Showing posts with label buffet ramadan kat bangi. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadan kat bangi. Show all posts

Saturday, 27 June 2015

Tempat Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan di Bangi

Tempat Berbuka Puasa - Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita menunaikan kewajipan kita iaitu berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati.

Belum tiba hari raya, lagu raya dah berkumandang di serata tempat especially di shopping complex.

Just nak berkongsi tempat aku berbuka puasa sepanjang minggu pertama di bulan Ramadhan. ALHAMDULILLAH, sepanjang puasa tak ada masalah perut meragam ke tak sihat atau termakan / terminum walaupun tak sengaja puasa tetap sah.  :D


Tempat Berbuka Puasa

Ini adalah Ramadhan pertama aku berbuka puasa di rumah sewa semenjak sudah kerja kalau sebelum ni berbuka puasa time belajar dan di rumah Parent sekarang tak lagi.

So, hari pertama macam biasa buka puasa kat rumah makan nasi tomato beli kat bazar depan rumah. Itu pun harga mau nak mencengkik darah bila peniaga tersebut kata harga untuk satu nasi tomato RM7. Mahal sangatttt! Sorry memang takkan datang lagi.

Tappers Cafe Ioi City Mall Putrajaya (PERMANENTLY CLOSED)

Kemudian, makan kat luar kali ini dekat IoI City Mall Putrajaya iaitu Tappers Cafe. Sebenarnya plan nak Ke Sunway Pyramid tapi sebab tidak sempat nak ke sana dengan jem lagi so better makan kat IoI City Mall .

Tak semua restaurant or cafe kat sana mahal2x belaka ada yang murah sebenarnya iaitu di bahagian luar di bahagian Food Junction. Keluar ikut pintu kiri bersebelahan Magnum cafe. Kat situ ada banyak kedai makanan.

Pilihan menu berbuka puasa aku adalah Tappers Soya Chicken Rice (RM11.90) dan Honey Lemon (RM3.90). Okla kan Bawah RM20 murah dari makan kat restaurant lain seperti Secret recipe, kenny rogers dan banyak lagi.

Tempat pun best putih lagi suci dan tak ramai orang sangat. :D

Itu je lah tempat berbuka puasa yang aku nak kongsikan dengan korang memandangkan mood menulis aku tetiba datang. :D, Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh-NYA :D


Cadangan Tempat Berbuka Puasa


1. Bangi Golf Resort 

Salah satu tempat feveret boleh kata hampir setiap tahun pergi kat sini iaitu Bangi Golf Resort yang menyediakan hampir 200 juadah tempatan, china dan barat dengan harga RM58 sahaja. Kemudahan ruang solat juga disediakan.

Bangi Golf Resort

Tempat ini memang sangat luas tapi crowded dengan orang nak berbuka puasa kat sini. So, korang jangan expect dapat ambil makanan dengan mudah.. tak!... nak ambil makanan sampai kena beratur panjang.. antara juadah femes panjang beratur ialah kawasan Kambing bakar dan satay... Disarankan untuk korang datang awal dalam 6.45pm sebab time tu dorang dah buka dan time tu la korang terus ambil lauk apa yang korang nak ambil..

Kalau tak nak berbaris panjang, korang bolah datang lepas maghrib., tak ramai lah yang beratur..abis tu macam mana kalau lauk habis kalau datang lepas maghrib? Bangi Golf Resort menjanjikan lauk dorang takkan habis.. aku lepak sampai pukul 9pm lebih masih ada lauk lagi...

Sesiapa yang nak try berbuka di situ boleh try cari no phone Bangi Golf Resort kat google ataupun di Facebook untuk membuat tempahan.

2. QNA Republic Cafe Bangi (PERMANENTLY CLOSED)

Sesiapa yang mencari tempat berbuka puasa dengan harga yang berpatutan boleh try berbuka di QNA Republic Cafe dengan harga serendah RM39.90. Dengan harga tersebut korang boleh makan 50 juadah yang disediakan. Harga mungkin akan berubah setiap tahun.

So, kalau nak makan kat situ kena buat tempahan awal sebab kalau terus terjah memang penuh (full House)

3. BurgerByte Bangi Seksyen 15 (PERMANENTLY CLOSED)

Beberapa hari yang lepas sempat berbuka puasa di sini. Sangat puas hati dengan makanannya ala western ada steak sekali memang kenyanglah perut korang then orang pun tak ramai sangat walaupun takde buat promosi ramadan tapi still berbaloi untuk berbuka puasa di sini.

Jangan la korang order air Jumbo untuk sorang.. hahaha. Sebab Jumbo dia bukan besar biasa tapi macam besar jug boleh minum satu family. serius gtau..  kitaorang tak tahu pun jumbo dia besarnya macam tu, gila terkesima tengok saiz jumbo glass yang sangat besar. Memang tak habis minum sorang terpaksa bawa lebih airnya kalau tak membazir je..

4. Ioi City Mall Putrajaya


Kat Shopping mall ni ada pelbagai restaurant yang menyediakan juadah khas untuk berbuka puasa. Antara Restaurant famous yang boleh korang berbuka puasa adalah Chicken Rice Shop, Sukiya, Absolute Thai, Manhattan Fish Market dan banyak lagi. 

kalau nak makan buffet pun ada sekali mcam Seoul Garden, PakJohn dan Su-kiya. Cuma Su-kiya belum ada halal kalau tak silap lagi

So korang kena sampai sana pukul 6 pm kalau sampai sana pukul 6.30 memang full house la jawabnya. Hampir kesemua restaurant yang dinyatakan tadi full house seawal 6.30 pm lagi. Itupun lepas maghrib masih ada orang beratur lagi untuk menunggu turn untuk makan di restaurant.


Kalau korang ada tempat berbuka puasa yang best dan ingin dikongsikan bersama bolehlah komen di bawah ya. :D