Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Saturday, 21 November 2020

Apa Itu Skin Barrier?

Skin barrier atau dikenali sebagai acid mantle/moisture barrier/lipid barrier merupakan lapisan permukaan kulit yang bertanggungjawab melindungi kulit dari moisture loss, bakteria dan pengaruh environment luar (cuaca, pencemaran, etc).




pH kulit yang normal atau sihat adalah sekitar 5.5 iaitu sedikit acidic. Kalau pH kulit korang terlampau tinggi which is alkaline, it means it's too dry. Kalau terlampau rendah pulak, it means it's too oily. Both condition ni menunjukkan something wrong with your skin condition.


Apa Puncanya Skin Barrier jadi Bermasalah?


1) Faktor Umur

- Makin umur meningkat, skin barrier kita will naturally weakens. Sebab tu kalau Sis kaji betul2 ingredients slow-aging product, selalunya memang focus on hydrating & moisturizing.


2) Over-Exfoliation

- Guna Scrub yg terlalu kasar atau chemical exfolaint/clay mask secara berlebihan.


3) Cuci Muka Berlebihan

- Sehari sampai 5x cuci muka. Ini boleh sebabkan hilang minyak asas pada kulit wajah.


4) Guna Product yg Mengandungi Harsh Ingredients

- High % of alcohol & SLS/SLES, ni antara bahan2 yg boleh menyebabkan your skin jadi kering dan sensitif. Pls Avoid.


5) Sun Damage

- Terdedah dgn UV Rays yg berlebihan especially tanpa sebarang UV protection a.k.a. Sunscreen.


6) Pollution/Environmental Stress

- Habuk/Asap/Debu (Free Radicals) dan perubahan cuaca atau suhu yg terlampau panas/sejuk pun boleh beri efek pada skin barrier.


7) Guna Produk Skincare ber - pH tinggi.

- Guna Cleanser yg pH nya tinggi dan drying is a big No No for your skin. Kerana ia boleh ganggu natural pH kulit.

Tuesday, 18 June 2019

Hado Labo Skincare yang Terbaik untuk Kulit Berminyak

Lama tak menyembang pasal skincare ni last hari tu pun up cerita pasal pencuci muka NuTeen. Sekarang kita update pasal skincare Hada Labo dari Jepun.

Produk ni tak payah cakaplah memang dah famous satu Malaysia dan antara skincare yang cepat habis kalau kat watson, Guardian or drugstore lain. 

Produk Hada Labo ni ada macam-macam jenis bergantung pada kulit korang.  Antaranya untuk mencerahkan kulit, hydrate-kan kulit korang, untuk kulit oily or dry, aha + Bha dan sebagainya. 

Hado Labo untuk Kulit Berminyak dan kombinasi


Mana satu produk yang sesuai sangat dengan kulit berminyak?

Hado Labo Skincare yang Terbaik untuk Kulit Berminyak
Sekali pakej, Pencuci Muka, toner dan moisturizer dari Hada Labo

Ini adalah produk yang sesuai sangat dengan Kulit berminyak. Lotion atau toner warna hijau jenis light dan moisturizer warna hijau jenis water gel. Ambil yang jenis light. 

Kalau Jepun pangil toner adalah lotion jadi jangan keliru. Lotion adalah toner bagi hada labo. 

Pencuci muka jenis foam. Memang best bila pakai sesuai untuk muka berminyak. Lepas cuci tu kulit muka terasa segar dan hydrated.

Selain itu boleh try toner yang warna hijau jenis light. Moisturizer sama macam gambar kat atas. 

Ada 2 jenis toner je yang sesuai untuk kulit berminyak gambar pertama dan kedua. Moisturizer pula ada satu jenis je yang jenis ultralight water gel.

Selain dari itu korang janganlah gatal tangan beli lain macam hada Labo Premium whitening la atau apa premium la sama ada toner or moistuzer sebab even ada jenis light tapi still rasa kulit melekit dan makin bertambah minyak. Better evoid krang menyesal melayang duit. 

Dahla Hada labo dah mahal sekrang sejak famous ni kalau nak dibanding dulu murah skit. 

Just korang fokus kat produk macam kat gambar tu je untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Cara Pakai Hada Labo?


  1. Cuci dengan Pencuci Muka
  2. Dah kering pakai Toner sambil tu tepuk manja2x seluruh muka macam iklan buat. 
  3. Agak dah kering skit toner tu, pakaila Moisturizer kasi rata. 
  4. Siap.
Ini adalah rutin harian paling simple yang patut kena buat. 

Dah semakin dewasa ni jangan sekadar guna pencuci muka je. Toner dan moisturizer juga penting kena pakai even kulit berminyak pun. Supaya kekal lembap segar serta lock segala kebaikan dari toner. 

