kukup, Pontian, kami singgah dulu kedai makan untuk mengisi perut yang kosong kemudian menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Pontian.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, kami terus ke jeti Kukup, parking kereta di sana untuk satu malam lebih kurang dalam rm 10.00. Suasana pada masa itu sunyi dan tidak ramai orang pada pukul 7.00 pagi.  Jadi, ini memudahkan kami untuk membeli tiket ke Pulau Karimun.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
masa ni first time naik ferri.. sejuk habis. air cond kuat sangat. 
Sampai sahaja ke kaunter penjualan tiket, kami diminta passport dan perlu membayar RM120.00 untuk pergi balik (Harga tiket feri boleh berubah tahun demi tahun). Petugas di sana akan menyediakan tiket dan juga borang imegrisen yang sudah siap tercetak. Kalau sebelum ini, aku pernah pergi ke Batam dan perlu mengisi sendiri Borang Imigresen tetapi berlainan di jeti Kukup yang sangat memudahkan.

Nama feri yang akan kami naiki ialah Tuah. Feri untuk ke Tanjung Balai mengambil masa sekitar dalam satu jam sahaja. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan movie dari indonesia, jika kami bosan kami akan naik ke atas untuk menikmati pemandangan di laut.

Pulau karimun, Indonesia


Setibanya kami di sana, suasana tidak jauh beza dengan pekan-pekan di Malaysia. Jalan kalau aku tengok kebanyakkan sehala sahaja tidak jumpa lagi jalan raya yang  dua hala. Kami menagmbil keputusan untuk menginap hotel yang berhampiran dengan jeti Tanjung Balai ini kerana memudahkan kami untuk pulang ke Malaysia. Cari punya cari akhirnya kami jumpa satu hotel yang diberi nama  Holiday Karimun Hotel.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
Hotel Holiday Karimun
Di sana nanti, korang jangan risau pasal hotel sebab ada banyak hotel berdekatan dengan pekan dan juga jeti. Semuanya murah di antara 45,000 rupiah (RM15) sehingga 100,+++ rupiah. Harga hotel yang kami menginap lebih kurang dalam 160,000 rupiah untuk 2 bilik. Selesai check in hotel, kami tidak membuang masa untuk berehat, terus sahaja kami mencari makan dan kami sekeluarga singgah satu kedai yang menyediakan  nasi padang.

Selesai makan, terus bershopping  dari pekan ke pasar kemudian ke bazaar sehinggalah sampai malam. Perempuan kalau dah shopping memang tak akan kenal penat dan menginginkan suatu barang kalau boleh sampai dapat.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
Habis la kalau perempuan shopping memang lama tuggu la jawabnya.

Di kedai Tanjung Balai ini, agak susah tawar menawar dengan peniaga di sana dan tidak semudah di Batam, Indonesia. Harganya tidaklah semurah di Batam. Ada benda yang murah, tak kurang juga ada yang mahal. Tak banyak yang kami beli di sana tapi yang wajib beli baju yang memaparkan tanjung balai. Barangan aksesori sebagai kenangan dari tanjung balai pun tak ada seperti fridge magnet.


Untuk malam pula, kami sekeluarga merancang untuk mencari makanan seafood. Menggunakan perkhidmatan toto dan bertanyakan kepada pemandu untuk mencarikan satu kedai seafood yang paling sedap di Tanjung Balai, Pulau Karimun, kemudian pemandu itu terus membawa kami sekeluarga ke kedai seafood.

Punyalah kami lapar sampai tak sempat dah nak snap gambar makanan utk tatapan korang. kami order ikan apa ntah aku pun tak tau sangat, mak aku yang orderkan, ikan sebesar Peha diambilnya, nasib baik habis semua, kalau tak, rugi ambil ikan besar-besar, kerang, sayur, nak order ketam habis licin tak ada.

Makanan memang sangat sedap dan puas hati. Habis makan je, kami terus lepak hotel, mandi dan tidur.

Jalan-Jalan Di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.
sambil serapan boleh tengok laut. 
Pada keesokkan pagi pula, kami serapan yang telah disediakan oleh pihak hotel sendiri. Makanan di situ pula tidak banyak pilihan cuma hanya ada mee hun, nasi goreng dan telur separuh masak sahaja, untuk minuman pula, ada teo, kopi dan jus oren.

Tempat serapan memang best sebab di kawasan balkoni luar belakang hotel berdekatan dengan laut dan juga jeti, dari situ kita boleh lihat pemandangan laut dan pulau - pulau yang berdekatan, angin pula sempoi-sempoi dan sangat menyegarkan.

Selesai berserapan, kami terus bergerak ke jeti tanjung Balai, Pulau Karimun untuk pulang ke Jeti Kukup, Pontian.Oh, lupa pula, segala urusan tiket dan passport untuk pulang telah diatur sendiri oleh pihak hotel. Senangkan? Jadi, kami sekeluarga hanya menunggu ketibaan feri.

Kesimpulan


Untuk akhirnya, best ke tak Tanjung Balai, Pulau karimun ni? Boleh lah kalau korang saje je nak jalan-jalan 1 malam kat sini, makanan pun sedap-sedap belaka, cumanya barangan atau pakaian di sini agak mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan bandung atau di batam, Indonesia lagi murah.

Baju sebagai kenangan yang ada cop Tanjung Balai pula tidak banyak pilihan dan terhad pada kedai-kedai tertentu sahaja. Key chain pula, susah nak jumpa, agak sedikit menghampakan. Perkhidmatan hotel sangat bagus dan orang kat sana juga sangat peramah.

Secara keseluruhannya, berada di Tanjung Balai, Pulau karimun boleh dikatakan puas hati. Yang penting, jangan terlalu mengharap berlebihan pada Pulau Karimun.