Review Movie Fast and Furious 8 - adarain

Sunday, 16 April 2017

Review Movie Fast and Furious 8

Movie Fast and Furious 8 kalau tengok trailer bagi aku macam biasa2x je konon nak tunggu download je lah Blue Ray sekali ada yang bagi rating sampai melebih2x plak. 100/10 la, akhirnya tewas juga tengok kat wayang. :D


Movie Fast and Furious 8



Sinopsis


Aku rasa sinopsis sama je macam movie2x aksi lain kot member berpaling tadah. Kalau dah berpaling tadah tu mestilah ada sebab takkan la kena sihir penunduk plak.


Then geng2x ni pun cari la punca kenapa Dom ni berpaling tadah sampai curi God's Eye dan nuklear pastu tinggalkan isteri macam tu je tanpa jawapan. Isteri mana tak bengang.


Pastu gigih gila Dom ni sampai ke Rusia cari Nuklear dan aktifkan Nuklear. Memang nampak betul2x nak bunuh geng dia ni..



Aksi Mantap Fast and Furious 8


Serius memang gila aksi2x dalam movie ni sampai aku jadi teruja tengok. Tak berkelip2x tengok.. ok, ini tipu., hahaha :D Bayangkan bajet movie ini je dah 230$ Juta lebih dari sebelum ni F&F7 dengan bajet 190$ juta.


Movie Fast and Furious 8


Ada je aksi2x yang tak terjangkau dek akal je pengarah ni buat. Kadang2x tengok macam over plak dia punya aksi movie ini..Dah macam movie yang jenisnya nak menghancurkan semua kereta je kerjanya. haha.  Krang kalau aku cerita penuh kat sini jadi tak best plak..


Dalam banyak babak2x aksi yang dipaparkan tak lengkap kalau tak diselitkan dengan lawak tu biasalah dan kecomelan. Kenapa ada bab comel2x ni, jeng2x. hehe.


Rating aku bagi 10/10 walaupun dah 8 musim movie ini di layar perak still the best dan tak pernah boring setakat ini. Dia punya lagak ngeri memang gemapakzz.


Dan ya memang comfirm movie ini akan ada sambungan sebab apa? Sebab Musuh tak mati.. ok ini spoiler.. cuma tak tahu lagi bila, mungkin 2019 nanti kot baru ditayangkan.


Comments

20 komentar

Sequel yang semakin hebat ni, mesti suami akan tunggu untuk boleh download..hehe

menarik gak bila baca bloggers punya review on this filem. suka dengan pelakonnya

Okeh memang best! Walaupun ada mamat mana tah dekat FB duk bogel habis spoiler citer pasal Fast 8 ni, tapi kalau tak pegi tengok sendiri duduk dalam gelap kat panggung wayang, feel dia memang tak sama walaupun kita tengok Blue Ray dirumah haha. Abam Toretto memang ganazzz.

Kene tengok ni..macam pelik sangat kalau Dom yang berpaling tadah sebab dia ni rasanya semangat setiakawan dan kekeluargaan sangat tinggi

Dah agak memang menarik filem ni... ada masa kena.oergi tengok wayang ni... hehehe..

Belom kesempatan lagi #F8 ... out station di KB almaklum takda cineplex lagi.. so melepasssss.... huhuhu ;)

Mmg best. Baru tgk ptg semalam. Kaki rasa terangkat2 je. Hahaha. Paling geram dgn pompuan rambut perang tu. Lupa pulak nama btl dia. Yg saya perasan...dia sejak akhir2 ni jadi jahat je. Tp mmg berkesan pun lakonan dia. Nmpk kesungguhan jahat dia tu :D. Saya bagi 10/10...

Filem arahan anak Malaysia, hebat dari segi kesan khas dengan plot cerita, baik jadi jahat, jahat jadi baik.

dah tgok movie ni.. power gak cerita..

ketiadaan brian takde rasa sangat...tp kalau xde lawak dari roman pearce tu akan rasa ganjil haha

kesian Elena ttibe watak dah stop..dah la body hot..aumm..ahaha.tunggu next game plak ngan situ Cipher..

haha. kan macam mati katak je..

tu memang kalau tak sunyi sangat takde lawak dari dia. haha

aah julia pun bagi rating 10/10 sebab dh tonton...best!

itulah caranya nak matikan watak kan

Memang terbaik FF8.. tak sabar nk tgk sequence dia plk..

dah tengok cerit ni. Best. Tak rugi tengokk

Saya peminat Fast Furious. hehehe


EmoticonEmoticon