Showing posts with label big hero. Show all posts
Showing posts with label big hero. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Big Hero 6 Dengan Aksi Lucu Baymax

Selepas tengok Interstellar, kali ini aku bersama rakan nak tengok pula Big Hero 6 yang mendapat rating 8.4/10 dari IMDd. Tiket online yang ada pada pukul 12.40 am maka kami pilih tiket pada waktu tu walaupun dah lewat malam.



Sinopsis Movie Big Hero 6


Hiro yang seorang yang sangat genius seringkali melibatkan diri dalam permainan haram antara robot. Abangnya Tadashi tidak senang dengan aktiviti adiknya Hiro lalu membawa adiknya ke sekolah khas dalam robot walaupun tahu bahawa adiknya tidak suka dengan keadaan sekolahnya.




[caption id="attachment_3104" align="aligncenter" width="700"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google.com[/caption]

Dengan secara tidak semene-mena, Hiro tertarik untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari situ Hiro cuba berusaha mencipta satu robot di mana syarat kemasukan sekolah ialah perlu menyertai pertandingan mencipta robot bagi melayakkan diri ke sekolah tersebut.


Namun, tidak disangka selepas Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut, berlaku kejadian yang tidak diingin iaitu dewan pameran yang berhampiran dengan sekolah tersebut telah terbakar dan abangnya Tadashi mati dalam kebakaran tersebut. Baymax merupakan 'harta' peninggalan yang ada khas buat adiknya Hiro.


Hiro mula sedar bahawa kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi satu pembunuhan dan mula membuat satu kumpulan untuk mencari pembunuh tersebut. Dari situ, Hiro telah mencipta baju serta alat-alat khas buat kumpulannya termasuk Baymax yang mempunyai kemampuan untuk terbang.


Adakah Hiro berjaya mencari pembunuh sebenar abangnya?



Review  Movie Big Hero 6


Dah tengok Wreck-It Ralph dan Frozen? Best kan? Kalau dah tengok kedua-dua movie tersebut kena tengok movie Big Hero 6 sebab movie Big Hero 6 ini merupakan pengarah dalam Wreck-It Ralph dan Frozen.


Movie Big Hero 6 adalah sebuah filem yang sangat menarik. Gabungan ala barat dan timur bandar metropolitan San Fransokyo (gabungan antara kota San Francisco dan Tokyo) menjadikan pemandangan dalam movie Big Hero 6 sangat menakjubkan.




[caption id="attachment_3105" align="aligncenter" width="700"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google.com[/caption]

Main Hero dalam Big Hero 6 adalah Baymax sebuah robot yang sangat lawak dengan aksi bersahaja memandangkan saiz fizikal yang sangat besar menyukarkan Baymax untuk berlari dengan laju. Baymax bukan sahaja lucu malah sangat comel. Dalam mana-mana babak semuanya akan tertumpu pada Baymax.


Babak paling menarik dalam movie Big Hero 6 adalah aksi kejar-mengejar di antara Hiro bersama rakan-rakannya dengan musuh, Baymax yang lawak apabila semakin hampir bateri, aksi baymax yang tidak boleh berlari laju untuk lari dari musuh dan banyak lagi.


Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax


Walaupun banyak babak komedi tetapi diselitkan babak yang sangat menyentuh perasaan. Memang ada sedikit touching melihat babak tersebut. Babak mana tu kena tengok sendiri.



Best ke tak Movie Big Hero 6?


Best ke tak movie Big Hero 6 ni? Yes!!! Movie ni sangat best untuk ditonton bersama keluarga lagi-lagi budak-budak kecil. 4.5/ 5 bintang untuk Big Hiro 6.

Sedikit selingan lawak antara Big Hero 6 dan How To Train Your Dragon

[caption id="attachment_3110" align="aligncenter" width="400"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google+[/caption]

[caption id="attachment_3109" align="aligncenter" width="400"]Big Hero 6 Bersama Aksi Lucu Baymax sumber gambar dari google+[/caption]