Dah selalu buat rutin harian semua tu nanti try la pula cari serum dan SPF (sunblock supaya muka tak cepat tua. hehe. cari yang 35 PA ++ or 50 PA +++) Make sure sesuai dengan kulit berminyak dan bebas alkohol. 

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g (Upgraded)


Baru-baru ini Hada labo telah upgrade moisturizer hydrating untuk oily dan combination daripada water gel kepada Snow Dew. 

Antara formula yang ditambah Ceramid dan Lilac & Swiss edelweiss essences. Ceramid ni mengandungi bahan nutrient pelembut yang membantu menguatkan lagi skin barrier. Manakala Lilac & Swiss edelweiss essences tu membantu minimize-kan pore dan control oil pada muka. 

Hado Labo Skincare yang Terbaik untuk Kulit Berminyak
warna biru laut sedikit berbeza dengan sebelum ini dengan biru cair..



Hado Labo Skincare yang Terbaik untuk Kulit Berminyak
ada sediakan sudu lagi.. sebelum ini, kalau tak silap takde. 


Hado Labo Skincare yang Terbaik untuk Kulit Berminyak
Rupa dalam cream bukan dalam bentuk gel water lagi. 

Walaupun sekarang dalam bentuk cream tapi dia bukan cream biasa (berat) tapi cream yang jenis light. Bila sapu kat muka tu muka akan terus meresap dengan rasa dingin sejuk pada kulit. 

Cuma tak sure la kenapa dorang upgrade moisturizer lama.. Padahal yang lama tu dah ok sangat. Better HL buat produk moisturizer baru yang kedua untuk kulit oily dan combination dengan Snow dew cream. 

Sebab kebiasaan bila sesuatu brand mula upgrade formula jadi tak sesuai dengan kulit muka. Kalau ngam ngan kulit muka tu kira bernasib baikla..

So far, penggunaan 1-3 hari guna snow takde masalah pape kat kulit muka.. Hopefully takde masalah lepas sebulan guna nanti. 

Saturday, 1 July 2017

Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen

NuTeen - Dulu macam-macam produk aku guna dari yang jenis berjenama besar lah sampai la ke jenama yang tak pernah dengar pun ada.. last-last yang paling ngam dengan kulit muka aku ialah produk NuTeen. Ini bukan review berbayar ke apa just nak berkongsi dengan korang yang mungkin tercari-cari produk yang sesuai dengan harga yang mampu milik.


Pernah dengar produk NuTeen? Tak pernah dengar? meh aku explain.. produk ini kalau tak silap dah lama ada kat pasaran Malaysia dan biasa ada jual kat farmasi macam Watson dan Guardian. Kalau kat hypermarket tak nampak ada yang jual.

Produk NuTeen terdiri kepada 2 bahagian iaitu pencuci yang khas untuk  Kulit berminyak dan kulit yang berjerawat.

Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen
Nuteen
Macam kes aku walaupun dulu aku berjerawat, aku try yang produk untuk kulit berminyak sebabnya punca jerawat selain daripada stress adalah disebabkan kulit berminyak.

  1. NuTeen - Oil Control & Whitening Cleanser (RM10.30)Macam biasa pencuci muka ini korang basuh muka 2 kali 1 hari..pagi dan petang/malam

  2. Anti-Acne & Shine Toner (RM10.30) Guna kain kapas atau nak pakai tangan pun boleh tepuk manja kat muka untuk guna toner ni.. lepas dah cuci muka pakailah toner dulu lepastu pakai moisturizer atau Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF25/

  3. Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF25 ( RM18.60)Untuk kegunaan siang hari, kalau nak keluar pakai lotion kat muka colet skit2x je dan ratakan kat muka.  Yang bestnya ada SPF 25.. cumanya yang ni jenis krim pekat skit, agak berminyak cam tak sesuai untuk jenis muka yang berminyak.. kena cari brand lain yang more kepada krim cair cepat absorb kat kulit muka..

  4. Anti-Acne & Pimple Sleeping Mask (RM24)Sebelum tidur selepas basuh muka dengan pencuci muka no 1 tadi, guna mask ini. Mask ini lain skit, bukan mask betul, colet-colet skit kat muka korang rasa sejuk-sejuk skit dan tak payah basuh biarkan sampai bangun pagi baru basuh muka. Pakai seminggu sekali atau dua kali je dah cukup..
Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen
cara penggunaan


Kesan NuTeen Macam mana?

Kesannya memang sangat berpuas hati jerawat pun tak ada dan masalah kulit berminyak berkurang nak kata tak ada langsung tu menipu sangat at least mampu mengurangkan kulit yang berminyak. Nak kata flawless mcm korea tu melampau sangat. tu kena kena buat rawatan muka mahal la jawabnya. Memang dah jarang sangat jerawat datang kat muka.. kalau datang pun sekejap je, hilang sebab pakai produk ini. :D