Showing posts with label bayar melalui maybank2u. Show all posts
Showing posts with label bayar melalui maybank2u. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?

Alternatif untuk membayar balik PTPTN sangat senang dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja tetapi peminjam sendiri yang menjadi masalah kerana masih liat untuk membayar balik PTPTN.

JIka sudah bekerja dan berkemampuan eloklah dipercepatkan menunaikan hutang-hutang yang tertunggak. Jangan tangguh dan bayar hutang sekarang.

Hutang bukan 'benda' yang boleh buat main-main sebab hutanglah boleh jadi terbantut untuk rezeki masuk dalam kehidupan seharian. Kalau tak ada kesungguhan nak bayar hutang makanya rezeki susah nak masuk.

Jangan mengeluh kalau rezeki susah nak masuk tapi tak bayar hutang.

Cara Bayar Balik PTPTN Guna Maybank2u

Cara Bayar Guna App MAE / Maybank2u

  1. Login aplikasi MAE by Maybank2u
  2. Tekan Pay & Transfer
  3. Pilih Pay Bills
  4. Cari dan pilih PTPTN
  5. Masukkan: No Kad Pengenalan / No Pinjaman dan Amaun bayaran
  6. Confirm & bayar.

Tempoh kemaskini mengambil masa 3 hari masa bekerja. Dan caj RM 1 akan dikenakan. 

Alternatif: Guna JomPAY

Kalau tak jumpa PTPTN dalam senarai:

  1. Pergi ke Pay & Transfer
  2. Pilih JomPAY
  3. Masukkan: Biller Code PTPTN dan Reference 1: No IC (Tanpa dash contoh: 900101101234) serta Reference 2: biasa kosongkan, kemudian masukkan Amount
  4. Confirm

Biller Code dan Ref-1 berbeza mengikut produk Pinjaman (Konvensional), Pinjaman (Ujrah), Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus

Biller code

34975 - Pinjaman Ujrah
96933 - Pinjaman Konvensional

Tempoh kemaskini mengambil masa 3 hari masa bekerja. Dan caj RM 1 akan dikenakan. 

Alternatif Terkini : Download App MyPTPTN

Lagi senang bayar kat app Myptptn. Boleh download kat Android dan Iphone. Kali pertama daftar kena mulakan langkah pertama korang dengan mendaftar MyDigital ID terlebih dahulu. 


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?
mudah sekarang skrang dah ada app berbanding dulu takde. 


Semak Baki Pinjaman PTPTN

Dibawah adalah penyata baki PTPTN. Kalau nak tengok baki PTPTN tinggal berapa, boleh cek log in kat [DISINI].

Kalau lupa kata laluan or password just klik lupa password nanti akan dihantar password baru melalui email.

Pelbagai Saluran lain kalau nak bayar hutang selain maybank2u antaranya ialah :


  1. Financial Processing Exchange (FPX) di laman rasmi PTPTN
  2. Kad atm atau kad debit di mana-mana kaunter PTPTN.
  3. Pengeluaran Akaun II KWSP
  4. Potongan Gaji
  5. Perbankan Internet
  6. Shopee
  7. Touch n Go - (TnG e-Wallet)
  8. Boost

Terpulang nak bayar balik pinjaman PTPTN kat mana tapi yang penting langsaikan hutang dengan segera.