Movie Fast and Furious 8 kalau tengok trailer bagi aku macam biasa2x je konon nak tunggu download je lah Blue Ray sekali ada yang bagi rating sampai melebih2x plak. 100/10 la, akhirnya tewas juga tengok kat wayang. :D
Sinopsis
Aku rasa sinopsis sama je macam movie2x aksi lain kot member berpaling tadah. Kalau dah berpaling tadah tu mestilah ada sebab takkan la kena sihir penunduk plak.
Then geng2x ni pun cari la punca kenapa Dom ni berpaling tadah sampai curi God's Eye dan nuklear pastu tinggalkan isteri macam tu je tanpa jawapan. Isteri mana tak bengang.
Pastu gigih gila Dom ni sampai ke Rusia cari Nuklear dan aktifkan Nuklear. Memang nampak betul2x nak bunuh geng dia ni..
Aksi Mantap Fast and Furious 8
Serius memang gila aksi2x dalam movie ni sampai aku jadi teruja tengok. Tak berkelip2x tengok.. ok, ini tipu., hahaha :D Bayangkan bajet movie ini je dah 230$ Juta lebih dari sebelum ni F&F7 dengan bajet 190$ juta.
Ada je aksi2x yang tak terjangkau dek akal je pengarah ni buat. Kadang2x tengok macam over plak dia punya aksi movie ini..Dah macam movie yang jenisnya nak menghancurkan semua kereta je kerjanya. haha. Krang kalau aku cerita penuh kat sini jadi tak best plak..
Dalam banyak babak2x aksi yang dipaparkan tak lengkap kalau tak diselitkan dengan lawak tu biasalah dan kecomelan. Kenapa ada bab comel2x ni, jeng2x. hehe.
Rating aku bagi 10/10 walaupun dah 8 musim movie ini di layar perak still the best dan tak pernah boring setakat ini. Dia punya lagak ngeri memang gemapakzz.
Dan ya memang comfirm movie ini akan ada sambungan sebab apa? Sebab Musuh tak mati.. ok ini spoiler.. cuma tak tahu lagi bila, mungkin 2019 nanti kot baru ditayangkan.